28th April, Papa Nasir's cousin Faiz melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya dari Kg Medan... tahniah. Sedih kami tak dapat ikut serta pagi semalam kerana jiran sebelah rumah buat majlis... tak sedap kalau tidak diendahkan... very next door kan...
Sewaktu makan-makan di rumah jiran tu, ada berbual dengan another neighbour of mine.
"Akak nak pi PWTC ya?"
"Yup..."
"Saya serik dah pergi sana."
"Nape?"
"Banyak sangat orang buat promosi... macam Grolier bla..bla..bla..."
Hmm... nak jadi cerita, selepas itu kami anak-beranak ke KLIBF2012. Sebenarnya pun tak tahu kenapa kali ini macam tidak ada passion untuk ke sana seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya. Kenapa ya?
Rupanya memang ada pasalnya yang telah dijadualkan Allah. Actually pun ia bukan isu yang besar.. cuma saya ini yang sangatlah pantang dari nenek moyang saya kalau manusia kurang ajar.. makanya terbawa-bawa sehingga sudah... Astaghfirullahalazim...
There was a Malay lady, salesgirl Grolier approached saya lalu hulurkan belon kepada Babang dan bertanya, "Berapa orang anak akak, marilah duduk sekejap bla...bla...bla (dok cerita pasal Grolier).
"Tak apalah, akak dah beli... (memang betul dah beli... Didik menangis hulur tangan pandang perempuan tu minta belon juga), boleh bagi satu lagi untuk adik dia?"
"Akak dapat tak papan.. (bla bla bla).."
Saya ulang lagi conversation yang sama. At that mean time budak kecik ni punyalah dongak hulur tangan minta belon dan menangis.
"Boleh tak bagi lagi satu untuk adik dia...?"
Tapi dengan muka tak faham bahasa terus bercerita. Bila saya kata tak mahu, dia terus buat muka toya je... pandang saya ni macam saya ni tak berduit walau 20 sen. Didik dah menangis.
Kalaupun belon tu rasuah untuk mak-mak budak macam saya ni duduk dan dengar promosi mereka, cakap jelah terus dan terang "Kak, belon ni untuk customer yang interested je!". Kan senang, tak buang masa kamu dan especially masa saya. Dan tak adalah anak saya jadi macam budak minta sedekah! Anak saya ada mak bapak dia lagi..
Kalau bukan kerana saya pun, pandanglah anak kecil tu. Sampai hati ke lihat budak itu kecewa dan terkilan? Tu mesti spesis manusia buang anak juga agaknya nanti ni!
Panas hati, saya ambil belon yang tadinya dia beri kepada Babang dan terus beri semula kepada perempuan yang tak ada budi bahasa dan hati manusia tu. Nampak sangat bekerja cari untung. Setakat belon free, saya tak lapar langsung. Nanti saya kumpul duit banyak-banyak, kilang belon dengan Grolier tu saya beli nanti!
Sudahnya dua-dua ketul budak kecil itu menangis dan merajuk. Spoil mood betullah salesgirl Melayu yang kerja dengan Grolier tu. Agaknya itu strategi pemasaran yang mereka train pekerja-pekerja mereka kot. Sampai rumah, saya rasa nak campak je kotak Learning CD and books Grolier yang saya beli beberapa tahun lepas tu. Tapi buat apa marah nyamuk, nak bakar kelambu kan... yang rugi pun saya juga nanti.
Akhirnya, satu buku pun saya tak ada hati nak beli. Dah tak ada nafsu! Bau buku pun dah tak harum dah! Cuma Ayong & Abby saja yang beli dua novel remaja dan things from Ana Muslim. Sebelum tu hantarkan senaskhah Seandainya untuk Nawwir Barakbah di booth Adiwarna. Beliau merupakan editor dan manager tidak rasmi saya awal menulis Seandainya 11 @ 12 tahun lepas. Dah lama nak beri, tapi tak berkesempatan...
Gathering penulis KN yang diadakan petang itu pun saya tak pergi juga. Hati saya dan Papa Nasir dah panas, mood pun tak ada sebab anak-anak dah menangis dan kena rotan. Tak pasal anak-anak saya yang sakit disebabkan perempuan kurang ajar dan tak ada budi bahasa manusia tu. One day she'll get the same...
Most probably be this is my last time for KLIBF kot... bukan sebab merajuk bila Papa Nasir kata budget untuk KLIBF dipotong separuh berbanding tahun-tahun lepas. Tetapi sebab inilah.. terjumpa manusia 'tak sekolah' di pesta orang sekolah! Patutlah secara tiba-tiba tak ada passion nak pergi tadi walaupun saya dah siap bilang hari untuk 27th April - my birthday and KLIBF2012.
Those yang berniaga, untung memang motif utama. Tetapi tolonglah terapkan nilai kemanusiaan. Bankrup ke Grolier setakat bagi belon free tak berapa sen tu pada kanak-kanak? Hilang confidence saya pada produk mereka-mereka yang berhati robot ni. Paling tidak, kalau yang kerja tu Melayu dan Islam, ingat-ingatlah hari kemudian sama ya.... awak pun bekerja makan gaji juga... tak payahlah berlagak macam 'no money no talk' kay!
Mohon maafkan saya... ini entry lepas geram sendiri sahaja...
belon pon nak berkira.sbb tu wida klau pergi ekspo yg ada jual2 cam tu..mmg malas nak dgr.pastu belikan si waiz tu belon siap2..kalau tak memang dia mengamuklah nak belon free tu.
ReplyDeleteyelah..kalau anak2 menangis, kita pon hilang mood kan