Didik sekarang semakin banyak mulut kerana vocabulary sudah bertambah. I used to share some about it previously... semakin banyak tanya, saranan, permintaan plus complaint. Kalau sedang nyanyi lagu Ultraman dan Papa Nasir joint sama, alamat akan kena marah dengan Didik, "Papa! Ukan cam tu! Alah!" Depa je yang betul nyanyi ye?
Dan Didik sangat pandai mengelat. Suatu hari saya lihat dia bermain Unblock D Block di iPad. Zup zap zup zap! You won! Amboi anakku, genius sungguh. Bila saya lihat Papa Nasir fikir berat ketika bermain games itu, saya tanya, "Pa, nape teruk sangat awak fikir? Saya tengok Didik sekejap je dah menang?"
Papa gelak, "Dia mengelat! Habis semua talian hayat Papa dia gunakan! Sama je macam Ummi, suka mengelat..." Heh? Rupa-rupanya untuk setiap expert solution, akan diberi satu bonus games dengan petunjuk. Ada anak panah pada setiap blok yang akan digerak. Didik ikut petunjuk itulah rupanya... pandainyalah...
Babang lebih-lebih lagi. Ada sahaja yang ditanyakan. He takes after me, nampak gaya. Bila main games, wajib menang. Macam mana PSP tu tak lunyai? Bila kalah, habis ditepuk-tampar-ketuk benda tu. Bang, tahu tak Ummi dan Papa kerja pagi ke malam nak cari rezeki untuk beri kamu sebuah kehidupan agar tidak lebih dan tidak kurang seperti orang lain?
Kalau orang lain pakai Camry, kita pakai Avanza pun Alhamdulillah. Kalau orang lain duduk dalam banglo, kamu juga ada rumah. Kalau nak suka-suka turun bawah, kalau nak merajuk boleh naik atas kan. Orang pergi Cudies, kamu pun pergi sekolah juga. PASTI lagi tau!
Kamu bukan tak pernah lihat waktu teman Ummi pergi beli sayur di kedai, ada anak orang yang jalan kaki tengah panas, tengok sahaja jajan di kedai tanpa mampu membeli. Kamu? Walau sekadar 20 sen, Ummi masih mampu berbelanja untukmu.
Bersyukurlah sayang... (Ummi dah nak wa wa ni, sudahlah Ummi memang sejak dua tiga menjak ini sensitif!) Duit bukan boleh cetak je! Kena berusaha, dan wajib pula dengan cara yang halal. Ia jadi darah daging. Buat aset ke syurga kalau ada izin-Nya. Buat lagi tak? Kalau berani cuba buat lagi kat benda lain, ada juga yang kena rotan sampai panjat dinding nanti!
Pernah bila Papa cari semula few games, baru sedar sudah deleted.
"Abang! Abang delete games ni semua kenapa?" Papa bengang.
"Sebab abang geramlah! Abang asyik kalah je, tak payah main games tu, main games lain!"
Begitu? Pandainyalah.... jangan buat begitu nak... terima keupayaan diri sendiri dan berusaha untuk menjadi lebih baik, bukan mengelat tara tu!
Baru-baru ini Babang bertanya, "Pa, yang luncur-luncur cam ni (buat gaya) tu apa Pa?"
Papa Nasir pandang saya. Lalu saya kata, "Skateboarding lah kot..."
"Hah... skateboarding..." kata Papa pula.
"Bukan tu lah... tu namanye skateboard, nanti Papa belikan tau..." kata Babang pulak.
Saya kerut kening. Bukan tu? Betullah tu! Kalau dah benda permainannya dipanggil skateboard, tentulah permainannya dipanggil skateboarding. Budak bertuah! Jangan begitu... kita belajar dari yang mengetahui, dan terimalah ilmu itu jika ia dari sumber sahih ya.
Puteraku berdua, Ummi suka kamu dahagakan ilmu. Ummi suka kamu cintakan pencarian ilmu. Ummi bersyukur kalau kamu jadi orang bijak pandai. Namun di atas segala sesuatu yang kamu tahu, ia tidak membatasi ilmu Allah. Jangan pernah menjadi manusia berhidung tinggi dan jangan pernah ada lintasan dalam hati bahawa kamu lebih mengetahui. Dengan manusia pun tidak, dengan Allah lagilah jangan. Sebagai manusia, mengharungi duniamu nanti, contohilah resmi padi, semakin ia berisi semakin pula ia merunduk...
Dan bila kau semakin mengetahui, semakin itu pula hatimu akan tunduk di depan Illahi... percayalah.
Rasa macam tak ada kena mengena cerita dengan tajuk? Tak apalah.... no big deal heh heh...
"Memang aku ini orang suka melalut..." ( hu hu teringat lagu Anak Kampung, lagu Sabah yang baru di dengar di blog Wida).

hehehe..budak2 skrg mmg makin cerdik pndai lah sis.
ReplyDeletekdg2 lagi suka tgk diaorg jadi baby yng hnya pandai mnyusu n tido jer..hehe.
sukanya baca cita psal budak2..=)
ReplyDeleteWida : ye... tapi tak sabar tunggu Didik pisah dengan pampers, dan both ni bercerai susu... tak de lah lagi kena bangun malam heh heh...
ReplyDeleteAnonymous : perkongsian biasa ibu-ibu... keletah budak2 buat kita boleh gelak dan kekadang sampai dalam jiwa. apapun, dalam setiap sesuatu perbuatan mereka ada lesson untuk yang dewasa ini juga kalau direnung-renungkan...