Few months ago, Papa Nasir mulakan hobi yang sudah lama tak dilakukan. Cycling. Berbasikal.
Kenapa pula tiba-tiba nak berbasikal Papa Nasir ni? Puncanya beberapa bulan lepas dia mahu menambahkan stamina diri sebagai persediaan football matches di Victoria Institution March ini. Dia mendakwa kebelakangan ini staminanya sudah kurang (umur dah bertambah kan...), baru turun padang sekejap dah menggigil kepala lutut.
Boleh tingkat stamina ke dengan berbasikal? Setahu saya berbasikal tu buat besarkan betis kaki adalah...
Boleh tingkat stamina ke dengan berbasikal? Setahu saya berbasikal tu buat besarkan betis kaki adalah...
Actually berbasikal elok untuk kesihatan jantung kerana ia senaman yang memberikan beban pergerakan serata kepada tubuh badan. Malah ia dikatakan lebih baik berbanding jogging. Really?
Tidak kisahlah berbasikal ke, jogging atau apa jua bentuk senaman asal ia memberi kebaikan. Lagipun setiap satu jenis senaman itu bergantung kepada kapasiti jantung dan tubuh serta keperluan setiap individu. Untuk mendapatkan saranan yang baik, mungkin boleh refer kepada yang pakar dalam bidangnya.
Jogging adalah senaman berimpak tinggi berbanding cycling. Justeru itu berbasikal lebih selamat untuk orang-orang yang mengidapi arthitis atau osteoporosis kerana ia tidak memberi tekanan berlebihan kepada tulang dan sendi tubuh. Malah ia membantu membakar kalori dan berat badan akan lebih ideal dengan berkesan jika dilakukan dalam tempoh masa yang betul dan mengikut saranan pakar kesihatan. Wah, boleh kurus ya?
Compare to jog, berbasikal juga akan menyebabkan kita berpeluh lebih banyak. Banyak mineral dalam tubuh akan hilang, so kena minum banyak cecair untuk menggantikannya semula.
Terbayang kalau basikal merupakan pengangkutan utama kita berbanding kereta, motor dan lain-lain jentera berasap. Hu hu... pergi kerja naik basikal? Pergi sekolah naik basikal? Pergi mana-mana naik basikal? Jimat duit minyak. Kurang pencemaran alam bila udara bebas dari asap. Mesti tak ramai yang dapat sakit asthma dan bronchitis macam saya kan? Lepas tu, ojon pun mesti selamat, tak menipis... maka bumi takkan ada masalah kepanasan tahap melampau kan?
Baik buruknya berbasikal versus jogging? Jogging cuma perlukan kasut, berbasikal? Kena beli basikal pulak. Which is costly? Kasut jogging atau basikal? Kasut jogging saya murah je... setahun cuma pakai sekali. Kalau begitu, mestilah jogging lebih baik bagi saya kan?
Pa, ini ada quotation untuk awak. "Cycling can also have a cost disadvantage since a good bike can easily cost a few hundred dollars or more."
Moral of the story, bila dah spent on bicycle ni, berbasikallah elok-elok. Jangan lupa cari sedikit bahan baca tentang aktiviti berbasikal supaya ia lebih mendatangkan manfaat dari kesan sampingan yang memudaratkan. Dan jangan hangat-hangat tahi ayam pulak ye... heh heh...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.