Selepas UPSR, Ayong menyambung Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama di kampung. Itu keputusan orang yang juga berhak ke atasnya. Saya dan Papa Nasir menurut kalau ia untuk kebaikan semua.
Tetapi selama di sana, ada sahaja yang tidak kena. Food poisoning sampai dua tiga kali hospitalized walaupun cuma semalaman. Kemudian dia asyik complaint pelajar-pelajar di sana histeria dan macam-macam lagi. Pada saya itu semua lumrah hidup di asrama. Bukankah kita juga pernah melaluinya?
Tetapi dia semakin kerap menelefon Papanya dan menangis minta dikeluarkan dari sekolah dan asrama. Aduhai... panas hati saya dengan gelagat dua beranak ini mulanya. Saya memang fesyen yang tidak suka linger things. Saya mahu tahu apa sebabnya Ayong tidak mahu meneruskan persekolahannya di sana? Kena buli ke, sebab makanan ke, atau sebab homesick. Kalau boleh diselamatkan biarlah diselesaikan dan dia meneruskan persekolahan. Ingat senang ke nak tukar-tukar sekolah segala ni?
Tetapi nampaknya Ayong sudah tidak tahan. Surprisingly dia tidak boleh langsung tunggu kami untuk datang ke sana. Waktu itu saya sedang berkursus selama dua minggu di Perak, dan Papanya pula berebut masa menjaga budak-budak ni, dengan kerja dan urusan rumah. Di sana pula Ayong sudah selesaikan semua prosedur dan dokumen yang perlu. Papa Nasirnya hanya disuruh datang sign sahaja. Aduhai, begitu sekali tekadnya dia mahu keluar dari asrama dan sekolah sana.
Weekend 7th-8th April, saya dan Papa Nasir ada banyak urusan untuk diselesaikan. Makanya pertama kali dalam sejarah perkahwinan kami split. Papa Nasir balik ke kampung untuk urusan keluar asrama/sekolah Ayong dan angkut barang-barangnya pulang.
Saya pula harus menghantar Ibu yang sudah seminggu di rumah Angah dan dua hari di rumah saya kerana merajuk dengan Bibik. Sebelum menghantar Ibu, harus pula menghibur hatinya dengan membawa ibu shopping. Kemudian pula menjenguk Abby yang ada perlawangan ping-pong peringkat sekolah SRAI Selangor di Sekyen 7 Shah Alam. Sudahlah penat balik berkursus belum hilang, tambah lagi dengan weekend yang havoc. Inilah dugaan hidup...
Baru dua tiga bulan, barang dah penuh satu kereta, ish... budak perempuan kalau masuk hostel beginilah, segala benda nak dibawa hu hu... |
Good bye all! |
09 April 2012 hari pertama Ayong memulakan persekolahannya di SM Sek. 7 Shah Alam. Saya tidak dapat hantar kerana harus masuk pejabat. Papa Nasir yang menemani. Dan Aveo pula bocor radiatornya, aduhai dugaan lagi...
She seems happy. Dan saya sangat pasti suami saya adalah insan yang paling happy dengan semua kejadian ini. Saya tahu sebagai seorang bapa, Papa Nasir hanya mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Kalau ini pilihan Ayong, kami turutkan. Buat apa hendak dipaksa anak kalau dia tidak mahu. Semoga Ayong akan lebih bersemangat belajar di sekolah baru.
Dan fasa hidup berkejar-kejar saya akan bermula. Hidup saya kan jadi bertambah sibuk. Balik kerja setiap petang harus fetch dia dahulu. Tahun depan pula tambah lagi seorang bila Babang masuk tahun 1 di SK Sek.7.
Aduhai, semakin kuranglah masa saya untuk menulis... tak apalah, demi anak-anak... selagi terdaya akan cuba amanah dipikul sebaiknya. Doakan semoga saya kuat melaluinya...
skrg ni x duduk asrama dah lah yer?
ReplyDeletebaru form 1..x biasa duduk berdikari lagi kot. wida dulu form 3 baru duduk asrama..tu pon suruh mak n abah dtg hari2..hiks