Tuesday, February 21, 2012

Seandainya... from reader's perspective (dan setangkai mawar kuning)

Hari ni....30/10/2011 - Siang tadi aq beli sebuah novel. 
Aq betul2 terpikat dengan ayat yang terdapat di belakang novel tu.... 
Tajuk novel tu "Seandainya..." ringkas tapi menarik...
"tak semestinya kita dapat memiliki apa yang di pilih oleh hati kita sendiri kan...tak semestinya yang bukan pilihan kita itu tak baik untuk kita. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.."
"mencintai seseorang itu bukan hanya pada kata-kata. Mencintai itu adalah suatu perasaan tanpa sebarang ungkapan. Hanya yang benar-benar ikhlas boleh memahaminya..."
Cantikkan ayat di atas..... Kita kadang-kadang memang akan di uji dengan pelbagai perkara yang menyebabkan kita berada di dalam di lema. Tapi mampukah kita menghadapinya atau kita membiarkan semua itu berlalu tanpa ada tindakan????? Novel "Seandainya..." ini di tulis oleh rys areesa keluaran KAKI......Kadang-kadang membaca novel ni dapat muhasabah diri kita supaya tahu menghadapi perjalanan hidup yang kita sendiri tidak pasti apa yang berlaku.....


Novel ni dibeli kalau tak silap Feb atau Mac tahun lepas kot...
dulu dah belek-belek...
ntah kenapa macam tak menarik hati pulak untuk teruskan bacaan.

Semalam tiba-tiba pulak tergerak hati nak baca novel ni sepenuhnya.

Tak sangka best pulak .....
menangis jugak la sikit masa Wan Zaharris meninggal selepas je mengucapkan kata cinta
yang sekian lama tak terluah pada Areena...
menangis juga kala menghayati perasaan Areena selepas berkahwin dengan Shamsul Azhar
sedangkan dia bergelut dengan rasa cinta
yang sangat kuat pada Wan Zaharris.

Saya selalu tak suka baca novel yang ada 2 hero
tapi dalam realiti mana ada kisah hidup yang boleh ikut
sesuka hati kita je kan?

Saya sukakan watak Zaharris cuma sakit jiwa sikit
punya la lama ambik masa untuk luahkan perasaan,
asyik main tarik tali bertahun-tahun lamanya.

Pada saya, cerita ni pun ada kelainannya berbanding cerita biasa,
lebih kepada dunia kehidupan sebenar....
suka bila part Wan Zaharris bercakap dalam loghat Kelantan
dengan mak dia...
biasalah kalau dah orang Pantai Timur...

Mula-mula tu saya baca dari belakang,
biasalah kalau dah tak sabar nak tau endingnya macam mana...
rupanya Areena hidup bahagia dengan orang lain, bukan Wan Zaharris..

Lepas tu baru la baca betul-betul...
memang senang nak faham kalau betul-betul baca dari A-Z;

Baru la tau, rupanya Shamsul Azhar tu
dah lama muncul dalam cerita ni...

Cinta tak semestinya memiliki, tak semestinya bersatu...hu hu sedih.....tapi itulah realitiya.


Miss Apple Apple
ha ! ni dy gmbr nya . aq bersama penulis novel . mungkin korg prnh tgk . ataupon ni first time tgk ? x kesah la yg mana . jnji korg tgk gmbr ni . nama dy ' rys areesa ' . sdp nama dy bkn ? novel yg dy tulis adalah tajuk ' seandainya ...... ' . tebal novel ni ? x yah ckp , tebal nk mmpos ! skali tgk mcm kamus , dua kali tgk mcm ? ntah la . hahah . aq kagum ngn dy . setebal ni dy tulis . mengandungi sbyk 886 m/s ! byk kn ? huhu ... tp x pe, harga berbaloi . RM29 hinggit je .


***************
 
Saya sentiasa ingin percaya...
sentiasa tabah menunggu
tibanya suatu ketika
bila ada insan
yang mampu menyelami
dan memahami...
walau ia hanya satu dalam setiap seribu
jujur terima kasih ini
dari hati saya
yang paling dalam....

2 comments:

  1. salam..eh tak sangka ada entry kak aya kat sini...kak aya memang suka novel "Seandainya"...walaupun kawan kak aya cakap biasa2 je tapi pada kak aya ianya luar biasa...berhantu la wan zaharris ni he he.

    ReplyDelete
  2. Wsalam Kak Aya, terima kasih kerana singgah, maaf saya quote your entry. It's for Seandainya's memory and appreciation. Terima kasih juga lagi dan lagi untuk komen positif, buat saya teruja kerana masih ada pembaca yang mampu menerima Seandainya seadanya ia. It's my 1st book, mohon maaf di atas segala kekurangannya...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS