Sunday, February 19, 2012

Bukan Adiklah... tu Dyna!

Sudah tidak mampu saya ingat pada usia berapa Babang berdikari tanpa pampers. Yang saya boleh ingat hanyalah melatih Babang tanpa pampers senang sedikit berbanding Didik. Ke salah? Entah, sudah tidak mampu ingat, padahal belumlah lama mana pun.

Bulan depan Didik akan genap berusia 3 tahun. Kami hendak cuba-cuba latih Didik berdikari tanpa memakai pampers. Mulanya saya keberatan. Ya lah, pasti sekali dua dia akan terbabas dan lepaskan air kecil atau besar tanpa dia sedar.

Malah cerita Papa tentang convorsation mereka di rumah Nenek Imah buat saya rasa malas sungguhlah hendak basuh cadar dan lantai segala.

"Adik, tak mahu pakai pampers lagi ya. Nanti kalau hendak kencing, adik bagi tau ye... boleh buang air di tandas," usik Papa.

"Tak nak! Adik nak encing depan TV!" jawab Didik sambil tergelak.

"Sapa nak basuh nanti!"

"Atuk!" dia tunjuk pada Paman Jamali. Tergelak orang tua itu.

Malam tadi, ketika Papa Nasir berfutsal bersama YKHY, tinggal kami di rumah. Saya masih belum cukup kuat untuk bersosial apatah lagi lewat malam begitu. Jadinya tinggal sahajalah di rumah menyelesaikan kain yang bertimbun-timbun hu hu.

"Adik, pakai spender ye... nanti nak kencing bagi tau Ummi tau." Itu pesan saya.

Tidak lama kemudian, baru teringat tentang dia. Alamak! Dah terlewat! Bantal sudah basal da...

"Adik! Kenapa tak cakap adik nak kencing?"

Buat muka sepuluh sen, "Ummi, adik encing..." Hmm... dah kencing baru beri tau, nak buat apa?

Hari ini juga dari pagi mahu latih dia tanpa pampers. Alamatnya, dua kali saya basuh kain dan ganti cadar.

Mula dia terkencing tadi, saya cuma gelak sahaja. Tukarkan bajunya dan cadar segala. Sewaktu ganti baju baru saya pesan lagi, "Nanti kalau adik rasa nak kencing, bagi tahu Ummi ye. Kita buang air kat mana?"

"Tandas..." jawabnya.
"Tandas kat mana?"
"Dapur..."

Tapi, dia terbabas juga. Kali ini saya dan Papa sudah gelak besar. Sebaliknya wajah Adik pula yang tension. "Abang, nape tak ingatkan Adik suh encing?" soal Didik dengan kerut-kerut kening kepada Babang. Lalu Babang pun sambil tergelak dok bersyarah kepada Adik, "Dik, lain kali kalau rasa.... (bla bla bla)"

Agaknya Adik malu dengan keadaan begitu, sebab wajahnya akan berubah tiap kali kami gelakkan dia. Akhirnya tadi dia yang meminta, "Mi, adik nak pakai pamperslah...." 

Lawak Ultraman Didik @ Dyna.

Ummi : Hah, Adik kentut ye? (terdengar dia terkentut)
Didik  : (Sambil gelak) Bukan adik tut lah...
Ummi :Tadi tu Ummi dengar?
Didil  : Oo... tu bukan adik tut, tu Omen Dyna yang entut...
Ummi : Cit!

Hmm... nasib baik dia tak Utraman Dyna yang kecingkan tilam dan bantal tu, bukan Didik. Nanti ada juga yang kena panggil Ultra Father suruh cuci!



Ultraman Tiga dan Dyna berbasikal petang semalam
di padang VI College. 
Konon Papa Nasir ada training bola sepak, 
tapi dari mula sampai sampai sudah dia dan team
hanya training mulut dan perut di Cafe. Cit!

Lihat Babang dalam jersi baru tu,
terserlah simptom kurang tingginya.... 
nanti nak suruh dia gayut bagi tinggi, 
atau suruh dia makan kacang panjang supaya panjang?

2 comments:

  1. oh rupanya didik 3 tahun jugak yer..sama dgn waiz.
    waiz ni pon x tau lah bila nak ajar buang pampers..ckp pon x betul lagi.

    ReplyDelete
  2. sebaya... tapi waiz nampak lebih kecil... anak manja tu hu hu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS