Tuesday, August 30, 2022

Big Family Day 2.0

Throwback 04-05 June 2022

Family gathering yg libatkan jumlah ahli yg besar, bukan mudah nak jayakan. Sejak masuk family Papa, 1st family day yg besar adalah di sebelah MIL @ Sg Samak, Perak pd 26 Disember 2009. Mumi tak sempat simpan specific diari cuma sedikit throwback dlm FRAN pd 2011 je.

Baby pernah tanya knp dia tak ada dlm family day Sg Samak 2009 tu. Adeh, awak entah kat dunia mana lagi masa tu Baby oi. Now, after about 12 years, family day version 2.0 berjaya dianjurkan pd 4-5 Jun 2022, masih @ Sg Samak. So, baby... jgn kata unfair ye hu hu. 

Okay... Mumi just nak simpan video of d'day for our future memory...





Simpan buat kenangan sukaneka for the boys... Didik tu menakutkan Mumi je bila sangguplah tanggal seluar. Kang kot short tu ada iras2 roti jala ke tak ke naya Dik? :-)


Mumi suka lihat anak-anak ini dalam gelagat begini... and Mumi senyum sendiri lihat my very own sweet Didik. Besar dah Didik Mumi ni. Moga2 semuanya membesar menjadi anak2 soleh & solehah. Moga2 ada lagi umur & kesempatan & peluang Mumi untuk next event, 3.0, 4.0 dan seterusnya...


Daebok Mumi @ Baby... see him & his cousins, Mumi happy & touched. Alhamdulillah, tq Allah for always helping Mumi get through d'hardest part in my life, so that Baby can still have this moments. 


Kiri tu gambar Ginger ketika hari Family DayCoincidence Sabtu 4/6/2022 tu Ginger demam panas. Sblm balik Sabak, bawa ke vet & disuruh kuarantin sbb positif Parvo. Angkut Ginger balik kampung, sementara Nanomey & 4 anak lain duduk dlm cage je di rumah. Semua makan minum dah sediakan. Hati Mumi masa di kampung agak tak senang, rasa nak cepat balik. Betul gerak hati... Nanomey & kittens dlm cage kehausan sbb takungan airnya entah mcm mana Didik lock, airnya tak  turun. Menitis air mata Mumi sesampainya kami di rumah lewat malam tu. Grr...

Semua tu fasa pembelajaran kami. Tak pernah2 pelihara kucing, tak pernah terfikir n tak pernah ada kemahuanTapi bila Allah hadirkan Nanomey & anak-anaknya ni, kami jadi tak sampai hati. When she was pregnant, she came to our door, looking for food & shelter. Sebagai bakal Ibu, Nanomey bersedia awal utk pastikan anak-anak yg bakal lahir akan punya tempat perlindungan. 

Gambar kanan, ketika dah di rumah. Nanomey sedih sebab tak dapat touch anak dia. Alhamdulillah, Ginger survived. Aktif & lasak ke hari ni, walaupun Mumi risau tengok dia macam semput2 lepas lari2 tu.

Thank you, Allah...

#familyday2.0
#sgsamak
#gingerkenaparvo

Monday, August 29, 2022

Smart Cut

Dari kecil sampai besar, Ibu yg potongkan rambut Mumi. Seingat Mumi, sebelum kahwin sekali je Mumi potong rambut di barbershop. Itupun rasanya sebab sepupu Mumi nak style kan rambut Mumi. Bila dah kahwin, sampai la ni, Pa yg potongkan rambut. Mumi okay je... 

Anak2 pun begitu, dari lahir mmg Pa mereka yg potongkan rambut. Rasanya Babang-Didik kalau pergi kedai gunting India yang dekat rumah lama dulu tu pun sebab masa tu Pa kat expedisi memancing & mereka buat projek potong rambut sesama sendiri kat rumah. Mungkin ada sekali dua kot Pa mereka bawa. Tapi mostly, mmg hair-cut was done at home by Pa, himself.

La ni, semakin remaja, Babang-Didik dah makin pandai pentingkan penampilan. Especially rambut. Babang dah pandai pi barbershop senior dia dekat SMKS7 tu untuk hair-cut. Bila Babang dah lolos ke barbershop, Didik pun claim juga.

Hari ni Didik potong rambut di barbershop. Kena RM25. Hmmm... kalau potong dengan Pa, duit tu kita boleh beli takoyaki gedabak Dik oi!

Tapi... dalam kononnya bebel-bebel, Mumi layan juga. Mumi faham, bila semakin besar, anak-anak ada keinginan masing2. Mumi dulu pun begitu. Tapi dulu, Mumi anak orang tak berada. Walaupun mungkin abah ibu boleh usahakan, tapi Mumi memang selalu sedar diri. Mumi tak suka bebankan abah ibu. Maka, walaupun Mumi teringin, tapi Mumi boleh je let go. Tak de la meroyan meraban sangat. Sebab Mumi insyaAllah & alhamdulillah, dapat bezakan antara keperluan dengan keinginan.

Tapi, lain zaman lain ceritanya. Untuk anak-anak, kadang Pa yang lebih2. Pa pernah sebut, 'Pa dulu tak rasa, sebab tu tak mau anak2 alami yang sama.' Mumi pun begitu. Kalau boleh nak lengkapkan untuk anak2 supaya mereka merasa seadanya dan sekadarnya.

Eh, jauh perginya sentimental Mumi. Nak simpan diari pasal Didik pi potong rambut ikut hair-style yang diinginkannya tu je pon... haish...



Sementara Didik potong rambut di el Estee Barbershop, sederet dengan bangunan sek KAFA baby, Mumi pun ambil Baby di KAFA dan hantar ke SMKS7 dulu. Sebabnya, Khamis nanti ada sesi fotografi sekolah untuk majalah sekolah. Patutpun nak potong rambut cecantik budak ni...

Esok Mumi busy di pejabat, Papa pula beberapa minggu ni penuh jadual PVC Ceiling jobnya. Nak tak nak, hari ni terpaksa allocate masa utk dia.


Smart-Cut katanya... ya lah Didik...

Tapi.... smart hair cut for man/boy ni... the underlying philosophy nya... is... to impress girl kan Dik?



#son
#2ndchild
#smartcut
#barbershop


Umbut Pisang ft Monkeys

Jika balik Sabak, walaupun sekadar 1 malam, Mumi biasanya standby baju kebun Pa. Sebab MIL biasanya akan minta Pa bantu kerja-kerja pembersihan kebun sekeliling rumah huhu... at least, boys ada peluang masuk 'hutan' kecil. Buat kerja-kerja 'orang-lelaki'. 

Dah lama sangat tak sempat balik sejak Aidil Adha lalu. Afterwards, weekend kami penuh jadual. Maka, Pa kata, kena juga lari balik weekend baru ni.

Right after boys selesai home-tuition @ 12.30noon, lps Zuhur kami bertolak. Singgah Sekinchan juga untuk ziarah Ibu n anak2 buah Mumi sambil hantarkan cadar patchwork Ibu, sebekas besar kari daging utk lauk mereka & juga jajan bebudak. 

Seperti biasa, Mumi tak mampu berlamaan di sana sebab nak kena preserve hati Mumi. Apa2 yang tak bawa kesan dana mudharat jika dielakkan, memang sebolehnya Mumi elakkan... tapi Mumi juga cuba untuk tunaikan amanah & tanggungjawab Mumi semampu daya. 


Di rumah MIL, mak minta Pa clearkan rumpun pokok lengkuas ni sebab ia menghalang laluan air. Macam biasa, 2nd hand Papa si Babang kena bantu. Mumi pun tolong juga, cantas pendek batang pokok lengkuas yang dah dicabut tu. Nanti mudah Muiz re-plant ke tempat lain semula, kata Mak. Tetiba rasa terkilan pulak tak bawa balik lengkuas tu sikit. Kot la nak masak singgang...

Lengkuas ni dari benih yg lembut lengkuasnya. Jarang jumpa kata Mak. Tapi Mumi tak boleh bawa balik utk tanam kat rumah. Kami dah tak de ruang nak tanam pokok2 yg besar.


Didik pulak... bantunya sikit je tapi bila nampak pokok pisang neneknya tu, dia pun kata, 'Pa, Didik nak makan umbut'.

Umbut pisang?  Rasanya baru  ni la Mumi tahu pisang ada umbut & boleh pula dimakan. Paling kelakar, bila masa pula Didik pandai makan umbut pisang. Bila ditanya siapa ajar, katanya Papa. Aik?! Yang Mumi tahu, umbut kelapa je. Even mak pun tak tau umbut pisang boleh makan... hahahaha.

Didik sanggup tebang sendiri pokok pisang kecil untuk ambil umbutnya. Funny thing was, Baby pun suka. Siap minta lagi. Udahlah tu, habis pokok pisang nenek kang! Mak pun minta nak rasa sikit. Mumi? Idok le...


Didik ni... kadang2 Mumi rasa he has unique attitude walaupun kadang2 dia buat Mumi rasa irritating je. Moga Didik jadi insan soleh yang hebat & berjaya di dunia serta akhirat ye sayang. Baby ni pulak biasanya ambil sikap & sifat pengantara Babang & Didik. Separuh-separuh hahahaha

Umbut pisang ni biasanya terkenal di Indonesia. Kalau kat sini, masak dengan gulai kawah daging. Boleh buat ulam. Mumi walaupun segala ulam Mumi telan, yg ini rasanya tak berselera. Sebab kata depa, tak de rasa apa. Kalau makan raw macam Didik ni, Mumi mcm tak berkenan sangat sebab nampak mcm ada getah.

Kebaikan umbut pisang kalau search kat google antaranya untuk detoks sistem/organ pencernaan, stabilkan kadar gula dalam darah, kawal kolestrol & tekanan darah serta bersihkan darah kotor. Tapi yg paling best tu, boleh bantu kurangkan berat badan sebab selain vitamin dan protein yang tinggi, umbut pisang juga dikatakan kaya serat dan rendak lemak. Hmm...




Lepas Zuhur, bertolak balik ke Klang sbb Mumi tak sampai hati tinggal Nanomey & kittens dalam rumah lama2. Takut mereka boring. Kalau orang tua dulu-dulu, nak cepat2 balik rumah sendiri sebab ayam itik tinggal. Ni PaMi, sebab kucing tinggal. Adeh...

Tetiba, sampai Kuala Selangor Pa suruh search Sky Mirror. Tak payahlah Pa oi... Sky Mirror tu ber'season'. Kemudian datang pulak anginnya nak singgah Bukit Malawati. Hmm... Babang Didik kalau tak ready dgn OOTD depa, memang reluctantla diorang nak ke mana2. Budak2 tengah remaja, dah pandai jaga penampilan dan OOTD. Nak pi tempat crowd gitu, kalau selebet, tentulah depa tak moh.

Dah memangnya la tak jadi adhoc plan tu. Sebabnya nak naik Bukit Malawati tu kena naik tram. Kenderaan persendirian dah tak boleh naik macam dulu2. Nak naik tram pulak, budak2 ni tak bawa IC. Adeh... sian baby. Tak pe, kita say hi to monkeys kat bawah tu je la... nanti kita pergi semula bila2 ada kelapangan ye Baby...


Baby & monkeys @ Bukit Malawati, Kuala Selangor.
Later, we'll come again ya Baby...


#weekendatkampung
#balikjumpaibunemak
#adhoctakjadibukitmalawati
#umbutpisang
#monkeys

Friday, August 26, 2022

Volleyball Excitement

Salam Jumaat akhir dalam bulan Ogos tahun 2022. 

Office dah kosong. Semua dah keluar menguruskan hal masing-masing. Balik rumah urus keluarga sekejap, pergi makan2, shopping2... hari Jumaat, lunch break panjang, 12-15-2.45. Mumi je yg baru selesai settlekan sedikit kerja. Sebelum keluar urus Baby sat lagi, Mumi simpan satu diari dulu :-)

Babang & Didik sepertinya tak mewarisi sport skill Papa in football & rugby.

Selepas sekolah dibuka semula, Babang aktif dengan handball dan volleyball nya. He even made himself fit into the school volley team for MSSD. Almost everyday dia stayback di sekolah, training lah, friendly matches la. Punyalah excited Babang... mcm balas dendam je kena PdPR selama 2 tahun dan juga 'limitations' ketika berada di kelas KAA 3 tahun pertamanya di sekolah menengah. Huhu...

That's why he did'nt support our idea to enroll Didik into KAA. Nak jadi ceritanya, bila Didik ditawarkan ke kelas KAA selepas sesi rayuan yg Mumi buat, it's bit too late sbb Didik dah selesa di kelas aliran biasa. Maka PaMi respect pilihan Didik untuk kekal di sesi petang saja.


Bersungguh-sungguhlah Babang main volley sampai tercium-cium court. Sebagaimana kamu bersungguh capai kejayaan dalam pertandingan, moga begitu jugalah bersungguhnya kamu dalam akademik dan pada setiap sesuatu yang kamu lakukan dalam kehidupan...


He was so excited informing us via family whatsapp group that his team got 2nd for the tournament. Walaupun cuma sukan antara rumah-rumah sukan sekolah, kami tetap raikan keterujaan dan kegembiraannya.


Walk to remember :

Mumi tried to strictly impose peraturan, no handphone after 10pm on week-days.
One day, when Mumi asked about his 'my cinta' (konon, tapi Mumi bagi chance & layan je dia kenal dunia cinta munyit), this is what he said..

B : Tak yah la tanya... dah tak de dah my cinta tu..
M: Hah? What happened?
B : Break-off dah...
M: But why?
B : Sebab peraturan Mumi yg tak leh chat after 10pm on weekdays tu la

(Okay, mumi rasa bersalah... but... discipline is discipline...)

M: Hanya kerana tu je?
B : Ya lah, dia tak puas hati la tak dapat chat after 10pm tu.
B : So Babang kata, kalau dia tak boleh terima keadaan Babang...
B : Better putus je...
M: Babang okay ke?
B : Tak de hal la...
M: Bbg sanggup hilang my cinta sbb nak follow peraturan your queen?
B: (peluk bahu Mumi) Of course la... You're not only my queen..
B: You're my syurga...
M: (Halah halah halah...)

Babang, satu hari nanti bila memimpin keluargamu, moga kamu adil dengan berhemah dan diplomasi. Mumi mungkin tak selamanya betul, atau your cinta pun mungkin tak selalunya tepat keputusan. Tapi, Mumi sentiasa doakan Allah beri petunjuk dan jalan untuk Babang menangani apa jua situasi dalam kehidupan dengan berhemah, berhikmah, berdiplomasi, bijaksana dan damai. 

Okay, Mumi keluar dulu. Nanti balik office, kita baca Al-Kahfi ya... 10 depan & 10 belakang je pun yang Mumi sempat :-)


#myfirstson
#theonewhomadememom
#mycintavsmyqueenvsmysyurga
#volleyball


Friday, August 19, 2022

Kisah Atot Anthony (IV) - Merinduimu...

Entah hari ke-berapa dah ni, Mumi pun tak tahu. Tapi dah lama sangat Atot tak balik rumah. Kelibat dia pun tak nampak di taman perumahan kami. Manalah Atot Anthony Mumi ni? Mumi rindu sangat... apalah khabar dia. Macam mana lah makan minum dan tidurnya...

PaMi planned nak vaksinkan & sunatkan dia. Tapi nak settlekan hal anak2 kucing dalam rumah dulu. Walaupun Atot bukan originally hak kami. Tapi Atot sangat suka berada di rumah kami. Tapi Atot bukan jenis indoor. He prefers freedom. He is a cat, anyway. So Mumi tak boleh halang. Dia balik rumah semata untuk tidur & makan. Kadang malam2, dia lena seawal waktu Maghrib. Nanti kita dah nak tidur, dia pula sibuk minta nak keluar. Makanya tidur je la kamu kat luar tu sampai esok. Mumi tak terjaga dah... bila dah masuk kerja hari-hari Mumi tak larat nak ulang buka pintu 2-3 kali semata2 tunggu kamu nak balik.

Bila dia lapar, dia akan signal pada Mumi sbb dia tau hanya Mumi yang faham dia. Kadang bila Mumi buat2 lambat, dan dia mungkin dah starving, dia akan gigit manja kaki Mumi. Kadang dia tidur dekat Mumi... tapi tak pernah sekali dia ganggu Mumi yang sedang prepare makanan dia. Unlike Nanomey & her kittens yg sangatlah tak penyabarnya huhu.

Sejak ada Nanomey dan kittens, Atot jarang balik. Balik sesekali bila nampak budak2 5 ketoi tu mulalah dia buat perangai garang merengus dia tu. Halah halah...

Mumi risau kalau2 Atot cedera sbb lately banyak anjing masuk dalam kawasan. Atau... Mumi terfikir kalau2 ada orang yang fed-up dan hantar Atot jauh2 :-( sebab Atot mmg tak boleh dikawal kehendaknya. 

Mumi rindu dan sedih... Belek2 gambar2 Atot, Mumi pilih2 utk simpan dalam FRAN sebagai kenangan Mumi..

Atot yang manja... tapi Papa kata Atot 'berlagak' @ arrogant. Mumi restu je Atot jadi 'berlagak' tu. Sebab adakalanya kita mmg kena jadi arrogant kan Tot.. hahahaha... Mumi rindu nak peluk Atot yang mok-mok. Sedap sangat peluk Atot...

Atot kalau buat posing berjaga tu, sado dan hensem sungguhla anak angkat sulung Mumi nih... 
Tapi kalau tido.. terbongkang lena tak sedar diri. 

Gambar paling kiri tu posisi kalau dia tengah merajuk atau keboringan menunggu Mumi sedia makanan yang lambat hahahaha...


Waktu ini, baru beberapa hari kami hantar Atot ke vet untuk rawatan kakinya tu. Waktu nak balik kampung, tak sampai hati biarkan dia di luar. Maka kami minta tolong Mommy Intan tumpang di rumahnya & babysit dia. Mumi bekalkan semua keperluan termasuk ayam mentah utk Mommy Intan rebuskan. Tapi Mommy Intan kata, Atot merajuk... Atot tak nak makan... kesian dia. Masa Mumi ambil dia, happy sangat dia...



Atot... Mumi rindu Atot... kalau masih ada, balikla ye nak...
kalau Atot dah tak bersama Mumi di dunia ni, Atot ingatlah Mumi nanti ye nak... 


#atotanthony


Tuesday, August 16, 2022

Full House for Aug 13th

The father n 1st daughter/child share the same birth date & month. Aug 13th. It would be a life time sweet memory of any family. Though she is not really mine, but she is a daughter to me too.

Happy birthday Pa & Ayong. Semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayang dan rahmat Allah, sejahtera di dunia hingga ke syurga. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Mumi, be part of my life. Walaupun jalan hidup kita bersama selama ini tak berturap rata dan sempurna, tapi lekuk, liku dan pecahannya yang telah kita lalui dan jalani, dengan izin Allah sampai juga kita ke hari ini...  Alhamdulillah.

Mohon maaf, Mumi tak berkemampuan dan tak reti nak sediakan grand party... hadiah mahal atau surprises... yang Mumi ada cumalah kesyukuran, kebanggaan dan menghargai setiap momen kita bersama. Mumi cuma ada doa je untuk Papa dan Ayong... 


On the Aug. 13th tu hanya Pa, Mumi & Baby je di rumah. Babang Didik ada program camping badan beruniform sekolah di Hulu Langat dari Jumaat 12-14 Ogos tu. Walaupun letih baru balik dari camping lewat petang Ahad tu, sanggup je Babang Didik ikut pergi makan2 shellout kakak2nya belanja.

Babang kata, 'Demi makan, apapun abang sanggup.'
Ceh!


Full house, only us. Looking at this pic, Mumi rasa hiba pulak. Masa memang berlalu tak menunggu. Sekejap je anak-anak dah seperti ini. Banyak yang dah kita lalui, perit pedih. Alhamdulillah, kita tetap boleh bersama seperti ini...

Meskipun begitu, tugas ibubapa tak pernah terhenti. Masih juga ada isu yang perlu ditangani. Untuk fasa kehidupan Ayong & Abby sekarang ini, PaMi hanya mampu beri nasihat. Semoga ada yang boleh membantu kamu membuat pilihan dan keputusan yang baik. Selebihnya memang sudah ditakdirkan Allah. 

Pesan Mumi satu je... pilihlah lelaki yang bersungguh pada kita bukan sebaliknya. Pilihlah lelaki yang jujur dan ikhlas walaupun sukar nak ditentukan di awalnya. Lelaki yang menghargai dan belas pada kita, yang boleh susah senang bersama. Paling penting, dan paling Mumi percaya, luruskan hati dan niat kita sendiri ketika akan melangkah ke alam rumahtangga. Bawa bersama doa mohon Allah pelihara. Kerana itulah yang akan mengiring kita walau sehebat mana pun gelora yang melanda.

Andai takdir menulis sebaliknya... tetap perlu yakin dan percaya, Allah itu maha mengetahui segala-galanya.

Dan bila Mumi lihat Babang & Didik... Mumi dah ada framework dalam kepala. Membaca sifat dan sikap mereka, Mumi dah mula menyarankan ruang pengajian dan kerjaya yang mungkin boleh mereka pertimbangkan. Apa yang penting, diri sendiri kena rajin usaha dan berdoa pada Allah.

Dear Pa, happy birthday... terima kasih kerana masih sudi menyayangi kami dan berusaha memimpin tangan kami menuju Syurga.

Dear Kakak, happy birthday too... jadilah wanita yang solehah, yang ada kredit diri, yang menjadi kebanggaan dan membantu Papa dan Mama kamu di dunia hingga akhirat. 

Maafkan Mumi untuk segala ketidakmampuan dan ketidaksempurnaan Mumi sepanjang kita hidup bersama...

#august13th
#happybirthdaypapa&ayong
#shelloutsantaisetiaalam


Monday, August 8, 2022

Yang Berkongsi Rezeki

Mumi is bit stress today in office. Lambakan kerja Mumi masih boleh tahan, tapi Mumi boleh burst dgn karenah manusia kalau beyond border. 

Maka, Mumi nak ubat sikit stress Mumi dgn tulis diari je la... nak simpan keletah anak-anak tucin PaMi kat rumah tu...

The only male-kitten. Our only bulus-boy. BLENOUSCH. Sangat keletah, sangat clingy dan manja. Suka main! Suka makan, segala makanan kami dia suka. Especially icecream! Papa selalu layan kehendak dia. Anak lelaki la konon kan... Awal2 dulu waktu Mumi tak melayan dia, dia selalu gigit jari kaki Mumi. Rupanya seek attention. Skrg bila Mumi selalu manjakan dia, hug-hug dia, tak pernah lagi gigit Mumi. Tapi tiap kali nampak Mumi atau Papa, kat situlah dia mengempeng. Kalau tetengah malam tetiba dia ada kat kepala la, kat muka la... nak cium2. Alahai... Paling dia suka, naik kereta. Pantang pintu kereta terbuka...


GINGER girl Mumi ni agak kurang antibodi sikit. Sejak lahir, dialah yang asyik demam sampai bawa pi vet. She's the only one yg diagnosed positive parvo. Teruk Mumi menjaganya masa kuarantin. Sebab kesian dia terkurung sorang2 dalam master bedroom. Sampai la ni, dia yang paling kecil saiz dan ringan je. Muka kesian dia ni buat Mumi tak jadi nak marah...

This is RAIN girl. Lambat mesra alam budak ni. Tapi la ni dah ok sikit dengar cakap. Suka tengok TV budak ni!

Ini dah macam kembar Rain. Girl seketoi ni jadi rebutan antara Baby & Babang. Baby namakan dia CHASE (Mumi prefers nama ni), Babang namakan dia SHOYO. Adeh... Babang sorang je panggil dia Shoyo. Kami semua panggil CHASE. Muka Chase ni muka kesian... muka seposen. 

Ini gegurl yg paling besar saiznya. SHIRO, babang yg namakan dia. Kuat makan ni. So far, Mumi perhati hanya dia je yang 'penamak'. Kalau sedang makan, dia boleh letak tangan atas pinggan dan buat bunyi menderam tanda marah yg lain usik makanan. Dia pernah pelepuk Blenoucsh masa makan sama2. Mumi geram, Mumi pok montot dia, tapi dia buat dek je. Yg Blenousch pula beralah ke tepi dgn muka sedihnya. Alahai... Tapi Mumi perhatikan Shiro ni macam anak kesayangan Nanomey hahaha

They're sibblings. From the same mom, Nanomey. Lahir 5 ekor, sehingga kini masih ada 5 ekor. InsyaAllah sihat2 semuanya... so far tak de lagi penyakit2 yg membimbangkan kami. Hanya Ginger je yg kami perlu jaga n perhati lebih. Moga teruslah membesar dengan sihat ye... PaMi & brothers akan usaha jaga kamu sebaik mungkin. Berkongsi rezeki kami... apa yang mampu kami isi perut kami, begitulah juga utk mereka.

Tapi Baby & Didik pernah complaint, 'Kenapa Nanomey dgn anak2 dia dapat makan ayam tapi kami makan telur je?' Huhuhu... 


Nanomey kalau malam2 tidur awal, terjaga tengah malam, gitula kerjanya... merenung ke luar jendela. So far, malam2 mereka memang tidur dalam rumah. PaMi hanya lepaskan main luar waktu siang n waktu ada antara kami kat rumah je. Sbb mereka ni tak pergi jauh, cuma sekitar rumah dalam pagar, paling jauh pun kawasan rumah jiran kiri dan kanan. Paling depa suka tapi paling membimbangkan kami ialah depa suka masuk kebun depan rumah tu. Adeh....

Gambar kanan tu... Papa & Nanomey yang share waktu istirehat mereka :-)

Sebenarnya PaMi sedang memikirkan nak buat rumah kucing di luar. Rasanya tak boleh selamanya mereka di dalam sebab takut jadi alahan pd kami pula. Lagipun perlu jaga juga kebersihan dalam rumah. Mumi berangan nak buat 'banglo' cantik utk mereka... moga-moga adalah rezeki Mumi nanti. 

Mumi susah hati juga ni bila fikirkan nak tinggalkan mereka Disember ni nanti. Walaupun Mommy Intan mereka willing jadi baby sitter yg akan dtg ke rumah jenguk n ganti makan minum dan bersihkan litter box.. tapi Mumi takut depa stress terkurung dalam rumah untuk seminggu :-(

Moga2 ada jalan penyelesaian yang terbaik supaya kekucing PaMi bahagia dan kami pun senang hati...

Aaaamiiin...


“Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap hewan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada Hari Kiamat.” (HR. Bukhari)

#kucing

Thursday, August 4, 2022

IQKC - From Shooting To TV's Screen

IQKC, my 1st baby TV. At least, Mumi dah prove to Pa for his ROI on my scriptwriting courses huhu.

Dulu Mumi pernah guling2 atas lantai bila tajuk 'Bila Taufiq Vs Hidayah' tu jadi 'Suamiku Heroku'. Menitik2 airmata bila editor & publisher tukar tajuk tu. Tapi... akhirnya redha. La ni, IQKC pulak buat Mumi menyorok bawah meja. Sebab.... bila ia divisualkan ke TV, lain sungguhlah jadinya berbanding apa yang ada dalam kepala Mumi. Tapi... again... as coach said, itu biasa... memang kena terima. 

Mumi nak simpan memori journey Mumi for my 1st baby TV ni ya... 

Selesai semua initial process, dari hantar proposal, diterima di stesen TV, dipanggil meeting oleh stesen TV, script-writing pun done, Mumi dah lega dari nervousnya pengalaman pertama tu. Then ada sesi script-reading pula bersekali dgn production meeting. 

Byk Mumi belajar dari production discussion & meeting ni. Dpt lihat jadual yg disediakan utk tujuan shooting. Scenes yg ada dlm skrip Mumi depa susun ikut lokasi utk mudahkan shooting & jimatkan byk sources. I got to know their working process briefly. Cuma untuk IQKC ni Mumi tak dapat peluang turun shooting site je... tak sempat plus segan hu hu...


This was my 1st experience for script-reading & pertemuan dgn production team. Masa ni Mumi pergi dgn Pa sebab coach SSAG positive COVID-19. Heroin IQKC, Maisara Sufia pun hadir hari tu. Tapi Mumi segan nak byk cekadak bila tengok orang cantik jelita & glamour ni huhu.

Alhamdulillah, Mumi belajar banyak perkara & tips dari director IQKC, Azmi Hatta. Dapatlah Mumi jadikan panduan jika ada rezeki lagi selepas ni :-)

Credit : FB Pa Nasir Hf & SSAG & wasap status Che Ritz


The team started shooting @ 1 April 2022, 2 hari sblm Ramadhan 1443H. Shooting wrapped pd Jumaat, 8 April 2022. Everything was done fast krn awalnya tarikh siar dah diberi iaitu 27 Mei 2022.

Oh ya, jika ada yg nak jadikan scriptwriting as income source, bayaran skrip kalau ikut polisi coach Mumi, producer kena selesaikan selewat-lewatnya sblm mereka start shooting. Coach Mumi agak tegas dlm hal ni. Ya lah... tulis skrip ni adalah kerjaya bagi penulis skrip yg sbnr. Mumi ni, 'penulis skrip puteri impian je' hu hu. Tagline Mumi... i do this because I love to do this, money is number two. Kalau dpt, memang lah happy... tapi kalau Mumi nak pi kejar bayaran, rasanya Mumi assign Pa je nnt jadi collector :-)

credit : socmed Aliff Muhaimin, Maisara Sufia & Ezad Lazim

Mumi simpan sbg kenangan few pic ketika mereka shooting. Gambar 1st tu jadi prop utk frame gambar hero-heroin di pejabat :-)

Walaupun pelakon2nya semua bukan dari proposal Mumi, tapi okaylah... they've delivered their best. I love Ezad & Didi Astilla, hero-heroin pun walaupun lain dari 'attitude dlm skrip' tapi Mumi kena terima krn director lebih tahu elemen yg perlu ada utk suit the romantic-comedy genre. Mumi belajar utk berlapang dada.. hu hu. 

Credit to Page Aliff Muhaimin, hero IKQC.

Dan, seperkara yg Mumi kena belajar utk terima... pasti/akan ada scenes dlm skrip kita yg walaupun mereka shoot tapi tak terkandung dlm final productk, sbb overun. Macam pic di atas tu, atr scenes that have been shot tapi tak keluar TV. 

Mumi selalu terfikir utk re-write the script ikut yg betul2 keluar TV so that Mumi tahu exact scenes needed supaya production tak membazir shoot scenes yg sebenarnya tak perlu keluar TV. Hmm... Mumi kan org kewangan, memang tak lari la dari kepala memikir pasal budget & costing walaupun sbnrnya bukan urusan Mumi pun hahahaha. Tapi sampai hari ni tak tertulis semula sbb Mumi ni entah busy dgn apa pon tak tau...

Khay Khidir ni very last minute ditawar ganti Farhan Asri yang warded ketika scenenya akan shot esok hari. Tapi Pa kata, bagusnya Khay Khidir boleh digest & bawa watak Aman dgn comelnya dlm waktu singkat / adhoc begitu hu hu. Tq...

Credit to Page Aliff Muhaimin, TV9 & Che Ritz WA status :-)

credit FB TV9 Di Hatiku

Siaran telemovie ni ditunda & dah pun ditayangkan pd 27 June 2022 lalu instead of 27 Mei. Siaran slot Kuasa3Malam di TV9. Walaupun mungkin ada yg tak suka, Mumi berlapang dada je. Ada kalanya Mumi mmg tak berdosa hahaha. Sometimes, things didn't turn out as we wish them to be... & pendapat org adalah sesuatu yg subjektif & bukan dlm kawalan kita.

And... memori scary slps tayangan IQKC bila producer text Mumi kata ada individu tegur tajuk Ice Queen tu yg katanya dah digazetkan di MYIPO untuk dia. Aduhai... tapi so far semua keadaan dah getting calmer... benda boleh clarify & justify, kita be wiser.


Selepas impian Mumi nak lihat nama Arysa Nasir tu pd cover buku atas rak, dlm kedai buku & dlm pesta buku segala tercapai... akhirnya impian seterusnya Mumi yg nak tengok nama Arysa Nasir tu kat skrin TV tercapai juga via Ice Queen Ku Cair ni. Alhamdulillah...

Ambil yang baik-baik, sempadani yang sebaliknya :-)


#icequeenkucair
#telemovietv9kuasa3malam

Aura Camping

Throwback 7

Ada neighbour Mumi ni, live active-life. Mak, bapak & 2 sons. Sangat ceria & happy. Every weekend ada je aktiviti luar mereka. Cycling la, hiking la, jogging la... paling best tgk status mereka pergi camping.

Mumi teringin sangat nak pergi camping. Tapi alasan Papa, 'boleh ke ayang tu tido dalam khemah?'

Ehhh... tak cuba tak tahu. Yang sebenarnya Mumi tau Pa tu yg worries. Sebab... pergi mana-mana pun ada satu keperluan syarat Pa, tandas kena up to his standard :-)

Satu hari tu, jiran Mumi ni sedang testing khemah camping yang mereka baru beli. Mereka test pasang khemah di taman permainan tepi rumah mereka tu & invite kami untuk joint. Baby la yang paling happy sebab their 2 sons are Baby's friends. Pa tak join sebab balik lambat, siapkan projek ceilingnya.


Mumi suka tengok pic ni... Kus, jiran mumi tu pun suka gambar yg Mumi snap ni. Nampak pure-happiness anak-anak. Perhaps one day in another 10 years time ke nanti, kot-kot mereka sama2 pi camping dan ambil gambar angle begini. Huhu... Mumi yang suka berimaginasi...


Khemahnya warna hitam, cantik. Mumi panggil khemah kayangan. Tapi malam-malam cenggini, tak nampak sangat bentuk khemahnya. 

Babang & Didik happy dapat makan barbeque.

Tq Kus & Wazi jemput kami join camp-testing. Bolehlah kami dapatkan aura camping tu... teringin juga, satu masa yang diizinkan Allah nanti, memang Mumi nak juga pi camping dengan Pa & anak2 :-)

InsyaAllah...




#camping
#camptesting
#campingatplaygroundtepirumah

Tulis Artikel

Throwback 6

Mumi tak pandai & tak rajin menulis sangat. Mumi cuma SUKA 'menulis' je. Especially 'tulis diary'. Kemudian jadi 'tulis novel'. Sekarang cuba 'tulis skrip TV'. Bukan mudah, masih fasa mencuba. Slow gila, tapi tak apa, Mumi bahagia je.

10-11 Mei 2022, Mumi ditugaskan mewakili PBend dlm Bengkel Penulisan Artikel. Kesian Mumi, terkontang-kanting seorang dari skop kewangan. Mujurlah Mumi spesis tak kisah, campak ke mana, insyaAllah hidup seadanya (mcm yg late Mdm Karen, former Boss Mumi ketika di GOMAFO dulu kata).

Penceramah bengkel ialah Pn NISAH HARON, penulis tersohor dengan latarbelakang ilmu undang-undang. A lawyer. Penulis fiksyen & non-fiksyen, penulis cerita pendek & novel serta seorang penterjemah. Panjang senarai anugerah yg beliau perolehi dlm dunia penulisan.


Outcome bengkel? Hasilkan artikel yang akan jadi input kpd projek koleksi artikel pengurusan universiti. Walaupun ketika itu Mumi sdg suffer dgn migrasi sistem eBanker Pro BIMB, siap juga Mumi tulis artikel dari sudut pandang orang kewangan. Last minute hantar sebab jenuh filter, bimbang tersentuh mana-mana sensitiviti.

Itu atr sebab Mumi tak berapa suka tulis artikel. Artikel ni penulisan berdasarkan fakta. Salah fakta, salah interpretasi akan misslead & timbulkan argument. Boleh jadi konflik. Silap2 boleh kena saman.

Mumi salute penulis-penulis yg mampu lantang & telus menintakan pendapat & suara. Walaupun mungkin akan ada pihak 'terasa' / 'terkesan' / 'terjejas'. Akan ada sistem yg dikritik @ ada proses yg didedahkan kelemahannya. Hakikatnya, penulisan yg telus penting utk balancing & penambahbaikan jika diambil scr positif tanpa ambil kira 'kepentingan' @ 'agenda' tertentu.

Mumi... Mumi tak gemar berbalah & tak suka cari masalah. Sebab tu Mumi lebih suka 'fiksyen'. Ada disclaimer 'tidak berkaitan dgn yg masih hidup @ yg mati'. 

Seingat Mumi, last Mumi tulis artikel ialah bila dipaksa oleh former Boss Mumi, PAS utk Koleksi Artikel Integriti Terbaik Pejabat Bendahari UiTM. 2013 kot sbb throwbacknya dlm FRAN adalah pd 2014. Out of the blue, tak taulah lagu mana... Mumi menang Anugerah Emas utk artikel tu. Pheww... 

Memori ni Che Ali yg berdiri sebelah kanan Mumi (atr boss mumi di UiTM tapi dah bersara merangkap husband kpd former boss Mumi @ Kak Suzi waktu Mumi mengajar di IPTS dulu) yg abadikan dlm FB dia. Jenuh Mumi scroll cari demi nak simpan dlm FRAN.


Next to Mumi adalah former lady-boss Mumi, PAS yg paksa Mumi tulis artikel tu. As a woman herself, she is a strong ladyBoss yg sgt humble walaupun bukan sekadar org biasa2sgt byk bantu & sgt memahami terutama ketika PaMi melalui ombak ujian kami dulu. Dlm ketika Mumi difitnah & diaibkan, she said 'I knew you way better'...

One thing about PAS, beliau sgt adores Pa & her advices byk bantu Mumi & mungkin juga Pa dlm tindakan & keputusan yg kami ambil ketika harungi waktu2 sukar itu. Sampai hari ni pun, ketika PaMi hadir kenduri kahwin anaknya di Bangunan PERKIM Shah Alam 30 Julai 2022 lalu, pandangan mata & senyumnya jatuh pd Papa dulu ketika kami melangkah masuk. Haish.. jealous Mumi! Huhuhu...

PAS juga orang pertama yg sebut & suruh Mumi bawa Seandainya ke drama TV many years ago tapi masa tu tak sampai seru pun Mumi nak buat scriptwriting. InsyaAllah saya usahakan utk Puan ya...

Mumi ingat lagi, pada hari penyampaian anugerah tu, Mumi cuti sebab Hari Sukan SKS7 Babang. Tapi Mumi digesa hadir & Committee terpaksa terus-terang kenapa Mumi kena hadir juga hari tu hahahah. Dah la masa tu Mumi sdg bersorak2 kat padang sampai berpeluh2. Mcm kartun la Pa bawa Mumi yg masa tu sdg mengandungkan baby, beli baju yg proper. Begitu ajelah baju yg avail & muat ketika tu kat kedai tu. Ad-hoc OOTD. Adeh... haru biru.

Eh, dah ke laut memori Mumi. Ampunlah...

Mumi bersyukur diberi peluang menimba ilmu ni. Dapat ruang berkongsi apa yg Mumi lalui @ yg ingin Mumi lalui. Dapat ruang duduk semeja dgn tokoh penulisan tersohor seperti Pn Nisah Haron & dapat tips serta panduan yg precious. .

Tiba-tiba Mumi terfikir... kalau dulu Mumi dpt peluang realisasikan impian nak belajar legal & jadi lawyer, perhaps hari ni Mumi adalah orang yang berbeza. Tapi tak apa... Mumi tak ralat lalui pengajian dlm bidang yg Abah pilihkan demi kelangsungan hidup keluarga kami. Alhamdulillah, Mumi masih dpt capai impian Mumi utk menulis hari ini. Dpt juga realisasikan impian Abah yg sebenarnya suka menulis waktu mudanya tu. 

Semoga ilmu yg Mumi timba dalam sesi ini dapat Mumi manfaatkan sebaiknya nanti, insyaAllah...


#bengkelpenulisanartikeluitm
#nisahharon
#artikelintegritipejabatbendahari2013


Wednesday, August 3, 2022

Aidil Fitri 2022 Pasca-Pandemik

Throwback 5


Hari Ahad 1 Mei 2022 diumumkan anak bulan kelihatan. Maka, kita sambut Aidil Fitril 1 Syawal 1443H pada Isnin, 2 Mei 2022. Mumi pun tergelak campur tergelabah dan serba salah. Habislah Mumi, malulah Mumi. Nak balik umah MIL malam raya, mesti semua kat sana dah siap masak juadah. Apa punye menantu la Mumi ni.... ampun...

Akibatnya, kami pun antara yang ramai2 bertolak balik malam raya. Bersama kekucing kami :-)

Sebenarnya Mumi dah rasa akan raya Isnin, sebab tu dah siap packing in advance berdikit2. Tapi tetap harap Selasa juga rayanya sebab Mumi risaukan rumah yang macam Titanic pecah & keadaan anak-anak kucing yang perlu diangkut balik.

Alhamdulillah, Aidil Fitri 2022 @ 1443H diraikan. As for our family, Aidil Fitri kami serba sederhana. As for Mumi, ada pelbagai emosi dan rasa dalam dada. 



Bismillah... Mumi teringat mesej atr Mumi-Kus-Intan tentang ambil gambar banyak2 dengan pasangan sebagai kenangan. Kemudian Mumi terbaca tentang luahan seorang isteri yang dalam kesusahan bila kenderaan buat hal, teringat dia tak lagi punya suami (pulang ke hadrat Ilahi) untuk mengadu. Juga terbaca tentang luahan isteri merindui suaminya yang dah tiada, hanya gambar yang ada. Itupun baru notice mereka jarang ambil gambar berdua. Sedihnya. 

Mumi sejenis yang tak suka bergambar tapi Mumi suka amek gambar orang. Mumi suka ambil gambar secara candid, tak suka di plan @ setting. Pada Mumi candid pictures tell thousand true & honest stories. Beza dgn Pa, dia memang suka amek gambar. Ya la.. dia photogenic. Mumi 'comogenic'.

Ajal & maut kuasa Allah. Kita tak tau apa akan jadi esok lusa, hatta sesaat selepas ini. Tak tau siapa yg akan tinggalkan siapa juga. Kerana itu, Mumi belajar hargai setiap momen bersama yg ada.


Side Papa @ MIL's house - tak cukup korum. Looking back the time tunnel, syukur Allah sentiasa bantu Mumi. Memang tak ada walau sebuah keluarga pun yg sempurna tapi keluarga itu adalah apa yg Allah kurniakan buat kita. Mumi masih belajar untuk mensyukuri, menghargai &  mempertahankannya... 


Mumi's small family side. Lihat gambar2 ni, deep down in my heart.. i feel the pain. We have tough journey, still. Tapi Mumi redha. Dunia & semua yg ada ni pinjaman. Hidup ini pun satu ujian. Nak tak nak, kena lalu juga setiap cabaran, kesedihan, kepahitan. Bila hati luluh, I told myself, itu adalah cerita yg Tuhan tulis utk watak Mumi. Lalu je la... 


Pa with his left & right juniors. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana kesempatan yang masih Mumi ada ini utk melihat & terus bersama pillars Mumi ini. Bila lihat Babang & Didik dah setinggi Papa (even slightly taller than Pa), Mumi rasa... pheww... kuatlah terus Mumi RAN untuk terus lalui kehidupan yang dipinjamkan ini... 


Antara pic jalan2 raya yg ada. Selebihnya sibuk makan & sibuk layan keletihan. Memang kalau raya di kampung Pa mereka lebih meriah, coz they have big families. Jalan raya 3D3N tak habis. Walaupun merata berjalan, tetap berjaga juga. Masih perlu lindungi kesihatan diri...


Most of d'time, Mumi telan airmata dalam hati just to cheer up people I love. Little did I realize, my silence & flexibility & unspoken tolerance have been interpreted as selfish. Tak apa, Mumi masih mampu kutip & rawat hati yang pecah-tampal-pecah-tampal ni. U're my flesh & blood anyway... sampai syurga. Sampai waktu nanti, kau pasti mengerti dan sedari...
 
And yes, Mumi angkut Nanomey & 5 anaknya beraya ke kampung. Haish, letih gila fizikal & mental Mumi jaga kebajikan mereka. Sampai PaMi tidur di beranda  luar sebab diorang ni duduk kat bawah tangga tu, open space sedikit, kalau diorang panjat boleh je jalan2 kang kat luar tu. Kalau hilang ke apa ke, meroyan Mumi. Kalau jadi apa2, rasa bersalahlah Mumi. Berat rupanya 'tanggungjawab' bila dah sukarela jaga makhluk Allah ni...

Keadaan dalam kereta otw back home raya ke-4 tu. Nanomey macam mabuk kereta. Alhamdulillah, Allah permudahkan juga walaupun rasa 'serik' sebenarnya :-) 

Yang ini aktiviti Pa dengan team NGO, kacau dodol. Rasanya ni sebelum raya... mumi pun lupa. Dalam usia2 begini, mungkin kebajikan dan kebaikan yang kita libatkan diri dapat beri serba sedikit saham akhirat.

Paling touchingBaby sangat excited nak sambut Hari Raya cum Hari Guru di sekolah. Maklumlah sejak masuk sekolah, dunia dilanda Pandemik. Baru inilah dia merasa sambutan begini. Hingga terkeluar ayat-ayat mat salleh nya tu yang Mumi tak tahan gelak. Punyalah dia excited & happy. 


Dan selama ni rasanya Mumi tak pernah simpan gambar raya jabatan. Yang ini Mumi simpanlah buat kenangan. Utk tahun ini, our youngest brother (berdiri paling kanan) & sister (girl in the middle) dah tak lagi bersama kami. Dan tahun depan, ada potensi boss kami jadi boss besar lead kewangan universiti. Dan kami pun entah akan bersama lagi atau bertukar ke mana-mana selepas ini...
Apapun we're still part of the JKK family forever.


#SHRMZB2022
#memorirayaterkejut

Monday, August 1, 2022

Aidil Adha 2022

Throwback 4

Hari Raya Aidiladha @ 10 Julai 2022 @ 10 Zulhijjah 1443H.

Kami balik raya di SB je dan singgah Sekinchan untuk lawat Ibu on the way back to Klang on 11/07/2022. Mumi can't afford to be away lama2 mengenangkan kekucing Mumi kat rumah hu hu...

Selepas 2 tahun tak beraya, tahun ni baru dapat rasa semula kemeriahan qurban. Walaupun sbnrnya... Mumi 'tidak sampai hati' utk melihat momen begini. Tapi... inilah pengorbanan...



Firman Allah dalam surah Al-Hajj (ayat 37) :
"Daging (haiwan qurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu. Demikian ia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."

Mumi memang tak sampai hati melihat proses sembelihan... sukar juga nak Mumi tuliskan mengapa, kenapa dan bagaimana. Tapi Mumi tahu dan yakin Allah itu lebih mengetahui. Mumi kena kuatkan hati untuk menerima bahawa inilah refleksi kepatuhan kepada Allah... seperti ayat ini yang memang sejak awalnya buat Mumi terkesan.

"Setiap dari kita adalah Ibrahim. Ibrahim yang punya Ismail. Ismailmu mungkin hartamu. Ismailmu mungkin jabatanmu. Ismailmu mungkin gelaranmu. Ismailmu mungkin egomu. Ismailmu adalah sesuatu yang kau sayangi dan kau pertahankan di dunia ini. Sesungguhnya Ibrahim tidak diperintah Allah untuk membunuh Ismail. Ibrahim hanya diminta Allah untuk membunuh rasa KEPEMILIKAN terhadap Ismail kerana hakikatnya semua adalah milik ALLAH."

Mumi tak tahu aslinya quoation ini dari atau milik siapa. Moga segala yang baik dikurniakan buat pemilik asal dan orang-orang yang memanjangkan pesanan ini.

Melepaskan atau menyerahkan sesuatu yang kita miliki atau terlebihnya amat kita sayangi, tentu saja sulit. Tapi perlu juga yakinkan hati bahawa jika kita memberi walau satu kebaikan dengan ikhlas kerana Allah, maka Allah akan membalasnya lebih dari yang mampu kita bayangkan. InsyaAllah...



Walk to remember:
Last year Papa buat qurban di Tanah Suci. Tahun ni Papa buatkan Qurban untuk Mumi pula di India. Mumi berdoa tahun depan, ada rezeki Mumi buat Qurban untuk Ibu...


#aidiladha2022
#qurbankerbaudiindia

Pulang

 @3 Muharram 1444H

Alhamdulillah, masih Allah izin menjalani kehidupan mendukung amanah dan tanggungjawab di dalam Tahun Baru Islam.

Azam Mumi, nak jadi hamba Allah yang Allah belas kasihan, yang Allah sentiasa sudi lindungi dan rahmati dan yang sentiasa Allah bantu...

Pagi ni, selesai mengaji di pejabat, Mumi ternampak headline yang muncul di skrin PC. Allah... dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang.

source : Online BH

Mumi membacanya, TS Abdul Khalid Ibrahim, bekas MB Selangor telah berpulang jam 11.08mlm 31072022 di Hospital Cardiac Vascular Sentral, akibat jangkitan pada injap jantung. Allhayarham akan disempurnakan dan disemadikan hari ini di Makam Diraja Shah Alam atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

MB Selangor ke-14 yang pertama dari Parti Harapan (parti pembangkang) ini menerajui Selangor mulai selepas mengangkat sumpah pada 13032008 hinggalah 22092014. Dalam tempoh ini, Mumi pernah 'berboskan' allahyarham ketika Mumi berkhidmat di Tourism Selangor Sdn Bhd. Pernah hadir mesyuarat yang allahyarham pengerusikan.

1st impression Mumi, he was a smart and wise man. Cuma, Mumi tak mampu bertahan lama di TSSB bila UiTM offered a position. Thinking about how I couldn't fit in political surrounding nature of work, Mumi terima offer UiTM. Dari parti pembangkang Mumi kembali ke parti kerajaan huhu.

Lagipun UiTM adalah 'offer pertama' yang Mumi dapat sejak tahun akhir di U dulu bila TS Arshad Ayub menjadi Boss arwah abah. Tapi... waktu tu darah muda, nak cuba berdikari atas kemampuan sendiri dan nak cari pengalaman di sektor swasta. Alhamdulillah, Mumi tak menyesal pun. Biarlah lambat, asal selamat dan bahagia hu hu...

Setiap hari ada berita kepulangan ke pangkuan Pencipta. Sesuatu yang kita tahu adalah wajib bagi setiap yang dipinjamkan jiwa. Semoga Mumi masih diizinkan Allah untuk terus istiqamah perbaiki diri sebelum tiba waktu dipanggil pulang pula...

Selamat pulang kepada Penciptamu, TSAKI. Semoga ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi Allah.


#tansrikhalidibrahim
#tourismselangorsdnbhd

PAGEVIEWS