Friday, February 3, 2012

Teruskanlah...

Today, 1st day masuk office after 18days stayed out... wah, mata rasa tak boleh buka. Sama seperti hari pertama masuk kerja, the thing I dislike was the lighting colour. It doesn't suit my eyes, wa wa wa...

Dan mulai malam ini saya akan bermalam lagi di penginapan single-room DEMC untuk sekurang-kurangnya 4 malam? Aduhai... kepada siapa saya hendak kata.. 'saya penat.... dan saya rasa hendak muntah...". Oh jangan begitu RAN, tidak baik mengeluh diri... anak awak, hidup awak.. teruskanlah...

Dan yang sebenarnya sudah beribu kali ulang dengar lagu Teruskanlah... dari Agnes Monica. Pemangkin untuk Menunggu Hadirmu. Nak letak video, tapi macam seksi sangat si AM tu... tak pe lah... tak yah letak...

Rabu dan Khamis lalu saya hantar Babang ke sekolah.

"Abang, bangun mandi... kena pergi sekolah," ujar saya pagi Rabu lalu. Babang nampak tidak bersemangat. Masih berbaring dengan wajah tiada motiavsi.

Babang yang lesu ketika baru checked in di 418, DEMC  ptg tadi
buka pintu bilik ini terus nampak bilik yang Didik huni minggu lepas,
Alahai, Ummi's endless trauma....
Unlike Didik, Babang's drip is since today's afternoon till tomorrow. Hmmm...
Saya kata lagi dengan senyum, "Jomlah sayang, hari ini Ummi cuti. Ummi hantar Babang ke sekolah, nanti tengah hari Ummi dengan Didik fetch Babang balik dari sekolah, nak tak?"

Wah immediately wajahnya manis. Terus bangun dari pembaringan, buka baju, dan bersemangat hendak menyampaikan dirinya ke sekolah. Waktu pulangnya, Didik sudah terjenguk-jenguk mencari Babang. Saya hanya berdiri di tepi kereta, tidak dapatkan Babang segera. Dari jauh saya perhati airmuka Babang yang penuh harap mencari keretanya. Mungkin dia ingat janji Ummi mahu fetch dia.

Aduhai, begitu sayu dalam hati melihat airmuka penuh harapnya itu. Saya lihat kiri dan kanan. Meski ada anak-anak yang naik kenderaan pengangkutan sekolah sepertinya, namun masih ramai yang dijemput ibubapa. Mungkin besar hati Babang bila dia juga  dijemput Umminya. Begitu sekali kamu mengharapkan perhatian? Kalaulah boleh Ummi hantar dan ambil anak-anak Ummi setiap hari... tapi Ummi ada amanah kehidupan yang lain. 

Dan Rabu lepas berlalu begitu ria. Malah saya sudah kemaskan taman kecil rumah kami. Gardening sendirian sambil teman anak-anak bermain basikal. Ia sudah jadi bersih dan kemas. Papa Nasir pun suka melihatnya hu hu... 

Khamis semalam, Babang masih bermotivasi pergi sekolah. Maklumlah Umminya yang hantar. Tetapi baliknya dijemput Papa Nasir. Papa kata cikgu Babang beritahu bagaimana Babang pucat di sekolah. Badannya sangat panas malam tadi tetapi suhu tidak lebih dari 37. Atau termometer suhu kami rosak? Tidak mungkin... Babang tidak seperti biasa. Dia sudah menjadi Ultraman Tiga yang kehabisan tenaga.... terbaring begitu lesu dengan sinar mata yang sangat letih.

Aduh... kami suami isteri masih kelelahan dengan hectic life kebelakangan ini. Sakit belakang dan pinggang saya pula makin menjadi. Pendapat saya cuma satu, kalaupun Babang harus warded, it will be just fine untuk cuti sehingga Selasa ini. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu ambil cuti lagi. Cukup-cukuplah tugas saya dipangku dengan begitu murah hati oleh bos, rakan setugas dan staff jabatan. Ya, sudah-sudahlah...

Mungkin ada yang kata, tidak perlu masuk hospital. Makan ubat dalam sehari dua baiklah kot. Apatah lagi bila kelelahan material sudah begitu terasa. DEMC bukan panel Prudential. Justeru segala bil harus dilunaskan dengan tunai dahulu. Claim insurance sebulan kemudian nanti baru dapat. Rasanya sejak admission saya dan anak-anak Januari lalu, kami sudah spent almost 17k. Bukan tidak mahu ke KPJ (the other nearer panel hospital, tapi malas hendak banyak cerita tentang kronologi).

Lagipula saya tidak mahu ambil risiko. Sudah banyak cerita di sekeliling saya yang disampaikan dan didengari tentang kemalangan jiwa dan tragedi yang tidak terduga. Duit boleh dicari lagi. Tapi anak-anak saya tidak ada gantinya... saya bukan semakin muda, malah sudah terfikir hendak retire dari masuk labour room. Itu sahajalah harta dunia akhirat saya. Yang akan menjadi pendinding dari api neraka dan pemberi doa paling dekat bila kami sudah tiada nanti, Insya-Allah.

Saya tidak mahu berlengah yang akan menambah teruknya keadaan. Lagipun kesihatan dalaman kita tidak nampak. Mungkin nampak sihat, tetapi sebenarnya sakit. Mungkin kita fikir tidak ada apa-apalah... tapi sebenarnya something is going on. Zaman ini semuanya bisa terjadi. Walaupun segala test memberi keputusan normal, saya masih berfikiran konservatif. Elak sebelum terjadi... berubat kalau itu sahaja jalan yang ada untuk memberi kelapangan hati. Kalau memang ubat makan tidak jalan, IVM sahaja harapan yang ada...

Insya-Allah dan Alhamdulillah Didik sudah getting better. And whatever it takes, I wish my elder son, Babang to get the same treatment as to ensure he be back to us smiling again, too.

2 comments:

  1. kesiannya..warded lagi ke?
    kalau wida..x tau lah boleh sekuat & setabah sis..emm

    ReplyDelete
  2. Hmm... beginilah nasib diri kami yang bertuah... nak buat cemana wida. akak terima dan teruskan saja...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS