Monday, February 6, 2012

Hidup di zaman Ultraman

Flow untuk Menunggu Hadirmu sudah jadi pelik. Bila sudah menghampiri penghujung cerita, flow  datang dan memerlukan saya menulis dari belakang, means saya menulis dari penutup cerita lalu naik dan naik. Aduhlah... otak saya sudah jadi tunggang langgang sekarang. Penangan duduk hospital lama sangat agaknya.

Orang lain siap ada rangka, sebab itu menulis jadi senang. Ini bila nak buat framework, lima belas bulan tak terangka-rangka. Mengada-ngada tulis terus. Half way, dah stuck. Wording tak mahu flow. Kemudian it will takes real longer times untuk hilangkan writer's block. Adoi... saya terima sahajalah kekurangan diri saya ini.

Niat untuk buat 50 chapters, sekarang sudah masuk 52 tidak termasuk epilognya. RAN, bila nak stop ni!?  Esok lusa mulalah cut paste, omit sana sini. Pembaziran semua sumber pun berlaku...

Pagi ini Dr Koshy kata, "I am happy with Sofi's improvement. But, unlike his brother, Sofi's respond to the medicine given was slow. (bla bla bla lagi dia cakap medical term yang lain) Boleh tak kalau saya minta you all stay sehingga hari Khamis ini."

Alahai Dr Koshy, cakap sajalah kami belum boleh discharge esok. Begitu berdiplomasi menerangkan situasi Babang. Wa wa wa!

During Didik's time, Dr. Koshy tidak buat rawatan steroid kerana beliau bimbang Didik kena jangkitan lain yang tidak dapat dipastikan. Tetapi bila time Babang, mereka sudah yakin dengan analisa. So, untuk Babang mereka mulakan rawatan lelah. Hmm... Babang memang ada lelahpun... tengah hari semalam, mereka sudah mulakan hydrocort rupanya.

Semasa jaga Didik, dia protes bila Umminya ini asyik on laptop. Bila jaga Babang sekarang pun lagi teruk. Dia jadi tukang jaga jadual Ummi pulak!

Waktu saya menulis, dia sibuklah berbaring sambil peluk kaki, peluk punggung (kentutkan nanti baru tahu), cium sana-sini. Lantaklah... Ummi tengah syok ikut flow. Janji jangan usik laptop comel Ummi ini!

Malam tadi bila sudah uruskan dia, dah siap solat dan mengaji semua bagai, saya pun siap-siap duduk hendak memulakan perjalanan Menunggu Hadirmu.

Lalu Babang pun kata, "Ummi ni asyik buat keje je. Pagi komputer, malam komputer."
Saya jawab. "Ummi ada banyak kerja nak buat... Babang tidur je lah, Ummi buat kerja ni sikit je lagi."

Babang mengeluh, "Alah, dahlah tu Mi, tak yahlah kerja lagi. Tutup je lampu tu sekarang..."
"Ummi bukan buka lampu besar pun, Ummi guna lampu tidur je kan..."

"Tak boleh, macam mana abang nak tidur kalau Ummi tak tutup semua lampu. Dahlah Mi, tak yahlah buat komputer (maksudnya buat keje) tu lagi. Buat ajelah pagi esok..."

Amboi!?

Wa wa wa... sedih saya bila anak tak bagi buat kerja malam-malam padahal masa itulah yang seronok sangat untuk dapatkan beberapa chapters.

Pagi ini memang betul dia tidak kacau. Tapi tahan je lah dengar free music dari celik mata asyik nyanyi lagu Ultraman Tiga dengan lagu Ultraman Dyna. Haiyok... anak-anakku lebih fasih bahasa Jepun tanpa perlu pergi kelas. 

Didik pula yang memang sejak semalam Papa Nasir parking di sini kerana schedule kerja beliau yang agak heavy sehari dua ini, ajak main Ultraman-Monster. Sampai la ni dua ketul Ultraman tu tak habis shooting lagi. Berantakan jadinya bilik ni!

"Abang adi Omen Tiga, adik Omen Daina, Papa Omen Max, Umi adi Omen Mebius!" Didik siap-siap bagi watak.

"Tak mahu! Tak mahu! Ultraman tu semua lelaki lah Dik, bila masa ada Ultraman perempuan? Ummi tak mahu! Ummi nak jadi Ummi jugak! Ummi tak mahu jadi Ultraman!"

Dan bila Ummi masih duduk menulis, tu dia sakitnya kena gigit di punggungku! Tak nak kawan Ummi! Itu kata depa pulak dah...

Cit!
Si Tiga jadi tukang komplen dan Si Dyna ni tukang kacau... malam ini pula si Papa Otomen Max datang tidur sini juga sebab ada late duty di Shah Alam. Wa wa wa!!!! Beginilah nasib saya hidup dalam masyarakat Ultraman...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS