Pagi tadi saya menghadiri Syarahan Perdana bertajuk Transformasi Minda Penyelidik Muda. Mula dapat email hebahan 'pelawaan' menghadiri program yang diadakan di DATC ini saya sudah terasa keterujaannya.
Hmm... an opportunity to see him in person. Ya, in person lah juga, walaupun tahu hanya akan mampu melihat beliau dari jauh. Sejujurnya saya sangat kagum dengan negarawan ini. Semangat, pemikiran, ideologi, kekentalan dan juang diri. Tidak kisahlah apa juga pendapat warga Malaysia, saya selalu mahu melihat sesuatu dari sudut yang berbeza.
Sebab itu dalam kebanyakan situasi atau keadaan, bila ada dua tiga suara dan pendapat, saya lebih senang berdiam diri. Kerana selalunya pemikiran saya tidak akan sehala. Tetapi sikap malas hendak memanjang lebar selalu akan buat saya memilih untuk membisu. Yang penting saya tahu saya bukan extremist. Apa sahaja point of view yang saya ada (walau kadang berbeza) saya pastikan digunakan untuk yang baik dan tidak menyakiti orang lain.
Itulah antara sikap 'baik' orang Melayu yang sebenarnya agak tidak sinonim dengan beliau. Bagi saya Tun memiliki sikap yang akan mempertahankan pendapat dan pemikirannya secara strategically. Justeru itu beliau akan ensure ia dikemuka dan disuarakan juga. Rasanya tidak perlu hendak cerita part and portion sejarah hidup dan penglibatan politik beliau.
Pada saya he has done a lot in the contribution of developing this nation, especially untuk bangsa Melayu. His pure objective, daringness, loudness, his ideology... walau masih ada pandangan negatif tentang impak yang beliau telah timbulkan, tetapi saya selalu percaya in order to get something, you've to sacrify lots of thing. Hendak maju, apa yang harus kita korbankan? Masa, tenaga, rutin dan kebiasaan, material, hutang? Definitely...
Dan sebagai manusia, ada banyak cara untuk mencapai sesuatu tujuan. Kalau awal hasrat beliau ialah mahu membangunkan dan keluarkan bangsa Melayu dari kemiskinan dan kemunduran ilmu, saya rasa sudah ramai orang kita yang berpendidikan tinggi dan menjadi hartawan terbilang. Mahu bangkitkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Bagaimana Malaysia hari ini berbanding years before?
Tetapi bagaimana ia dilakukan selalunya akan mendapat intepretasi yang tidak sama dari setiap pandangan individu yang berbeza. Contoh yang ketara ialah penggunaan bahasa Inggeris di sekolah. Sekarang pun ia masih antara isu yang didebatkan. Tadi juga semasa program berlangsung, beliau buat humour, (lebih kurang saya terjemahkan) "Maaflah, sekarang ini banyak terms dalam bahasa Inggeris. Bila saya hendak terjemah ke dalam bahasa kita, itu yang kadang-kadang mengambil masa hendak fikir..."
Sebabnya, teman-teman juga akui speech flow Tun agak kurang lantang atau smoothness nya... mungkin faktor usia. Ya, beliau sudah tampak begitu berusia. Tapi saya suka lihat beliau begitu, sangat cool and steady, dan comel juga. Saya selalu rasa Tun comel hu hu... He's already 85 anyway.. what do us expect?
"Saya tidak bermaksud hendak promosikan bahasa Inggeris..." katanya lagi dalam senyum. Saya juga senyum sendirian kerana saya faham maksud beliau.
Dan saya rasa orang lain tentu 'terlebih faham' kerana saya ada terdengar suara agak lantang di belakang saya (lebih kurang), "Alah, that's what the motive was, right?" (hmm... dia sendiri cakap omputih jugek...)
Mungkin saya tersalah tafsir akan maksud orang itu. Tetapi kalau dilihat dari body language dan mimik wajah sesama mereka, ia reflect satu pendapat yang pernah diutarakan kepada saya oleh seseorang, "Siapa juga yang wajibkan penggunaan bahasa Inggeris ni dulu?"
Tidak kisahlah siapa, saya berada di suatu sisi pendapat asal iaitu, 'untuk majukan diri dan bangsa, kita harus banyak belajar dan pembelajaran itu kadang harus dari bangsa lain. Bagaimana untuk belajar dari bangsa lain kalau kita tidak memahami mereka?'.
Seperti yang pernah Tun jelaskan maksud beliau tentang penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Kebanyakan sumber ilmu didatangkan dalam versi bahasa itu. Sekiranya kita tidak ada walau sedikit kemahiran penguasaan sesuatu bahasa yang diguna meluas seantero dunia, bagaimana hendak kita dapatkan ilmunya?
Dan buku yang telah dibeli tahun lepas ini saya bawa pagi tadi. Tidaklah terlalu mengharap tetapi kalau ada peluang mahu juga mendapatkan tandatangan beliau. Pagi tadi juga Papa Nasir sudah masukkan pen khas ke dalam beg saya.
Malangnya terlalu ramai yang mengerumuni dan saya memang jenis yang tidak reti berebut pula. Melihat ada yang menghulurkan buku yang sama lalu ditandatangani Tun, terasa agak terkilan dalam hati. Hmm... tak apalah... dapat lambaian secara rambang dari beliau juga sudah cukup jadi memori yang manis.
Saya suka baca buku ini. Honest sharing. The truth even painful. I learnt many things from it. Buat hati jadi terharu. Buat minda berfikir. Menjadikan semangat patriotik berkobar. Tapi biasalah saya.. semangat memang selalu berkobar. Kemudian berdikit malap, lepas tu kadang terpadam. Kenapalah agaknya? Wa wa.. sebab saya Melayu ke? Tak mix blood sangat macam Tun? Hu hu...
Walau apapun, tetap sumbangan dan kerja keras Tun sangat berharga untuk Malaysia dan untuk saya juga! Alhamdulillah kepada Tuhan, dan terima kasih juga untuk Tun dan semuanya...
Macam tribute tak bunyinya? Not really, it is just an apreciation, bukan maksudnya 'pro', okay... anyway, politic is yet to be my interest. Not sooner, hopefully never later. Meskipun begitu dalam masyarakat harus ada yang memimpin. Dan pemimpin itu biarlah yang diredhai Allah juga. Baru sejahtera. Amin...
Tun Dr Mahathir juga idola saya...
ReplyDeleteSuka baca entri ni tau!
Yus pernah bersalaman dengan Tun masa di UiTM dulu, satu sessi lawatan beliau ke sana, dan berpeluang berada dekat dengan dia. Memang satu pengalaman manis, tp takde gambar pun sebagai bukti, sbb zaman tu, tak hp canggih atau kamera di tangan...huhu. Sedih!
Wah, mesti jadi kenangan Yus dapat shake hand with Tun. Ya lah, masa kita belajar dulu mana ada sangat hp canggih... saya hp pun mana ada masa tu, pakai public phone je hu hu...
ReplyDelete