Saturday, February 25, 2012

Berdebar

Sejak keluar hospital ni, setiap kali malam menjelma sahaja saya akan jadi manusia paling tak larat nak buat apa-apa. Badan rasa sangat letih dan matapun tidak mahu terbuka. Rasa hendak tidur sahaja. Makanya, selain tidak dapat menyambung interest saya dalam membaca dan menulis, rumah pun kebanyakan masa jadi Titanic karam. Nasib baik suamiku seorang yang sangat memahami.

Doktor kata ia keadaan biasa bila saya masih ambil ubat-ubatan untuk penyembuhan total. Sebab itu biasanya ubat itu dimakan malam. Tetapi sejak di hospital mereka sudah biasakan saya makan ubat itu sebelum sarapan, maka saya teruskan sahaja. Nasib baik sepanjang daytime saya masih ada tenaga. Kalau tidak mahu kena ambil cuti setengah tahun pulak gayanya.

Papa Nasir belikan saya Pearl Kacip Fatimah. Kalau dulu ia membantu kecergasan saya, tapi tidak lagi kali ini. Kemudian Papa Nasir ke kedai untuk belikan saya supplement. Sudah beberapa hari saya mengambilnya dan Alhamdulillah ia ternyata membantu mata dan tenaga saya bertahan sehingga beberapa jam di waktu malam.

Sewaktu lunch break yang panjang Jumaat semalam saya berniat hendak sambung vet-tru Menunggu Hadirmu. Cari pen drive. Eh, mana dia? Selongkar beg, tak jumpa. Telefon Papa Nasir minta tolong cari di rumah. Selongkar pula segala drawers meja. Tak ada juga.

Berdebar dibuatnya. Duduk termenung. Berfikir. Kemungkinannya di mana? Saya pujuk hati. Mungkin di rumah. Tak apalah... tentu Papa Nasir akan jumpa nanti.

Malamnya, Papa Nasir tolong cari di rumah. Tidak ada... pen drive saya itu tidak ditemui di mana-mana. Matilah saya! Ia bukan sekadar pen drive, ia ibarat nyawa saya. Seluruh manuskrip saya di dalamnya. Berbaris fail dan tajuk yang menunggu giliran untuk disiapkan. Malah Menunggu Hadirmu yang sudah selesai itu juga ada di dalamnya. Tidak ada salinan atau backup di mana-mana.

"Kan abang dah suruh buat salinan dalam dua-dua laptop ni. Dah suruh juga simpan dalam pen drive lain sebagai back up. Ummi ni selalu macam ni tau... memanglah pen drive tu tak bernilai mana pun harganya, tapi isi dalamnya tu yang tak ternilai tau..." Papa marah.

"Papa marah?" soal saya takut-takut.

"Tak marah... tapi terkilan..."

Saya terdiam tidak terkata. Sugul dan muram. Dalam diri ini jantung sudah berdegup pada kadar paling perlahan. Biasanya saya mesti sudah menangis berjurai airmata. Tapi kali ini saya jadi paling cool pula. Sejujurnya saya berusaha menenangkan diri. Saya buka kedua-dua laptop. Manalah tahu kalau-kalau ada back up di sana. Tetapi hampa... cuma ada Menunggu Hadirmu versi sebelum selesai di hospital. Deraf manuskrip lain tidak ada. Semakin perlahan degup jantung saya. Tuhan tolonglah...

Saya terfikir, kalau pen drive itu tidak ada di bilik pejabat dan di rumah, ia cuma berkemungkinan ada di satu tempat sahaja. Aduh, ia tentu tercicir sewaktu saya menghadiri syarahan perdana Tun Mahathir tempoh hari ketika saya mengeluarkan recorder untuk merakam ucapan Tun. Pasti! Bagaimana pula saya hendak cari di sana...

Terus bermenung. Tak apalah, kalau ditakdirkan ia hilang sekalipun saya harus redha. Mungkin ada sebab dan kebaikannya. Mungkin deraf Menunggu Hadirmu yang telah saya selesaikan itu tidak elok. Mungkin saya harus korbankan waktu lagi untuk redo. Apalah lagi daya yang saya ada kalau ia benar-benar tidak akan ditemui semula.

Pagi ini saya minta Papa Nasir hantar saya ke pejabat. Percubaan terakhir. Entah mengapa hati saya kuat mengatakan ia ada di dalam kertas-kertas tugasan saya di tepi komputer. Saya tidak pasti bagaimana saya rasa begitu. Tetapi hati saya kuat digerakkan oleh naluri itu.

"Pa, kalau tak jumpa juga, macam mana?"
"Nak buat macam mana lagi, redha ajelah..."

Aduhai, jantung saya lemah rasanya. Harus redha menghadapi kehilangan semua deraf manuskrip saya? Ada lebih kurang 12 belas deraf di dalamnya. 3 antaranya sudah separuh jalan disiapkan. Di mana harus saya cari gantinya semua itu? Menangis tidak berlagu saya jadinya nanti. Silap haribulan saya quit menulis. Patah seribu hati ini...

Saya melangkah perlahan sambil bertawakal. Di atas sana 2 staff saya datang kerja kerana harus siapkan fail mesyuarat untuk minggu hadapan. Saya masuk ke bilik. Terus sahaja menuju ke tempat yang digerakkan oleh hati. Selak beberapa helai kertas. Tak ada? Berdebar hati.

Tenang saya tolak kertas-kerta yang rapat kepada whiteboard  kecil di atas meja. 

Alhamdulillah... itu dia kesayangan hati saya. 

Terima kasih Tuhan...

Malam ini saya buat back up di semua tempat. Duhai pen drive, kamu mungkin hanya sebuah pen drive bagi orang lain, but to me, you are my heart... janganlah menghilangkan diri lagi ya. Awak buat saya berdebar dalam diam sepanjang malam tau!

*****************************

Nota diri : 

Saya telah cuba menahan hati untuk tidak membaca tentang Farish Nur Daniel selama ini. Hati saya tidak kuat menahan cerita hidup begitu. Apatah lagi melihat foto-fotonya. Meski apa jua takdir yang telah menimpa, ia pasti adalah yang terbaik untuk semua. Pergilah... bersemadi dengan kasih sayang dan doa insan yang begitu ramai. Syurga tempatmu...

Anak-anakku... Babang dan Didik, Ummi akan sentiasa berusaha menjadi Ummi yang baik. Untuk setiap kelemahan Ummi, maafkanlah...

3 comments:

  1. nasib baik jumpa kan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. saya baca pun dah rse cuak, kalau saya kt tempat akak mau nangis dah...Alhamdulillah jumpa kan. :)

    ReplyDelete
  3. lily balik naik kereta nanti..dgn wida.kitaorang nak balik kg..nak kirim boleh lah kak

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS