Sunday, February 19, 2012

Hijab yang terbuka

Semasa kami sekeluarga tidak sihat, sepupu kami si Ilan (namanya Idlan) yang berusia 9 tahun itu juga sama tidak sedap badan. Puas ke klinik. X-ray, blood test apa bagai semuanya menunjukkan tiada apa yang berlaku. Ibunya (yang babysit Babang dan Didik) risau. Ya lah... mana dengan anak-anak saya yang sakit, anak dia lagi...

Ilan ini selalunya kalau demam, bila dibawa berurut sahaja sudah okay. Paling tidakpun, dia lemah semangat dan sering keteguran. Orang kita panggil sawan - sawan pengantin, sawan orang meninggal dunia etc. Time begini, bila dibawa berjumpa ustaz dan minum air yang dibacakan ayat al-quran akan eloklah dia.

Hmm... sama juga kesnya anak saudara kami si Nuha yang tiba-tiba menangis satu hari satu malam tanpa diketahui punca. Bawa ke klinik, memanjang doktor kata viral fever. Periksa telinga, tekak segala... okay je. Apa kena pulak dia melalak? Makan ubat sudah, menangisnya tidak juga reda. Dibawa kepada seorang ustaz, barulah dia okay. 

Rupanya adik saya dan anaknya itu terlangkah sesuatu yang ditabur di hadapan rumah pengasuh Nuha kerana PhD. Alkisahnya, ada yang PhD kerana pengasuh Nuha dikatakan mendapat lubuk emas kerana babysitt anak saudara saya yang juga merupakan anak tunggal adik saya dan suaminya itu. Anak tunggal yang setelah 10 tahun lebih dinanti, tentu sahaja ditatang melebihi intan. 

Tapi kalau setakat 3-4 ratus duit menjaga budak + overtime + emergency tu, tak kaya manapun pengasuh itu jadinya. Orangnya pun susah, kais pagi makan pagi, rumah disewa, pendapatan pun tak ada... mengapa masih ada yang tega untuk PhD? Aduhai, orang kita memang banyak yang bijak pandai begitu... cuma selalu tak mahu ikut 'resmi padi' kan. Lupa Allah itu lebih mengetahui. 

Tapi kali ini demam Ilan berpanjangan. Sakit sendi, sakit kepala segala. Dijadikan pengetahuan yang pasti, Ilan jatuh pengsan di tandas sekolah baru-baru ini. Katanya bertemu dan bertengkar mulut dengan 'sesuatu'.  Sesuatu? Ya, sesuatu yang hanya bisa dilihat manusia seperti kita semua yang memiliki kelebihan. Atau lebih tepat bila hijab terbuka.

"Ilan, Ilan nampak apa?" soal saya suatu hari bila harus fetch kids di rumah Bik Imah kerana Papa lewat pulang.

"Nampak jin..."
"Macam mana rupanya?"
"Macam-macam... ada yang rambut panjang, hodoh, ada yang bertanduk..."
"Err... Ilan ada nampak apa-apa tak yang ikut Ummi sekarang ni?" soal saya.

Ilan gelak.

"Kat rumah dia okay... tapi kalau ke luar tu, terutama malam mulalah dia kata nampak macam-macam. Atas pokok. atas kereta, tepi jalan, atas kepala orang semua ada..." tokok Bik Imah.

Gulp! Meremang roma saya. Sungguh ke? Macam cerita hantu kat TV tu ke?

"Ilan tak takut ke?"
Ilan sengih.
"Tak takut ke menda, kalau dah sampai pengsan macam tu..." sampuk Ibunya lagi.

Saya pula gelak. Teringat sewaktu di bilik darjah ketika darjah satu dulu saya pernah ternampak benda kecil berwarna hijau. Waktu itu saya tidak tahu itu toyol. Bilik darjah saya itu pula kebetulan memang bersebelahan tanah perkuburan Islam. Hmm.... comel juga toyol tu hu hu...

Saya dok terfikir, Ilan pasti ada kelebihan bila hijabnya dibuka melihat ke satu alam lain. Hanya Allah lebih mengetahui. Kuat juga Ilan, kalau Ummi ini yang terpandang, rasanya mesti koma bertahun. Hish, mulut jahat... Ya Allah, lindungilah kami dari setiap keburukan dan hasutan syaitan...

Rasulullah s.a.w pernah berkata. "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan lebih banyak menangis." Hmm... sebab itulah Rasulullah lebih banyak menitiskan airmata banginda dan setiap saat memohon ampun untuk diri sendiri dan umat baginda. Allah maha besar....

Sedang hidup begini sahaja, diduga sedikit menangis, lepas solat menangis minta tolong dengan Tuhan, baca quran pun menangis, tengok cerita (bukan hindustan je ye) Al-Ikhlas, Sedepa dari Syurga dan lain-lain drama yang menginsafkan pun meleleh airmata, inikan pula kalau terlihat syaitan dan sekutunya yang terlompat tertonggeng gelakkan manusia yang sudah terlebih DNA iblis dari mereka sekarang, belum lagi dengan azab kubur dan maraknya api neraka... masya-Allah, tidak terbayang bagaimana hidup saya jadinya...

Semoga jika anugerah Allah atau kasyaf mata ini kekal bersama Ilan, ia dapat digunakan untuk kebaikan seluruhnya. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Amin... wallahualam...

"....Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). 
Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. 
(An Nur: 35)

Manusia yang masih berani buat dosa dan lebih pandai mempraktis ilmu 'PhD'  ni, kalau-kalaulah Tuhan bermurah hati bukakan hijab mereka, rasa-rasanya nak buat lagi tak double triple PhD? Kalau setakat PhD yang Doctor of Philosophy tu tak apa duhai saudaraku... janganlah tega benar untuk praktis Perasan Hasad Dengki tu.

Lagipun, kelebihan hijab yang dibuka ini pun bukan diberi kepada insan sebarangan. Ia selalunya untuk insan yang 'bersih', atau selebihnya hanya Allah mengetahui kerana itu pilihan dan kehendak Dia jua.

Wallahualam....

4 comments:

  1. takutnya kalau boleh nmpk benda2 halus ni kan.
    waiz pon selalu kata "eei..akut". apa yg ditakut n dinmpaknya pon x tau lah..

    ReplyDelete
  2. alamak, tiba2 rasa seram. Dah mcm dalam filem dan drama pula. Betul2 hijabnya di buka. Mesti Ilan ada kelebihan yang kita tak tahu...

    ReplyDelete
  3. Wida : budak2 sehingga dia belum boleh bercakap penuh, orang tua kata mata mereka boleh nampak juga yang halus-halus ni. Tu kadang kalau baby selalu senyum dan gelak sendiri kan... hu hu

    Yus : memang terasa juga meremangnya tu Yus... entahlah... kesian juga dia tak dapat pergi sekolah disebabkan rs takut. hari ini pun dia pengsan lagi di tandas sekolah, nasib baik ayah dia ada tunggu... ish...

    ReplyDelete
  4. Jika ingin hijabnya tersalur dengan cara yang baik..seeloknya dicarika guru yang seangkatan dengannya..agar dia dapat mengawal kelebihan yang dia ada..kerana diperingkat ini dia kan menjadi rebutan energi sekitarnya yang mengetahui aura tubuhnya..jika yang akan selalu bersamanya energi kurang baik..kesian dia nanti..wallahuaklam..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS