Hari ini sudah 30 Rejab 1433H... sudah di akhir Rejab, bulan menabur dan menyemai benih untuk bekal akhirat. Sedihnya kerana tak sempat menabur benih sebanyak-banyaknya. Bak kata Kak Long Suhana, bulan ni banyak dugaannya.
Esok bulan menyiram benih tanaman akan bermula. I Syaban. Hmm.. nak siram satu benih saja? Itupun dengan harapan anak benih yang baiklah tumbuhnya.
Kepala saya masih on and off sakit. Ke mata saya sudah semakin rabun? Alhamdulillah kalau ia membasuh dosa kecil saya yang tanpa sedar mungkin telah terlakukan...
Lunch break tadi, saya dan Papa Nasir ke HTAR. Melawat sepupu iparnya, Sarib yang sudah beberapa hari di ICU kerana kemalangan. Baru hari ini berkesempatan untuk saya menziarah. Alhamdulillah beliau sudah sedar, cuma biasalah... kalau kecederaan agak parah di bahagian kepala maka ingatan belum sempurna.
Kata Adah (isterinya @ sepupu Papa Nasir), suaminya masih belum ingat dia. Tapi saya, walau dalam hati sembunyi sebak, masih tak mampu menahan senyum kerana Sarib tiap kalinya akan tanya, "Adah mana?". Disuruh panggil akan isterinya itu.
Aduhai, walaupun dia tidak kenal itu isterinya, tetapi ikatan sanubari tetap wujud kan... begitulah istimewanya pernikahan Islam.
There's nothing much I and we can do. Insya-Allah, doa kami dan seluruh keluarga akan sentiasa mengiringi semoga segalanya dipermudahkan. Adah nampak strong, semoga tabah melewati detik-detik sukar begini. Medical probability and expectation itu biasa... tapi Allah yang menentukan segalanya. Usahlah bimbang... (hmm... nasihat orang pandai... diri sendiri? aduhai...)
On the way back, hati saya ditarik-tarik untuk memiliki buku ini bila Papa Nasir singgah di kedai nak beli air Kickapoo. Buku ini ditulis oleh Hanafi AL-Mahalawi dan disusun semula oleh Dr Yahya Nuryadi. Tentu sahaja ia berkenaan pengalaman hebat Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW dan tempat-tempat yang Baginda kunjungi sepanjang hayatnya.
Wahai sekalian jin dan manusia,
jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi,
hendaklah kamu tembusi.
(Tetapi) kamu tidak dapat menembusinya
melainkan dengan suatu kekuatan.
(Ar-Rahman, ayat 33)
Yang selalu disebut-sebut... 7 petala langit...
Lapisan Pertama
Adalah lapisan langit dunia yang terbentuk daripada kumpulan asap dan dinamakan ar-Rafi'ah. Penjaganya bernama Ismail.
Di mana mengalirnya al-Kausar.
Lapisan Kedua
Diperbuat daripada besi yang tidak bersambung dan tiada potongannya.
Dinamakan al-Ma'un. Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa a.s. di lapisan langit ini.
Lapisan Ketiga
Diperbuat dari tembaga dan dinamakan al-Mazinah.
Nabi Muhammad bertemu Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf.
Lapisan Keempat
Diperbuat dari perak yang putih dan langit ini dinamakan az-Zahirah.
Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Idris a.s.
Langit Kelima
Diperbuat dari emas merah dan dinamakan langit al-Munirah.
Terdapat sebuah pintu yang di dalamnya ada
neraka jahaman yang gelap gelita.
Langit Keenam
Langit yang diperbuat dari yakut berwarna hijau
dan ia dinamakan al-Khalishah.
Nabi Muhammad bertmu Nabi yang berbicara secara langsung dengan Allah di bukit Sinai, iaitu Nabi Musa.
Langit Ketujuh
Langit al-Ajibah yang sangat hampir dengan Sidratul Muntaha.
Di sinilah syurga yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad.
Langit tertinggi ini diperbuat daripada mutiara yang sangat putih.
Di sini Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Adam a.s.
Lapisan di mana Nabi dan seluruh umat-Nya dianugerahkan solat 5 waktu sehari semalam sebagai antara ibadah utama kepada Allah.
Ucapan yang sering Nabi perolehi dalam pengembaraan ini :
"Bergembiralah wahai Muhammad,
kerana sesungguhnya kebaikan ada padamu
dan pada umatmu sehingga tiba hari kiamat."
Subhanallah....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.