Sunday, February 19, 2012

Lempeng versi RAN

Lama di hospital buat saya mengidam hendak makan macam-macam. Gulai peria, pajeri terung, asam bendi, kari telur, telur sambal cili api, gulai pucuk paku atau pucuk ubi, ulam jantung pisang, ulam petai, pegaga, ulam raja, jering dan segala bagai... wah kecur liur. Semuanya masakan kampung kan.. nak buat macam mana, saya bukan orang KL pun. Tapi semuanya kalau boleh saya ingin Ibu yang masak... tapi Ibu lebih suka kalau saya yang memasak sebab dia sudah tidak larat hendak ke dapur. Abih camno?

Satu lagi yang saya teringin hendak makan ialah LEMPENG! Ala, yang alias PANCAKE tu. Seingat saya tidak pernah lagi tangan ini masak lempeng. Confirm tak pernah.

Makanya, petang Ahad minggu lalu ketika Angah dan keluarganya sedang nyenyak tidur petang kerana baru balik dari family day di Bukit Merah, Ibu pun ralit berbaring dan anak-anak saya yang tekun mengadap TV, Papa Nasir pula ada business appointment, saya google mencari resepi walaupun sudah diberitahu serba sedikit oleh Ibu.

Ada lempeng tepung dan ada lempeng susu. Lihat resepinya senang saja. Wah, ada ke bahan-bahan ini di rumah saya ini agaknya? Malas hendak ke kedai...

Tepung gandum 2 cawan? Ada
Air 1 cawan? Ada
Sedikit Garam? Ada
Susu Cair 1 Cawan? Alamak, dah tak ada... tak ape, saya ganti dengan dua sudu susu manis.
Lagi? Gula sedikit? Okay..
Soda bikarbinat? Tak mahu letaklah...
Bancuh sebati, jangan bergentel. Boleh blend? Boleh... tapi tak pe, saya rajin untuk sebatikan dengan sudu sahaja.

Cuba rasa... hmm.... rasa tepung, ada rasa garam dan manis-manis sedikit. Macam ada yang kurang je... saya godek sana-sini. Boleh bubuh blended udang tak? Err... tak ke nanti jadi cucur udang pulak? Heh, nasib baik udang tak ada...

Hah! Apa kata saya cuba blend sedikit bawang dan ikan bilis kemudian gaul bersama. Bubuh sedikit air lagi supaya tidak pekat. Kacau-kacau... rasa? Okay sikit kot... hish, ni nak buat cekodok ke lempeng?

Titiskan sedikit minyak ke dalam kuali leper yang non-stick? Err... saya tak ada kuali jenis tu... hmm... kuali leper kecil ni pun okay kot?

Instead of minyak, saya guna marjerin. Lalu sesenduk kecil adunan saya ratakan ke dalam kuali leper kecil saya dan masak di atas api perlahan. Bila sudah sedikit masak saya balikkan. Letak dalam pinggan, wah, comel hingga adik ipar saya dok belek, "Selalu lempeng besar, awat lempeng ni comel je?" Suka hati Alonglah, Along yang buat.. makan je kalau lalu...

Baru buat dua biji, Babang datang, "Ummi masak apa? Sedap baunya?"

Ada bau ke? Tengah harinya tu sewaktu saya masak kari kepala Jenahak, dia kata baunya macam maggie kari. Kemudian bila saya tumis tomyam, dia kata saya masak maggie tomyam pula. Haish... dah rindu maggie ke? No, no, no...

"Ummi masak lempeng."
"Lempeng? Wah! Saya nak!"

Lempeng versi RAN cicah dengan kari Jenahak... asal boleh makan je...
orang baru belajar masak, beginilah...
Maka, saya tidak sempat makan kerana 5 keping lempeng telah dimakan Babang dengan berseleranya. Tinggalkan 2 untuk Angah dan suaminya, 1/2 untuk Ibu dan 1/2 lagi untuk Papa. Saya? Secubit je... wa wa wa!

"Ummi, nanti buat lempeng lagi ya!" itu pesan Babang. So, pagi inipun kami bersarapan lempeng juga tapi bercicahkan sambal sardin pula.

Hmm.... tak tahulah kalau ia masih boleh dipanggil lempeng. Selalunya cekodok yang bubuh bawang dan ikan bilis, tapi lempeng versi RAN ini pun sama juga.  Tak apalah, janji boleh makan...

2 comments:

  1. Babang x pernah mkn lempeng ker..smpai 5 keping dia balun sorang..hiks.

    sis, pernah x bagi anak mkn meggi?

    ReplyDelete
  2. err... segan pulak. tu lah pasal Umminya terror masak sangat. baru sekarang masak lempeng... pertama kali dia makan lempeng yang ummi dia buat. selalu dia makan lempeng susu yang nenek imah dia buat je hu hu...

    kalau boleh memang tak mahu biasakan bagi makan megi, tapi kekadang terbagi juga kalau dia dah berguling hindustan mengidamkan magie tu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS