Friday, September 8, 2023

Pa & Yong

Throwback 

Their 13 August 2023...
Happy birthday Papa & Ayong..
Kami sayang Pa & Ayong sampai syurga! 
Semoga sentiasa dirahmati Allah dalam sejahtera, bahagia, diselimuti iman dalam Islam sampai syurga.



Tq Abby & Q for the treat @ Big Tas Tea, Tg Syawal. 

And thank you Abby for the sweet video. 
Mumi touched sgt tgk video ni, terasa cepatnya masa berlalu. 
PaMi semakin tua, anak-anak semakin dewasa.





Semoga moment ini sentiasa sweet and memorable untuk kita semua.

#ciptamemorikita

Thursday, July 27, 2023

Little SKYLina

Mumi pernah simpan diari tentang bagaimana SKY hadir dalam kehidupan kami dalam https://rysareesanasir.blogspot.com/2023/01/sky.html.

Ketika tu Mumi agak usia Sky dalam 2 bulan kot. Sebab dia sangat kecil dan masih jalan2 jatuh. Masih menyusu pun dengan maknya yang kami namakan Tuttiluv, yg on off datang ke rumah kami jenguk Sky.

Awal-awal dulu Sky sangat semangat kalau dapat snek. Suka tengok dia excited... Sekarang pun masih semangat kalau dapat makan fresh atau wet food. 

Almost a year dah Sky dengan kami. Bila tahu Sky tu gegurl, Mumi tambah namanya jadi SKYLina hahahah.

Oh ya, 20 Julai 2023 Pa hantar Skylina ke vet untuk prosedur spay. Cukup berat 2.5kg dan cukup 3 kali bilangan vaksin (walaupun yg ketiga tu terlewat sangat dari jadual), sebelum dia pandai on-heat, lebih baiklah kita sempurnakan. 22hb Julai Mumi pergi jemput Sky dari wad veterinar sebab Papa ada job di Port Klang. 

Makanya sejak balik dari wad, Mumi suruh Skylina tidur dengan Mumi. Dia memang manja dengan Mumi. Bak kata Papa, kalau Mumi yang panggil n laungkan nama dia, cepat je dia datang/balik. Hahahah....


Kenapa Mumi neuter & spay kan kekucing kami...? Sebab Mumi tak sanggup nanti jika mereka beranak pinak, dan kita tak mampu jaga, kita pi buang. Mumi tak sanggup! Mumi nak biarkan kittens yang baru lahir tu tergolek2 atas simen pun Mumi tak sanggup. Sebab tu Mumi terkilan kalau tengok orang layan kekucing tu macam.. err... macam apa ye? Officemate Mumi pernah kata 'kak.. itu fitrah diorang la sebagai kucing, diorang kan haiwan.'. Mumi tahu... tapi Mumi tak mampu nak buang perasaan Mumi ni...

Kebaikan spay kan kekucing? Spay ni untuk kucing  gegurls.. antaranya for their own overall heathcare, dapat elak mammary cancer, kurangkan kelahiran yang tak diingini tuan, elak bunyi bising yang sakitkan telinga bila sampai kitaran mengawan (heat cycle) dan elakkan depa ni kencing merata atau tanda sempadan wilayah dalam rumah hahahaha... 

Macam yg dalam tiktok tu kucing nyanyi 'kami kucing, suka kencing, sana sini bau hancing, tuan pening mulut bising, kami kucing tetap kencing'. Hahahaha! Selain jaga keamanan sendiri, Mumi kena jaga juga kepentingan maslahat kejiranan.

Mumi sbnrnya beberapa waktu ini agak tertekan di rumah dengan gangguan berpanjangan bunyi ngiauan kucing. Siang malam pagi petang, sampai subuh. Mumi kesian dengan kucing tu. Sangkarnya tak berlapik, tentu sakit badan dia. Pun kalau Mumi di rumah, Mumi tak pernah nampak kucing tu dilepaskan untuk bermain di luar sangkar. Forever dalam cage kah? Mumi google, kucing akan mengiaw panjang dan nyaring kalau nak mengawan atau stress terkurung. Kasihannya... tapi Mumi cuba husnudzon.

Rasa nak tegur, tapi Pa tak benarkan. Rasa nak report kat Akta Pengabaian Kebajikan Haiwan, lagi la Pa tak benarkan masuk campur. Ya, memang kita dah masak sgt dengan perangai mereka. Kalau sesama manusia pun dia boleh bersikap hmmm... dgn haiwan apatah lagi. Not a surprise, dari cara Atot dilayan dulu, sampaila ke kucing2 mereka yang lain. Hingga sekarang dari banyak2 kucingnya, tinggal seekor tu je. Kasihan sgt... malah bila dah sakit dibuangnya. 

Mumi tau tak baik Mumi ada perasaan begini pd mereka. Tapi I can't help it. Lama sangat kot tolerate & hadap sikap mereka ni. Kadang kasihan tengok mereka diuji dengan sikap begitu... tapi Mumi lagi kasihankan diri Mumi yang diuji dengan mereka yang bersikap begitu hahahah.... tak apalah, moga Allah sentiasa beri taufiq dan hidayah-Nya pada kita semua. 

SKYLina... Mumi buat semua ni untuk kebaikan kita bersama...  Doakan PaMi sekeluarga dapat jaga kamu sekeluarga baik2 ye...

Cepat sihat SKYLina...jangan sedih2 ye... nikmati kehidupan kita semampu kita je ye....


#SKYLina
#spayed

Wednesday, July 26, 2023

Si Kasut Turquoise

Dalam sharing di pejabat hari ni, Mumi terdengar satu pendapat lebih kurang begini, 'Macam mana boleh burnt out? Kalau pandai urus diri, keadaan dan kehidupan, then istilah burn out tu tak akan wujud.' Sama macam bila ada orang kata, depression tu sebab tak kuat iman. Hmmm....

Hahahah... Mumi tak mau judge. Sebab dulu2 ketika Mumi muda, ketika Mumi bertenaga, ketika Mumi passionate... yesssss, semua penuh excitement, semua penuh semangat. Mana kenal erti burnt-out.

Tapi... seiring dengan waktu, Mumi belajar banyak tentang kehidupan. Perlu jaga setiap kata-kata dan judgement. Kerana apa yang dijanjikan atau ditakdirkan Allah tu, P-A-S-T-I. Dalam hidup ni ada boomerang.

Setiap yang Allah wujudkan di dunia ni, tak pernah akan sama. Unik dan tersendiri. Bahagian cerita pun berbeza. Mungkin ada yang sama, tapi tak pernah akan serupa. Allah tu kan Maha Hebat.

Tak moh la cerita ttg itu. Sebab dalam usia Mumi ni, Mumi lebih suka memerhati. Maaf la.. Mumi dah hilang passion dalam sesetengah perkara kerana passion Mumi ada pada sesetengah perkara yang lain. Kadang passion pada perkara lain tu lah yg bantu keep me in shape dan bantu untuk redakan burnt out Mumi untuk sesetengah perkara yang lain.

I just wanna say... burnt out is real. If you are yet to experience it, be grateful. But, kindly be considerate and show little empathy to those who going tru that phase on n off. Setiap orang ada situasi tersendiri. 

Kemas-kemas galeri hp, delete gambar2 yang tak berkaitan. Sama macam kurangkan storage dalam kepala sendiri juga.

Terjumpa video ni yang ibu kepada BFF baby send pd Mumi. Masa ni sekolah baru buka selepas  fasa 'berkurung' C-19. Entah apa la program pada hari tu Mumi dah tak ingat. Cari2 dalam FRAN macam tak jumpa. Tak pe la, sebelum Mumi delete dari hp, Mumi simpan je kat sini untuk memori...



Kemain laaaa Baby menari. Tak pe la nak, nikmatilah zaman persekolahanmu... lewatilah usia kanak-kanakmu dengan memori yang indah2....

Aunty Anis yang ambilkan video ni sebab kebetulan BFF baby tu anaknya pun sama menari kat belakang baby hahahah...

Tetiba sayup2 Mumi terdengar ada suara orang kata 'suka tengok yang pakai kasut turquoise tu'. 
Errr... baby kah? Sebab kasut Baby mmg warna turquoise pun... hahahaha



#budakmontelmenari
#sukabudakyangkasutturquoise
#senamrobik
#burntout

Friday, July 14, 2023

'Pedagogy'

Pedagogi maksudnya kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Atau boleh difahami sebagai sains atau seni mengenai cara mengajar, khususnya di institusi pendidikan. Teringat dulu ketika Mumi served as IPTS lecturer. 

Ada satu ketika tu Mumi perlu hadir kursus pedagogy setelah beberapa lama buat lecturing ikut 'pedagogi' Mumi sendiri. Hahahah... tetiba bila tiba tarikhnya, Mumi tak berkesempatan memanfaatkan peluang tu kerana tarikh resignation Mumi sudah lebih dulu tiba. 

Kenapa Mumi resign...? Hmmm... sebab Mumi ada prinsip sendiri yang bercanggah dengan praktis orang yang mengendalikan kolej tersebut. Maka.. Mumi undur diri je la. Kemudian served TSSB dan seterusnya di UiTM sehingga sekarang. Alhamdulillah... Allah itu lebih mengetahui susun atur kehidupan hamba-Nya.

Apa ye Mumi nak simpan diari tentang pedagogy ni sebenarnya... lupa dah. Banyak diari tak sempat simpan kerana kehidupan Mumi di pejabat 2 3 bulan ini sangat mengharu-birukan kalendar dan masa Mumi. Affect mood dan perasaan Mumi juga. Kesian Pa & boys kena tolerate dengan perubahan mood Mumi di rumah...

Ok, Mumi simpan je ye moment untuk kenangan tentang pedagogi ni di sini... me-time ni Mumi nak cuba draftkan diari dalam FRAN sebanyak mungkin sebelum kembali sambung bengkel iAKNC bersama editor sekejap lagi. Haaa.... mumi jadi editor iAKNC PB okeh... tang mana skill jadi editor tu yang depa ni nampak kat Mumi pon, tak tauuuu laaaa.... selalu Mumi bantu kerja2 editing depa ni di belakang tabir je sebelum ni. Ni dah libat depan-depan, hadap & buat je la amanah & tanggungjawab yang diberi sebaiknya.


Last weekend, Baby requested Mumi to assist his Math homework. Operasi bahagi... okeh, tak moh ulas tentang 'tingginya' standard silibus, tapi kita buatlah apa yang mampu. Agak mencabar juga memahamkan Baby... sebabbbbb... ?

I told Baby, 'Pedagogy Mumi mudah je, no sifir no Math. Pi suh Chase semak hafalan sifir kamu tu sebelum Mumi jadi petir!'

Chase bersungguh monitor Baby yang mukanya sendu sebab asyik kena grrr-grrrr dengan Mumi waktu buat homework. Snowy? As always, white cat... tidur... :-)

Si Skylina tu pulak time tu la dia nak manja2, ajak borak dengan si Baby... haish...



Oleh kerana minggu ini minggu Mumi terkorban di pejabat dengan segala ke-hectic-kan jadual kerja dan berkejar dengan urusan anak2 sekolah, Mumi exhausted. Maka, bila Mumi exhausted kepala dan badan, mood juga terkesan.

Tetiba rasa nak marah je dengan Pa, sebab walaupun Pa busy dengan kerja-kerjanya yang pelbagai, tapi orang lelaki tetap orang lelaki. Depa still ada masa me-time, walaupun mengeteh sampai ke mid-nite kan?

Maka, bila Mumi merajuk... Mumi pula surprise bila Papa capable of cooking this dish. Weh, tak pernah lagi ye sejak kahwin Papa masak melainkan beberapa dish yang mudah eg nasi, sambal sardin, goreng telur / ikan / udang kekecik. 

Tapi malam tadi... Papa sediakan masak lemak udang berbuncis! Wow... bak kata Papa (perli agaknya) terus sihat ye dia bila Pa yang masak?' Hahahaha...

Sedang Pa masak dibantu Babang tu, Didik iron baju, Baby uruskan makan minum kucing dan sampah.. Mumi? Dari terbaring keletihan, tetiba terus ada tenaga pi selesaikan 2 round basuhan, masak air bercerek2 dan basuh pinggan. 

Haaa... apa yang penting? Kerjasama!

'Pedagogy' isteri untuk dapatkan kefahaman suami tentang keletihannya style Mumi... merajuk dalam senyap. Hahahahah.... terus Papa beli jiwa Mumi dengan masakan yang super-delicious ni.  Thank you Pa... and ampun tau.

Mumi suka Pa masak, sebab mungkin Mumi dah boring masuk dapur. Tapi boys kata 'lebih baik Mumi yang masak'. Hahahahah.... 

Bagi chance la Mumi nak tukar selera... lepas ni Mumi nak makan dari masakan anak2 pulak!


#nosifirnomath
#masaklemakudangberbuncis
#papamasak

Thursday, June 22, 2023

Double N

Proposal NK ni Mumi emailkan kepada coach pada 13 Nov. 2022 dan dipanggil untuk pitch di TV3 di bawah Alfanazra Production pada 20 Jun 2023. It tooks 7 months for this NK to get it's opportunity to be pitched.

Oleh kerana coach SSAG ada urusan, Mumi hadir pitch NK bersekali jadi wakil untuk pitch proposal telemovie kepunyaan coach yang bertajuk NDB. Tajuk pun Mumi dah rasa gerun. Kedua-dua proposal yang Mumi pitch tu tajuknya mula dengan huruf N. So coincidence... huhu.

Sebenarnya untuk tempoh 19-21 Jun, office sedang menghadapi sesi lawatan semakan pematuhan oleh LHDN dan kebetulan Mumi yang uruskan sesinya. Dilema sungguh. Alhamdulillah, Allah selalu sayangkan Mumi. Rakan-rakan sejabatan rela dan redho je Mumi ambil time-off utk lari pitch ke Sri Pentas 20 Jun tu.

Dugaan, Bob yang sepatutnya grab kan Mumi dari office ke Sri Pentas salah faham. Dia pergi ke rumah untuk pick Mumi. Makanya 9.40am baru kami gerak dari UiTM, dengan peak-hour waktu tu traffic heavy gila! Mumi dah nak nangis... pitching pukul 10.30 pagi! Boleh sampai ke... 

Dan lagi Allah Maha Baik... terima kasih Allah selalu sayang Mumi. Tepat jam 10.20am Mumi sampai di gate polis depan Sri Pentas. Selepas proses pengesahan identiti, Mumi lari terkedek-kedek ke tempat pitching. Tak bernafas Mumi!

Tq Bob, kerana berusaha sehabis dayanya demi memastikan Mumi sampai on-time di Sri Pentas walaupun banyak kali jantung Mumi off berdegup kerana risau dengan 'fast & furious' style Bob hahahah.



One with Scriptwriter Mimie Zakaria & Mr Producer @ Director Khalid Nazri. Coach kata mr producer ni adik Ahmad Idham... hu hu... ok, ada iras :-)

Ini kali pertama Mumi pitch proposal untuk Alfanazra. Semoga ada rezeki yang baik-baik utk ketiga-tiga proposal yang kami pitch kelmarin.


#NK
#NDB

Tuesday, May 30, 2023

Allout - AMMH

1 Oktober 2022, Coach fwd mesej dari producer dan minta bantu proper proposal untuk MH. 2 Oktober Mumi selesai emailkan MH dengan working title barunya di tangan Mumi sebagai AMMH kepada coach untuk diserahkan kepada producer. Lepas tu Mumi pun lupa hahaha...

23 Mei 2023, coach fwd pula pemakluman dari producer tentang panggilan pitching AMMH di Sri Pentas. Haaa... tempoh dari hantar proposal kepada panggilan pitching saja ambil masa 8 bulan. Phewwww.... altogether untuk sampai ke final product (kalau ada rezeki, kalau belum ada rezeki, proposal itu akan revise dan revise)? Makan masa tahun kot.. hu hu...

So, 30 Mei 2023 Mumi pun dengan bantuan Pa, hadirlah sesi pitching di Sri Pentas. Mujur Pa free belah pagi. Kalau sesi pitch ni petang, terpaksa la Mumi naik grab sebab Pa ada site visit. Mumi malas drive sendiri.

Ini kali pertama Mumi pitch untuk producer AllOut. Kali ni, Mumi satu sesi pitching dengan scriptwriter Mr Tommy Loh dan sis Haida Mazni pula. Nama-nama besar tu... Mumi walaupun lebih besar (saiz) tapi sangat la cinonet :-)

Alhamdulillah, pitching session went smooth. Mumi simpan la ye gegambar ni dalam FRAN untuk kenangan Mumi. 

Moga-moga ada rezeki untuk ketiga-tiga proposal yang dibentangkan :-)


Walk to remember :

Tetiba Mumi teringat lagu yang liriknya :
'....Mei Hwa, Mei Hwa.. menangis kau kerana cinta...'

Penetapan Target SPM 2023

26 Mei 2023

Besarnya la dugaan Mumi membesarkan anak yang seorang ini. Dari lahirnya, meragam je... menangis je.. hingga Mumi berhenti kerja sehingga 8 bulan lamanya.

Masuk sekolah, ada je ragamnya. Malah ragamnya hingga sekarang ada juga. Dialah yang pertama beri title seorang ibu kepada Mumi. Dialah ketawa, dia jugalah airmata. Pengubat hati Mumi bila guru-gurunya kata dia elok dan bagus di sekolah. Moga begitu juga kamu walau di mana, hatta bila tidak berada di depan mata kami juga.

PaMi mohon sangat Allah bantu kami jadi ibubapa yang baik untuk kamu dan adik-beradik kamu...

Maafkanlah PaMi untuk segala kekurangan, kelemahan dan ketidakmampuan kami. Kami hanya ingin kamu jadi insan soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Pautlah pada syariat agama, peganglah kata nasihat kami sebagai ibubapamu... insyaAllah baik-baik juga yang akan mendatangi kamu.

Apa yang telah berlaku, biarlah dibawa waktu. Kesilapan dan kesan... kita lalui sama-sama. PaMi berlapang dada dan redha jika ada antara perancangan kami yang tidak Allah izinkan. Walaupun dipatahkan bersama luluhnya hati, tapi PaMi akan sentiasa iring kamu dengan doa dan harapan.

InsyaAllah, semua dugaan, rintangan dan kesilapan ini akan menjadi bekal untukmu mengorak langkah dengan lebih baik.

Kredit : SMKS7 Kasih 2.0


Peganglah pada lafaz ikrar kamu, buatlah yang baik-baik untuk diri, keluarga, bangsa dan agama.
Dunia ini keras tempatnya, percayalah... 
Pautkan hatimu pada Allah sentiasa. 
Bawalah PaMi dalam ingatanmu setiap masa.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah jua.

THSD Eid 1.0 & 2.0

Pengalaman duduk berjiran di rumah lama di TPR (1), (2) dan (3) dulu dengan sekarang di THSD agak berbeza. Kalau dulu di TPR, ada banyak unit rumah, ramai jiran. Kami biasa dengan suasana borak2 di depan rumah, tukar2 pemberian dan Papa terutamanya biasa aktif beriadah atau mengeteh dengan jiran-jiran setamannya. 

Bila pindah ke THSD, suasananya agak berbeza. Agak sunyi di sini, maka Papa kekal dengan dengan jiran2 perumahan lama untuk aktiviti berbasikal, berbadminton even mengeteh. Di THSD, hanya ada selorong rumah dalam 20 unit rumah semi-D. Masing-masing bekerja yang pergi gelap balikpun gelap, Mumi la especially hahahah. Kalau weekend, masing2 ada urusan dan program masing-masing. Kami pun sama...

Sebagai jiran yang paling terakhir pindah masuk ke THSD, Pa mencadangkan majlis sambutan Aidilfitri pertama THSD pada tahun 2019. Dalam majlis ini juga, Pa dipilih untuk mengetuai THSD dan lain2 AJK dilantik juga. Tak banyak aktiviti dapat dilakukan sebab lepas tu terus masuk era C19. Daripada dana kutipan bulanan tetangga, dapatlah diagihkan sumbangan untuk jiran2 yang silih berganti kena kuarantin kerana positif COVID-19. Kami je alhamdulillah, sampai hari ni tak dapat sumbangan, sebab kami masih negatif :-)

Aidilfitri tahun ni, Pa & his AJK once again initiated majlis hari raya. Kiranya Eid THSB2.0 :-)

Macam2 cerita dan peristiwa nak realisasikan hasrat ni. I told Pa, nak satukan yang selorong ni pun kemain la cabarannya, bayangkanlah PM nak menyatukan rakyat Malaysia. Hahaha... faham-faham sudahlah... 

Tahun ni pula Eid THSD2.0 berjaya dibuat pada hari terakhir Syawal, seadanya... alhamdulillah. Mumi simpan je memori THSD1.0 dan THSD2.0 sebagai kenangan dalam FRAN. 


Sambutan Aidilfitri 1.0 pada 2019


Sambutan Aidilfitri 2.0 pada 2023


Untuk majlis Eid 2.0 ni juga kami rewang masak & sediakan 50pax bihun goreng untuk diinfaqkan ke surau Hizbul Islami seperti cadangan Che Sakiman, wakil AJK Agama THSD. Moga direzekikan kita semua dengan keberkatan dan rahmat dari Allah. InsyaAllah...

Tahun ni Mumi tak sempat ambil gambar banyak2. Baru perasan langsung tak ambil pic hidangan dan gambar komuniti ramai2. Adeh... letih jadi runner dalam cuaca yang panas lit-lit hu hu.

Alhamdulillah, menu simple dari rewang plus potlucks : bihun sup, sate-kuah kacang-nasi impit, brownies, puding, kuih keria, kek batik indulgence, buah-buahan, sandwich dan lain2 yang Mumi tak sempat nampak huhu...

Tapi, Mumi tak makan apapun malam tu... 
lebih seronok sambut, jumpa dan berbual je dgn jiran-jiran :-)


Untuk majlis Eid 2.0 ni juga diagihkan duit raya untuk anak-anak THSD menggunakan baki sumbangan yang ada secara pro-rate. Rasa happy sangat tengok keterujaan anak-anak beratur nak collect duit raya. 


Bunyi mercun sebagai pencetus suasana raya. Alhamdulillah...

Happy sangat dapat bersama-sama jiran tetangga wrapped Syawal 2023. Tahun depan entah berpeluang lagi entah tidak... semua atas ketentuan Allah. 

Jiran itu boleh jadi rezeki dan juga boleh jadi ujian. 
Semuanya kurniaan Allah... 
kena berusahalah untuk sabar menerima apa adanya 
walaupun dalam hati rasa grrrrrrrrrr bila tengok certain manusia 
hahahahah


Friday, April 28, 2023

Eid 2023

Syawal 1444H / 2023 



Family Pejabat Bendahari 



Tears & Gift on Birthday

27 April... tambah umur lagi. Alhamdulillah, masih Allah pinjamkan kesempatan. Semoga Mumi terus dilimpahi taufiq dan hidayah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Tq abah, ibu... kerana abah dan ibu, Mumi dapat lihat dunia. Dapat rasai setiap nikmat dan bahagia yang Allah pinjamkan. Kerana abah dan ibu, Mumi jadi Mumi. Lalui setiap liku perjalanan dalam hidup semampu kudrat dan kekuatan jiwa Mumi, semua dengan izin dan bantuan Allah.

Tq Pa & anak-anak... tetap sudi meraikan. And, to my future potential 'DIL' (pun semua atas izin Allah), kerana wish Mumi. Apapun yang bakal terjadi antara kamu berdua, you are still a daughter to me. Be good girl, good lady and good woman when the day comes ya...


Mumi sebenarnya down sejak sampai rumah balik dari kampung last Tuesday. Sebabnya, ketika kami sampai rumah, Snowy dan Enush tak ada. Memang ketika ditinggalkan seminggu, Mommy Intan yang bantu jadi catsitter pun kata tak nampak budak berdua tu. Hati Mumi hancur luluh...

Tapi malam tadi, ketika Mumi tertidur kerana mental dan psikologi yang letih akibat sedih, risau dan menangis kenangkan Snowy & Shiro, boys kejutkan. Rupanya Snowy balik! Snowy bagi salam kat pintu ruang laundry belakang, mujur Didik dengar. Alhamdulillah... terima kasih Allah.


Dengan comotnya, dengan ringan dah badannya. Sejak bila hilang dari rumah pun tak tau... masa Mumi tinggalkan mereka, Snowy ni punyelah lena tidur dalam WhiteHouse. Kalau tak jumpa lagi, mmg terkilan dan merana la Mumi.

Sepanjang malam sampai pagi tadi, asyik mengiow dekat Mumi. Ntah apa dia nak cerita/bebel. Asyik gesel2 gesek kat kaki suh orang pet dia. Rindu ye...? Lain kali dengar cakap Mumi. Kan Mumi dah pesan sebelum Mumi balik kampung hari tu.. duduk rumah diam2. Semua PaMi dah siapkan... 




Sekarang ni jiwa Mumi masih pedih rindukan Enush... 
balik la Enush... 
Kesian kat Papa. Papa yang paling sayangkan awak... 
Balik ya... PaMi belikan icecream kegemaran Enush ya...




Friday, April 7, 2023

PMX @ UiTM vs TB di D'Nahara, Kalumpang

Alhamdulillah, 16 Ramadan 1444H dah hari ni.

Hari ini ada lawatan rasmi PMX ke UiTM Shah Alam dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di masjid UiTM. Sambil selesaikan beberapa tugasan dalam waktu rehat tadi Mumi sempat dengar siaran langsung bual bicara PMX dengan MPP UiTM Se-Malaysia.


Now, waktu Mumi berehat la pulak hu hu... hari ni dapat peluang me-time since boys rest at home. Babang mula nampak tak sihat. Didik, memang Mumi rehatkan since semalam ada pemakluman dari guru yang seorang classmate Didik didapati positif C19. 

Semalam juga, one of Mumi's officemate confirmed positif C19. Maka photoshoot pre-raya office hari ini terpaksa ditunda kerana yang sedang kuarantin itulah photographer kami hu hu... semoga SL baik2 sahaja dan segera sihat. Nak raya ni... :-)

Azan sedang berkumandang dari masjid UiTM. So loud and clear sbb Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ni atas bukit sebelah office Mumi je. 12 tahun dah Mumi mendengar laungan azan dan bacaan surah-surah al Quran masjid dari bilik Mumi ni. Satu hari nanti jika Mumi dipindahkan ke tempat lain, I may miss this feeling so much agaknya (walaupun sebenarnya dalam hati Mumi ni tengah mengira waktu bilalah dapat bertukar angin portfolio/suasana tempat kerja).

Mumi sebenarnya nak simpan memori TB Family Day office pada 11 March 2023 di Nahara, Kalumpang. Tq so much pada office mate & adik2 SKP & JC yang bertungkus lumus merealisasikan family day ni. Ini kali pertama Floor 3 dan Floor 5 bergabung. Mungkin ini family day terakhir PBCanseleri untuk Mumi... bila2 masa Mumi mungkin akan ditukarkan ke bahagian lain pula. Tunggu je la kot hu hu...



Alhamdulillah, walaupun agak hectic dan pack, tapi ia dapat dijayakan. At least, semua happy... especially anak-anak :-)

The Nahara ni rasanya few years ago Mumi pernah teringin nak pergi bila tengok review, tapi tak tersempat nak pergi. Okay la kot tempatnya. Cuma untuk family day hari tu, agak cramp sbb area agak limited. Tapi tak apa... ia sudah berlangsung dengan penuh senyum berwarna merah sama seperti warna baju family day kami.


#PMX@UiTM
#familydaypejabatbendahariaras3dan5canseleri
#d'naharakalumpang


Wednesday, March 29, 2023

My Pisces & Kapla Aries

Hari ni dah hari ke-7 kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah... tapi Mumi masih lagi terkejar-kejar setiap hari bekerja untuk sampai di rumah seawal jam 7 petang. Maka kami berbuka dan bersahur tahun ini simple je.

Tahun ni juga masa terasa sekejap je. Now, we are at the end of March already, phewww... macam baru semalam wish new year 2023. 

Before March 2023 waving goodbye, Mumi wish to keep here the memory of my Pisces & Aries :-)


My Pisces @ 15 March - selamat ulangtahun abah, walaupun abah tak ada dengan kami tapi tiap kali tarikh ni sampai, Mumi tetap akan ingat ia adalah ulangtahun abah. Honestly, Mumi tak ingat tarikh abah pergi... tak tau kenapa Mumi reluctant untuk ingat tarikh tu. Biarlah yang ada dalam memori Mumi adalah tarikh ini.. sbb tarikh ni selalu ingatkan Mumi pada senyum abah, pada excitement abah... 


Happy 1st birthday @  24 March, my dear Aries - Enush, Snowy @ Shiro, Chase @ Shoyo and Ginger. Jika Rain masih ada, Rain juga akan berumur 1 tahun kucing = 15 tahun manusia pada 24 March 2023. Dah besar dah anak-anak kucing Mumi ni... lebih dewasa dari Didik & Baby hahahaha...

Mumi harap selama setahun kita bersama ni... kamu bahagia seadanya ye... doakan PaMi, Babnag, Didik dan Baby ya... sihat-sihat selalu ya!

Sepanjang bulan Ramadhan ni, mereka memang akan masuk ke dalam White House @ Casablanca ni right before kami nak berbuka sampailah habis sahur. Kalau tidak.... mereka la yang lebih-lebih nak berbuka dan bersahur. Pening Mumi kang...




And... my another Aries... DIDIK... 

Happy 14th birthday sayang @ 28 March 2023.
Semoga Didik sentiasa dalam rahmah dan perlindungan Allah, bahagia-sejahtera dalam iman dan Islam. Be good son to PaMi, good brother to your siblings ya...
We luv you till Jannah!

BTW, congratulations utk pelantikan as Kapla Kuning (hahahah), Kapla TKD sesi petang (serius la? Babang frust sebab terpaksa lepaskan cita2 dilantik jadi Kapla TKD since dah dilantik jadi Kapla Kuning sesi pagi, F5 punye pelantikan utk beri markah so cikgu kena beri kepada orang lain sebab Babang already got 10 mark for his Black Belt phase). 
Apa Kapla lagi Dik? Kapla Volley petang juga ka?



Birthday bouquet by Izzah @ FB : Izzah Aini 
Terima kasih sudi deliver sebelum waktu nak berterawikh :-)

Walk to remember :

D : Didik bernasib baik hari ni...
M : Kenapa?
D: Kawan didik lupa nak bawa tepung dgn telur
D : Kalau tidak Didik mesti dah kena baling 

#stylebudaksekarangsambutbirthdaykawandisekolah:-)


#birthdaydidik14yo
#birthdaykekucing
#birthdayabah

Wednesday, March 22, 2023

Sebelum Ramadhan Menjelang

Semalam, 21 March Mumi took leave from office work. Tapi Mumi tak ingat, so Mumi login kehadiran seperti biasa hahaha... sebabnya pepagi rutin hantar Babang & Baby ke sekolah, maka seawal 7.15am Mumi dah mengadap PC. Cuma tengahari Mumi kena pi Sri Pentas untuk pitching proposals. Selesai pitching, by 1.30pm Mumi dah mengadap PC Mumi semula. Tq Yazin grabkan Mumi to & fro.

Sepatutnya amek time off je, tapi Mumi ambil cuti supaya Mumi boleh duduk office and shut the door as well as the handphone. But I only managed to shut the door, not the handphone. Maka, kena la attend juga all messages and calls sbb tak sampai hati untuk ignore. Lagipun Mumi teringat satu ceramah tu kata, once kita menjawat jawatan di dalam kerajaan atau badan berkanun, we carry the responsibility and task 24 hours a day. Ya la... ya la... Mumi laksanakan semampu Mumi je la...

Maka dari niat nak siapkan minit dalam tempoh 'cuti', benda lain pulak yang siap. Done a proposal of ACT. Tinggal nak beri pada producer je.


Kalau dulu untuk IQKC, Mumi terus dipanggil ke mesyuarat penerbitan dengan TV3, itupun secara online je. Masa tu baru awal2 fasa post C19. Tapi sekarang semua kena hadir fizikal.

Yang ini pengalaman ke-3 Mumi hadir pitching di Seri Pentas. Ya... fasa sekarang ni adalah fasa usaha je, so bila producer bawa proposal kita atau ada rakan writer yang nak co-write, alhamdulillah... rezeki. Maka kita pergilah usaha untuk pitching sebaik mampu.

Pertama, ad hoc revised story utk GDD. Kedua untuk BMH, tapi tak ada rezeki. Producer minta revised & upgrade BMH untuk dibawa ke stesen lain pula. InsyaAllah Mumi usahakan nanti bila lapang sikit. 

Kali ni, few days ago, kenalan writer baru Mumi, SN (scriptwriter Angah) ajak cowrite utk proposal producer bagi adaptasi SDH, jika ada rezeki lulus la hu hu. Kebetulan juga proposalnya KKR pun pitch pada sesi yang sama tapi SN tak dapat hadir kerana masih monitor anaknya yang baru masuk sekolah Tahun 1, maka selepas pitch SDH, Mumi pun tolonglah pitchingkan KKR juga. Alhamdulillah, semua ni adalah peluang dan pengalaman buat Mumi... 

Semoga juga ada rezeki untuk semua :-)



Hari ni jamuan kelas di sekolah Baby. Terima kasih Cikgu Radzi kongsi gambar. Kemudahan zaman ini. Dulu2 mana ada kemudahan telefon bimbit, media sosial segala ni. Abah & Ibu tak pernah tahu pun aktiviti Mumi kat sekolah hahahahah.

Untuk Baby, PaMi belikan vitagen je, sekali dia sendiri decide how many packs dia nak bawa dengan intention selebihnya untuk dia & brothers di rumah. Sabo je la! Semalam pula jamuan Babang, he insisted Mumi masak makaroni sebelanga. Maka, jam 4 pagi semalam Mumi dah ketang ketung di dapur. Mujur masa pitching tu Mumi tak menguap Babang oi...

Didik je katanya tak de jamuan. Pelik juga, sebab anak kedua ni perangainya beza sikit. Pernah dia nak bawa gula2 je ke jamuan sekolah sbb dia tak mau susahkan Mumi.. Alahai la anak... 

Ini adalah aktiviti dalam perubahan baru yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan yang baru mungkin selaras dengan pendapat dan pandangan guru-guru yang berada di lapangan. Tiada PdP pada minggu pertama persekolahan. Anak-anak diberi masa untuk suai kenal dan beradaptasi semula dengan suasana sekolah. Next week baru angkut beg berisi buku seperti biasa ye anak-anak...

Okay, done for today. Malam ini kita mula terawikh dan sebelum dinihari esok kita sahur. 

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. 
Selamat menjalani ibadah puasa ya semua. 
Mumi tetiba rasa nak menangis pulak...






#salamramadhan
#pitchingtv3
#KKR
#SDH
#newdimension
#jamuanminggupertamasesi20232024

Supervisor

Lunch break hari biasa sebelum bermula Ramadhan tahun ini. Mumi macam blank and blur hari ni walaupun cuba working hours sebaik mungkin. Mumi sebenarnya rasa penat, penat apa tak tau... Pa kata faktor umur. Aduhai... lambat lagi nak pencen wajib dunia ni... larat ke lagi Mumi nak kulu-kilir pi mai kerja.

Mumi nak tulis few diary tapi belum ada motivasi. Mumi share je la yg dah tulis lama tapi terperap je selama ni...

Yang ini throwback ketika Pa & boys re-attach cabinet ni. Mumi pun dah tak ingat bila berlakunya kejadian ni. Mungkin November atau Oktober tahun 2021.

Kabinet asal dah terpaksa diturunkan kerana anai-anai. Mumi berangan-angan nak letak TV kat situ atau rak ganti. Tapi nak kumpul duitnya tu la, kumpul-habis, kumpul-habis semedang.

Tapi tetiba, Papa secara diam-diam dah minta kawannya buatkan satu lagi cabinet yang design serupa dgn yang lama. Alahai... Mumi rasa touching bila Pa kata nak surprisekan Mumi. Thank you Pa... Mumi sangat hargai :-)

Mumi nak simpan moment dan pic ni dalam FRAN, sebab ada penampilan khas anakanda bulus yang bernama Snowy @ Shiro & Ginger di situ. Amboih... jadi mandur, nampaknya ya?



Frame buat baru. Tapi penutupnya guna yang lama sebab masih elok. Bodynya je dimakan anai-anai. So untuk cabinet yang baru ni, Papa order yang steel, cuma Mumi la risau beberat tu kang... hmmm... 

#replacementofkitchencabinet
#ginger
#snowy@shiro

Friday, February 24, 2023

2022 North Trip : Tasik Banding, ROYAL BELUM

11 Disember 2022

Usai majlis sambut menantu, kami jalan-jalan kononnya nak explore Grik. Mujur mak setuju ikut kami juga huhu...

Semua pakat nak pergi Tasik Banding @ Tasik Temenggong atau Royal Belum. Hujan renyai... sesat barat mencari hahaha... 

Ended up, kami naik 2 bot berasingan untuk explore Tasik Banding  tu. Simpan gambar je la ye... sebab... a picture tells thousand words kan? Sebenarnya Mumi malas nak type... hahaha...

Kat sini ada house boat. Macam best...

Mumi pernah terbaca ada writers yang duduk few nights di house boat untuk siapkan karya. Ni kalau Mumi yang mengidam nak menulis kat houseboat, kena ensure keberhasilannya double triple cost yang dikeluarkan :-)

Perhaps, boleh start menabung kot-kot boleh berfamily day atas houseboat tengah tasik.



Semua berOOTD kenduri 'cruising' sekeliling Tasik Banding huhu...


#tasikbanding
#royalbelum
#grikperak


2022 North Trip : Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

10 Disember 2022

Perjalanan untuk North Trip kami bermula pada 10 Disember 2022 sebenarnya. Agenda utama adalah mengiringi Yah untuk majlis sambut menantu di rumah keluarga mertuanya di Grik. Sekali dengan family day keluarga sebelah Papa dah alang-alang kami semua bermalam di D'Risa Impiana Resort, Grik Perak.

On the way nak ke resort, kami singgah lihat Masjid Ubudiah. Masa ni Mumi pun tak tahu Pa planned nak singgah sini dengan Ucu Acu. Sebabnya Mumi sangatlah desperate siapkan treatment ADMY.

Subhanallah, cantiknya Masjid Ubudiah ni. Tapi kami tak berlamaan, dengan mengejar masa, dengan mengejar perut lapar, dengan anak-anak kecil yang sudah mula restless dgn perjalanan yang jauh, kami cuma abadikan gambar di sekitar je.





Masjid Ubudiah atau Masjid Diraja Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak ni merupakan masjid negeri dan dianggap antara masjid paling cantik di Malaysia. Batu asas pembinaanya diletakkan pada Jumaat, 26 September 1913 oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I dan pembukaannya dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada 1917. Ia dikatakan masjid nazar kerana diasaskan oleh Sultan Idris kerana pulih dari penyakitnya. 

Alhamdulillah...


#grikperak
#masjidubudiah
#kualakangsar


2022 North Trip : Cameron Adventurous ATV & Safari

Rabu, 14 Disember 2022

Selepas ziarah keluarga umrah Cameron,  kami jalan-jalan sekejap. Hari mendung dan hujan renyai. Pun, x de apa dapat dibuat dalam keadaan begitu. Masa pun agak suntuk sebab kami akan pulang ke Klang pada hari yang sama. Esoknya tu PaMi ada mesyuarat penerbitan ADMY di RTM. Maka PaMi ikut je la plan anak2 remaja ni nak ber OOTD untuk content tiktok mereka. Baby, sebab demam maka dia tak berapa excited sangat. Badan panas, dan muntah je...

Alhamdulillah perjalanan turun naik sangat lancar dan dipermudahkan. Walaupun gerimis, walaupun jalan bertentangan jammed nya ya ampun... tapi side kami lancar je. Terima kasih Allah.

FRAN, simpankan sikit diari kenangan kami di Cameron Highland end of 2022 tu ya...


Yang tak berani naik Buai Bunga VS Yang Adventurous naik Buai Bunga hahahaha...

Kecoh-kecoh, cepat-cepat nak abadikan gambar 
'we were here @ Kebun Teh Cameron Highland' huhu...
Kakak pula was always on the phone, kerja je... Mumi dah merdeka lepas hantar treatment ADMY kepada producer. Tapi Mumi sangat keletihan. Bila letih, susah sebenarnya nak enjoy the moment huhu...




Hari gerimis... pun suntuk masa dah nak tutup. Maka kita naik vehicle ni je la... tak sempat la nak beraktiviti sangat. Jadilah... huhu...


Belum berpeluang ke Bali, naik kat sini pun dah ala-ala Bali juga la kot. Cuma... suasana sejuk dan berkabus sebab baru lepas hujan, pemandangan pun tak berani nak cerah sangat. It's okay je...


Nak pergi zoo, yang sebenarnya Mumi ni dah tak kuasa nak jejalan. Baby pun bukan baby sangat lagi yang nak teruja tengok haiwan-haiwan. Coincidence ada kat sini, bawa lah melawat sekejap...

Rasanya, kalau next time kena masanya mungkin boleh ulang semula. Nak juga explore dalam keadaan cuaca dan suasana yang lebih baik. InsyaAllah...

Thank you, Allah...


#cameronadventurousatv&safari
http://www.cameronhighlandsinfo.com/entertainment/atvsafari/

2022 North Trip : Ziarah Keluarga Umrah Cameron

14 Disember 2022

North Trip 2022 kami, agenda dan nawaitu utamanya nak jalan2 sambil ziarah keluarga umrah yang ada di Perlis dan Cameron Highlands. Papa la tu... dia suka jalin silaturrahim dan suka untuk memanjangkannya setiap kesempatan yg ada.

Moga2 Allah kurniakan yang baik2 untuk Papa dan sampai juga kepada kami, isteri dan anak2 serta sekalian yang ada di sekeliling atas kebaikan dan keikhlasan hati Papa... Aaamiin...

Keluarga umrah Perlis, kami dah ziarah pada 12 Disember 2022 ketika merentas ke Padang Besar. Hari akhir sebelum balik pada 14 Disember 2022 tu kami naik CH dan  singgah dulu ziarah keluarga umrah CH ni. Alhamdulillah, hajat dah dipenuhi dan syukur sangat perjalanan kami naik dan turun CH sangat dipermudahkan. 



Keluarga Cameron ni mempunyai rangkaian perniagaan kedai makanan di sana. Walaupun selera dibatasi keletihan tapi alhamdulillah, kami tetap kena makan atas permintaan tuan rumah. Nice lunch :-)

Baby dan Didik dibelanja beberapa pack strawberry yang habis di situ juga. Haish, Didik memang hantu strawberry Baby pun.. cuma badannya yang semakin panas dan demam yang agak teruk menyebabkan Baby tak boleh makan dan minum sangat. Nanti muntah. Mood Mumi pun agak terganggu, terkenang esoknya 15 Disember tu ada meeting penerbitan ADMY di RTM.

Masa pergi umrah November 2019, keluarga Cameron ni pergi beramai-ramai. Boleh dikatakan 1/3 bas kami adalah dari keluarga mereka saja. Mumi suka sangat tengok dan berhajat juga nak pergi beramai-ramai dengan seluruh keluarga. Moga termakbullah keinginan Mumi ni...

Untuk trip ini, kami selesai hajat lawat keluarga umrah Perlis dan Cameron bersama sedikit cendera hati tanda ingatan. Ada umur, insyaAllah kita dapat bertemu lagi. Atau mungkin nanti, anak-anak akan menjadi penyambung silaturrahim seterusnya, insyaAllah.


Rasulullah SAW bersabda:

يا أيُّها النَّاسُ أفشوا السَّلامَ، وأطعِموا الطَّعامَ، وصِلوا الأرحامَ، وصلُّوا باللَّيلِ، والنَّاسُ نيامٌ، تدخلوا الجنَّةَ بسَلامٍ 

"Wahai manusia, tebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah tali persaudaraan, solatlah di malam hari ketika manusia terlelap tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat."
(HR Ibnu Majah)


"Sesiapa yang ingin dipermudah rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah dia menyambungkan tali silaturahim."
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


#northtrip
#ziarahkeluargaumrah
#familyperlis
#familycameronhighland

2022 North Trip : Berhujan di Puncak Penang Hill

13 Dis 2022

12 Dis. malamnya kami menginap di #homestaydawami di Kuala Kedah dgn harapan akan mudah naik feri ke Langkawi pagi esoknya. Our children love this homestay so much, Baby plead to stay another night and Babang planned to have his own future house to take after this homestay deco. Hmm....

Mumi suka homestay ni, ownernya baik, rumahnya bersih dan lengkap. Kalau duduk few days boleh guna dapur yg serba serbi lengkap. Tapi kami cuma tumpang tidur je. Checked in lewat malam (perjalanan dari , checked out pula seawal pagi. Boys suka sebab ada kemudahan wifi, TV dan persekitaran yg selesa. Girls as always, OOTD sekeliling homestay.


Since kami tak sempat nak plan atau nak study for this journey, maka plan nak ke Langkawi (sebab Papa kata Baby tak pernah lagi ke sana), tak jadi realiti. Nak bawa kereta perlu naik feri di Kuala Perlis rupanya dan kena buat online. Okay, nak tinggal kereta dan pi day-trip je pun tak dapat sebab feri semua fully book belah pagi so not worth for day trip as planned.

Ad-hoc changed of plan... kita naik ke Penang Hill je la...

Tunggu turn naik trem dekat 2 jam. Siap lunch and siap boring menunggu. Sampai atas Penang Hill, tak berapa lama hujan pun turun. Lebat! Sampai lencun hahahah... memory lane sungguh. Maka tak ada apalah sangat aktiviti kat atas tu selain berhujan di atas Penang Hill.

Tak apalah, janji PaMi dah bawa anak2 naik ke Penang Hill walaupun nyawa Mumi rasa kecut kempis je, takut naik trem tu. Tapi apakan daya... kuatkanlah juga semangat demi keluarga hahahah...

Mumi simpan sini je memori Berhujan di Penang Hill :-)





Nota:

Homestay Dawami, Kuala Kedah +6010-442 9957

#penanghill
#homestaydawamikualakedah

2022 North Trip : Rentas Perlis, Black Garlic & Jem Harumanis

12 Disember 2022

Dari Kedah, naik terus rentas Perlis untuk ke Padang Besar. Tak ada apa pun nak beli, cuma nak singgah je. Dah sangat lain dari masa kami datang sini many years ago. Tak beli apapun sebab pada Pa it was not worth the price. Mumi? Lagilah tak de apa yang diingini. Selain dari tak de space dalam kereta, yang ada dalam kepala Mumi ialah nak cepat sampai homestay, nak rehat, nak tido hahahaha.


Check galeri handphone, tak de banyak gambar pon kat sini. Hahahaha..
Cowboy sungguh!
Tak pa, janji PaMi dah bawa korang jejak Padang Besar. Nak best-best, hangpa pi sendiri la nanti2 naaaaa....

Waktu kami sampai tu, ada sela masa less than 1 hour je sebelum kompleks kat situ tutup. Hujan renyai halus, lagiiila Mumi malas hahahah. Ada tak ada, Pa beli few souveniour untuk keluarga umrah yang kami rancang nak singgah melawat nanti.

Kemudian, kami gerak mencari rumah keluarga umrah Perlis di jalan belakang UiTM. Memang dah niat Papa nak ziarah Haji Mohd Nor. Kami sampai dalam waktu lepas Maghrib. Melihat kehidupan mereka berdua, Mumi terbayang kehidupan PaMi nanti jika panjang umur bersama dan bila anak-anak sudah berkeluarga, bekerja atau menuntut ilmu. Tinggal berdua je... mcm lonely huhu

Alhamdulillah, Hj Md Nor dan Kak Norizan masih sihat. Teringat dulu masa Kak Norizan sesat di Masjidil Haram sampai demam hinggalah kami semua landing di KLIA. Dan anak mereka Aisyah yang bantu ambil gambar PaMi di Jabbal Rahmah :-)

Hj Md Nor dan Kak Norizan ni ada keluarkan home made produk hasil R&D mereka sendiri. Hj Md Nor ni former professor UMP (seingat Mumi la huhu).


Ini antara produk utama hasil kajian dan exclusively done via home made by them. Dengar Kak Norizan cerita bagaimana hasilkan produk ni pun punyalah teliti dan complicated. Pheww...

Cuma, macam biasa Mumi ni kalau bab-bab ubat dan produk kesihatan ni... slow motion sikit. Hahahaha.... gambar tu Mumi amek right away selepas keluarkan dari peti sejuk. 

Boleh je cuba hubungi nombor Kak Izan seperti pada pic jika berhasrat nak cuba :-)


#perlis
#padangbesar
#blackgarliccloves
#jemmanggaharumanis


Thursday, February 23, 2023

PITCHING BMH @ TV3

26 Januari 2023, Mumi dapat peluang pitch di TV3 bila producer register BMH. Proposal BMH ni Mumi serah kepada producer pada 18 April 2022. Lebih kurang 9 bulan, hmm... itulah antara jarak waktu menunggu fasa pertama bagi sesebuah proposal hahahah. Itupun jika producer submit ke stesen dan jika ada rezeki dipanggil. 

Ini kali kedua Mumi jejak kaki ke Sri Pentas. Kali pertama bila adhocly diminta coach utk bantu sumbang & pitch revised idea 4 dari 7 episod dalam mesyuarat penerbitan mini series GDD utk tayangan khas Eid ni. Tq coach SSAG selalu beri peluang Mumi belajar dan menimba pengalaman huhu.

Tapi 26 Jan tu Mumi pergi sendiri untuk pitch proposal telemovie Mumi tajuk BMH. Happy sangat hari tu sebab dapat release & heal dari burnout kerja-kerja office. Writing is among the efficient healing for me.

Method pitching di TV3 ialah satu producer bawa 3 proposal dan ketiga-tiga penulis skrip / proposal akan masuk bersama-sama untuk pitch depan panel. Ramaiiii panel yang dengar pitching kita masa tu. Nervous Mumi hahahah...

Oleh kerana Mumi sangat junior, maka Mumi minta turn last. Kononnya nak observe dan belajar dari pitching senior writers. 

Alhamdulillah, dapat jumpa dan make new friends hari tu. Belajar dari perkongsian pengalaman yang lebih senior dan lebih berpengalaman, Mumi sangat suka!


In the middle tu producer yang bawa proposal BMH Mumi, Che Ena. Baju merah tu, penulis skrip tersohor Pn Zarihah Hassan. Latest yg Mumi tengok hasil skrip beliau telemovie Adik Kakak lakonan Fauziah Ahmad Daud dengan Fazlina Ahmad Daud tu. Banyak dah skrip yang cantik2 ZH hasilkan. Dan banyak juga Mumi belajar dari perkongsian tips dan nasihat ZH ketika tempoh menunggu sesi pitching kami bermula. Terima kasih kakak ZH :-)

Si cantik pakai cermin mata depan sekali tu penulis skrip Mimie Zakaria. Drama bersiri adaptasinya yang sedang ditayangkan di Akasia TV3 sekarang 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah'. Best nya dapat tulis skrip siri huhu....

Next to Mumi, yg pakai cermin mata tu sis Soula Nordin, penulis skrip telemovie 'Angah' yang ditayangkan di Astro. Mereka ni ex-students Aswara dan memang saling kenal. Mereka sangat humble dan ramah sampai Mumi rasa best sangat being around them. And we still contact each other by text to date.


Yang baju hitam tu, antara BFF coach Mumi... Shaza Talib, pun penulis skrip tersohor juga. Segan sangat Mumi... hu hu... oh btw, SN's compliment tu exaggerate sangat. I've stop writing books sometimes ago dan Mumi bukan pandai sangat pun tulis novel. Suka-suka untuk lihat buku Mumi dengan nama pena Mumi atas bookshelves je :-)


Mumi sayang proposal BMH ni sbb ideanya pop up bila Mumi selalu lihat pengalaman seseorang ni di FB. Kalau ada rezeki, adalah... kalau tak lulus, Mumi harap dapat improvise for next opportunity, jika ada....

FRAN, doakan BMH dan kawan2 BMH juga ya...


#pitchingtv3
#BMH

Monday, February 20, 2023

2022 North Trip - Gunung Jerai, Kedah DA

Anak-anak dah start cuti sekolah. InsyaAllah walaupun kerja berkepuk-kepuk (Mumi sekarang depends pada mood utk selesaikan kerja), tapi Mumi tetap perlu utilize 'me-time' sementara tak rushing dengan urusan sekolah anak-anak huhu.

Mumi nak simpan diari North Trip kami Disember lalu. Sejak PKP, itulah permulaan masa kami keluar dari sarang. Tapi kalau tak PKP pun, kami memang jarang rancang cuti beria-ia. Selalu ad-hoc atau menyelit2 je. Masa kebanyakkannya terbatas dengan kerja dan sekolah anak-anak. Bila dapat peluang, kami jadi macam cow-boy. Ukur jalan atas sampai bawah Malaysia. Nak tidur pun tak de nak booking2, redah je. 

Maka, bila kena ikut rombongan menghantar pengantin ke Grik, Perak, kami plan terus untuk North Trip. Biasanya Disember cuti Mumi di pejabat dibekukan. Closing time kan... tapi kali ni Mumi dah booking few months earlier, so Mumi dah tak akan rasa bersalah hahaha!

Mumi simpan diari untuk trip ni ya FRAN...

Isnin, 12 Disember 2022

Bubar program keluarga pagi tu di rumah mertua Yah, kami sekeluarga gerak dahulu. Nak ke mana pun, tak specifically plan. Asal nak singgah laundry sambil Mumi duduk kat cafe yang ada wifi untuk siapkan treatment ADMY, pun tak jadi. Jalan je la ikut tangan yang pegang stereng tu.. 

On the way tu singgah Gunung Jerai. Solat Zuhur sekalikan dengan Asar di surau bawah kaki Gunung Jerai dulu. Kemudian naik kenderaan sewa khas. Mumi tanya kenapa tak naik dengan kenderaan sendiri? Pa soal semula, 'tak sayang kereta ke?'

Bila dengar Pak Cik yang bawa kami naik tu cerita tentang keadaan kenderaan2 yang turun naik tu, okay.. Mumi faham. Satu, untuk kebaikan kereta sendiri. Dua, untuk keselamatan. Done...

Tak de apa pun nak cerita. Gerimis pun ya... tak de aktiviti sangat pun ya... not my type of jalan-jalan pun ya hahaha... yang sebenarnya hati dan kepala sedang fikir ADMY je. Simpan gambar je la jawabnya...





#gunungjeraikedah
#northtrip
#harinilastdayshootingADMY

PAGEVIEWS