Wednesday, February 29, 2012

Jealousy seorang isteri

Hari ini 29th Feb. Another 4 years baru boleh jumpa tarikh ini. Leap year atau tahun lompat. Those yang lahir atau mengikat pertalian indah pada 29th Feb. mesti ada kenangan manis since menyambutnya dalam 4 tahun sekali kan hu hu...

Saya lahir di abad ke-20 dalam tahun lompat, cuma bukan tarikh 29th Feb lah. 1976 adalah tahun lompat. Dan sehingga tahun 2012, saya sudah melalui 10 kali tahun lompat. Dan yang sebenarnya ia tidak ada kaitan juga dengan sharing saya ini. Hanya hendak mengabadikan kenangan tahun lompat 2012 je.

Saya cuma hendak tanya apa rasanya bila suami mula punya minat dan perhatian pada yang lain selain daripada kita, isterinya?

Suatu ketika saya hampir merajuk bila dihalau Didik duduk di belakang setiap kali naik kereta. "Ummi duk akang lah... adik nak uduk epan..." Papa pula sengih sambil jongket-jongketkan kening. Ceh! Yang sebenarnya Didik mahu duduk 'first class' menonton VCD Ultraman. Cit!

"Tu tempat Ummi lah Dik! Didik duduk belakang!"
Dengan anak sendiri pun saya nak cemburu dan merajuk? Ish! Kini Didik sudah okay, dan Ummi dapat duduk di depan semula.

Tapi jealousy saya bangkit lagi. Papa sekarang sudah ada Wewek. Hari-hari perhatian dan ingatan Papa, I bet, mesti pada Wewek. Wa wa wa...

Sudah lama Papa berhasrat untuk memiliki Wewek. Lama juga dia pendam sebab saya keberatan. Buat apa hendak memiliki Wewek? Apa faedah dan kelebihan Wewek berbanding saya? Apa kurangnya saya? Eh, buat skrip drama pula hu hu...

Tetapi lama-lama memandang Papa, sayu hati. Kalau sudah di hatinya mendalam rasa untuk Wewek, sampai bila harus saya menghalang. Kalau saya relakan, dapat payung emas tak ni?


WWK 4445. Kami mahu nombor 1002 biar sama dengan Avanza. Tapi nombor itu sudah tidak naik sewaktu runner pi beli. Disebabkan platnya WWK, saya namakan ia WEWEK. Saya memang suka menamakan benda. Patung kesayangan Didik yang diberikan kepada Nuha dulu saya namakan SENGET (sekadar rekod diri).

Saya beritahu Papa kalau tak ada 1002, cari nombor yang mesti ada nombor atau total 8. Dulu bekerja di company China, tiap kali beli kereta mesti kena pastikan nombor atau totalnya 8. Hingga bila nak finalised tender price juga saya kena adjust hingga dapat total 8. Orang China kan percaya angka 8 itu resembles dengan maksud kaya.

Papa marah. Kenapa nak ikut diorang? Kita orang Islam. Gunalah 1 untuk Allah, 2 untuk Muhammad, 3 untuk Raja, 4 untuk kaya, 5 untuk miskin, 6 untuk mati. Dan berulang untuk turutan nombor seterusnya, 7 untuk Allah, 8 untuk Muhammad, and so on. So: 4+4+4+5=17=8. Eh, 8 juga ye? Hu hu... Ia bermaksud Muhammad dan juga... kaya! Heh, nak juga tu...

Balik dari kampung Ahad malam lepas, terdengar Papa Nasir berbisik perlahan, "Wewek... apalah khabar kau...?" Amboi! Baru sehari setengah dah rindu dendam separuh nyawa dengan Wewek? Parah...

Is Kawasaki Versys a trend? Salesman kedai sewaktu fetch Wewek minggu lepas bercerita dengan Papa tentang group konvoi riding Versys sampai ke Thailand bagai. Saya sudah kerling-kerling Papa. Nampaknya akan selalu kena tinggallah ni ya...

Saya tidak tahu dan tidak minat tentang motor-motor besar. Yang saya tahu ia sangat menyusahkan. Sudahlah gemuk dan berat, naiknya cuma 2 orang, nak bawa beg banyak-banyak tak boleh, kalau hujan mesti basah juga. Hish...

Pernah sekali saya tertonton Kembara di Bumi Suci. Travel guna motor besar. Mereka travel pakai Versys juga kan?

Tujuan Papa Nasir mahu memiliki Versys... katanya mahu jimat petrol. Be self employed, dia selalu mobile jarak jauh. Kos minyak Avanza boleh tahan lagi kerana kami guna fuel saver. Tapi Aveo, teruk... Papa Nasir kata monthly petrol and toll cost cecah RM1,000.00. Hendak dijual, sayang. Dah tak ada komitmen installment lagi, biar sajalah dulu.

Naik motor, Papa kata jimat kos minyak dan tol. Saya argued, elok-elok tak perlu bayar ansuran, nanti ada obligasi lagi. Katanya kalau compare ansuran Versys dengan kos minyak Aveo, worth to have Wewek. Tapi kenapa Versys? Beli sahaja Yamaha ke, tak boleh ke? Hmm... ia adalah keinginan seorang lelaki kan. What to do?

Jadi... terpulanglah. Asal Papa bahagia walaupun saya sebenarnya sangat ngeri dengan kenderaan dua tayar ni. Jaga diri baik-baik, jangan bawa laju-laju. Ingatlah insan-insan ini yang memerlukan kamu.

And above all, saya harus jadi yang lebih kamu cinta berbanding Wewek. Itu sahaja yang saya mahu tahu, okay?! Kalau tidak, nahas kamu Wewek!


It's too high, saya tak mungkin berani memboncengnya...
nak kena letak kerusi kecil untuk pijak sebelum naik gayanya... 
 Sedikit tentang VERSYS. Manalah tahu boleh bantu jawab 1million Money Drop ke... hu hu

VERSYS = singkatan daripada Versatile System
Diperkenalkan = 2006 di Kanada dan Europe, 2007 USA
Ciri-ciri =
all-rounder middleweight bike and has a standard riding posture, 
pavement bike, not recommended for offroad
has a 650 cc four stroke liquid cooled parallel twin engine
that was changed a bit to get more torque.
This engine is inspired by the Ninja 650R.

1 comment:

  1. wah..kelas abg nasir!
    mks kata..kalau dia byk duit, teringin jugak nak beli motor besar..tp wida selalu ejek dia, kaki pendek..x leh beli! hahaha..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS