Sunday, April 15, 2012

Si Tembun

6th April 2012

Entah kenapalah wajahnya kelat sahaja dua tiga hari itu. Papa Nasir kata budak itu sedang tension. Heh? Awat? Dah nak sampai waktu pembesaran ke?

Beberapa detik sebelum saya mendapat surat arahan berkursus di Perak, Abby ada bertanya, "Ummi senang tak 6hb April nanti?"
"Kenapa?"
"Kita buat kek sama-sama nak Mi?"
Saya senyum. Buat kek kunun... "Buat kek? 6hb tu Jumaatlah sayang, hari bekerja... hari Jumaat selalunya Ummi lagi lewat balik dari kerja. Tengoklah kalau Ummi larat..."

Mukanya kelat lagi. Saya terus buat selamba. Dan seterusnya meninggalkan mereka berempat di rumah selama hampir 2 minggu.

Saya sampai semula di UiTM Shah Alam almost jam 6pm hari Khamis 5hb April. Di dalam kereta mukanya masih kelat semacam. Di dalam telefon dua tiga hari sebelumnya pun Babang ada mengadu 'Ummi, kakak Abby asyik bersedih je'. Hmm... apa kenalah budak seketul ni...

6hb April itu, saya mendapat cuti tanpa rekod. Mungkin ada peserta kursus lain yang masuk ke pejabat. Tetapi bagi wanita, isteri dan ibu seperti saya ini, hari cuti begini sangat berharga dan terlalu sayang untuk tidak digunakan.

Awal pagi Jumaat itu Papa Nasir berkata, "Hari ni birthday si Tembun tu..."
Saya masih buat selamba, "Tahu..."
Agaknya respond saya yang acuh tak acuh itu membuatkan Papa Nasir malas hendak menyambung kata lagi.

Hari itu kami anak-beranak keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan seolah nothing is special on the day. Saya atau Papa Nasir masih belum mahu wish Abby for her birthday. Lagi pula memang sudah peraturan saya 'No internet on school days' jadinya dia tidak tahu ada berderet birthday wishes di FB nya. Heh heh.. saya sudah check FBnya dahulu untuk dia.

Sebenarnya saya memang ada plan untuk buat sesuatu bagi meraikan anak-anak. Sejak dari birthday Didik hari itu asyik terbantut kerana limitasi waktu. Jadinya bila dah menjangkau ke birthday si kakaknya, saya ingat hendak jamak sekali.

Tetapi bila melihat wajah kelat Abby yang saya gelar si Tembun itu, mungkin dia sedang berkecil hati kerana ulang tahunnya tidak dikenang sesiapa.

Dalam hujan yang begitu lebat, hari itu Papa Nasir turun beli kek.

"Ummi, Papa tu nak pi mana?"
"Pi cari pam basikal..." jawab saya selamba padahal dah sah-sah nampak signboard Kedai Kek Mawar.

Daripada bunyi-bunyi Abby di belakang pun saya tahu dia sudah mula keriangan. Agaknya sudah tahulah tu...

"Jangan usik! Tu kek Nenek!" Papa Nasir berkata.
Saya sengih. Abby diam sahaja. Murung dan sedih. Wa!!!

Balik rumah, dia cepat-cepat mahu buka kotak kek tetapi disergah Papa Nasir. "Eh, tu kek nenek yang awak sibuk kenapa? Pergi mandi, mengaji cepat."

Dengan muka sedih dia naik ke atas.

Selepas mengaji saya pula yang tersasul, "Babang pergi panggil Nenek turun sayang... kita nak potong kek kakak Abby dah ni."

Ups! Papa Nasir sudah bulat mata dan tergelak besar.
Abby sudah senyum sampai tersimpul pipi. Cit! Terbocor suprise daa...

Hari Rabu, cuti pertabalan Agong yang lepas, kami buat berkat jajan untuk 150 orang kanak-kanak di kelas Abby dan juga di sekolah PASTI Babang. Semoga anak-anak semua gembira dan berbahagia...

Happy 11th birthday!

Terima kasih untuk Papa & Mama kamu
yang telah membawa kamu lahir melihat dunia...
Jadilah anak yang solehah...

1 comment:

  1. alahai budak2 skrg..kalau x de smbut besday..terus sedih n bad mood jer kan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS