Sunday, June 10, 2012

Promosi XPDC Candat Sutun ke ni?

Hmm... sebenarnya blog ini Papa Nasir buatkan untuk melatih saya supaya sentiasa bersemangat buat ayat. Supaya saya tak experience writer's block. Sebabnya bila saya lama berhenti tulis-tulis nanti saya jadi malas nak sambung kerja-kerja buat ayat tu. Sebabnya satu kerana dah tak ada keinginan / semangat, yang kedua sebab saya rasa otak saya jammed. Siapa yang susah? Papa Nasir juga yang susah sebab kena buat ayat berbakul supaya motivasi saya naik semula hu hu...

Sewaktu saya mula bekerja di TSSB dulu, pertama kalinya saya kena naik SUK tu... jumpa orang-orang besar dan Menteri Besar. Maka berjumpa dengan ramai orang yang besar-besar ni, ada banyak attitude yang terlihat. Saya ni biasalah selalu rasa diri kecil, tak setanding dan setaraf. Biasanya bila menunggu turn untuk mengadap, saya hanya duduk diam meneleku report yang disediakan supaya tak lah ter 'err...' dan 'arr...' bila ditanya nanti. 

Orang-orang lain yang berkot dan berblazer, kasut hitam berkilat, tumit tinggi 5 inci... kadang pandang tak pandang je. Mesti diorang kata, "Sapalah budak ni, comot sungguh aih! Wakil GLC mana pun tak tau..". Agaknya lah... hu hu.. saya kan memang suka berimaginasi. Kekadang saya rasa meja, kerusi, pen dan kertas tu semuanya boleh bercakap-cakap dengan saya.

Tapi ada seorang Puan ini, sederhana kelihatan penampilannya. Dia menegur saya. Dan dia rajin bercerita. Dia adalah orang yang jaga kewangan sebuah U pada masa itu (tapi tak taulah masih lagi ke tak sekarang). Er... U tu ada problem PTPTN ka sekarang? Ish... PRU.. PRU...

Dia kata bukan mudah hendak jaga kewangan sebuah organisasi yang banyak bahagian dan manage manusia-manusia yang pelbagai ragam. Dia kata bukan mudah hendak jadi ketua kerana kalau kita tak dapat didik dan manage staff, hidup kita juga yang merana. Betul betul betul! 

Sebab itu dia kata sebelum joint U dan sewaktu di dalamnya, dia selalu berdoa malah buat tahajud malam supaya tugasnya dipermudahkan. Supaya semua staff bawahannya boleh menerima dia dan bekerjasama. Masa itu saya terfikir... sampai lagu tu ka?

Tapi sehingga saat ini saya masih ingat kata-katanya dan saya tidak mampu nafi kebenarannya. Puan itu kata, "Hanya Tuhan sahaja yang boleh membantu dan memudahkan urusan kita. Bagaimana pun kita rasa kita pandai dan ada kebolehan, kalau tanpa izin Allah, semua urusan kita tak akan lancar. Manusia pun tak akan dapat menyukai dan beri kerjasama pada kita sebagaimana yang kita nak. Sebab tu kena minta dengan Allah. Dan nak minta tu pun bukan sekadarnya untuk Tuhan perkenankan dengan mudah. Kena merendah diri dan betul-betul tagih simpati dan kasih sayang Allah. Bangun di sepertiga malam dan bertahajud memang saya amalkan... alhamdulillah."

Kalau baca blog Prof Kamil pun beliau selalu kata 'bangunlah! buatlah solat di sepertiga malam itu,"

Err... sebenarnya saya nak cerita apa ya? Hush, hah! Sebenarnya saya nak kata, saya baru tahu kalau berblog ini dapat income. Ada terbaca di blog teman-teman dapat cheque apa bagai! Hush... ya ke? Saya tak tahu pun... dan saya tak sempat nak tahu macam mana... wa sedihnya.

Dan saya cuma nak cerita, blog ini originalnya diary saya dan keluarga. Tak pandai nak up traffic. Tapi saya gembira bila ada orang yang berkongsi membaca dan mendapat satu dua kegembiraan dan manfaat dari perkongsian saya itu walaupun silent reader or the accidently reader yang terbaca.

Maksud saya, kalau ada mereka-mereka yang terbaca  Diari : Ekspedisi Candat Sutun saya yang merepek itu, dan kalau tertarik hati hendak merancang ekspedisi untuk diri mereka dan keluarga atau dengan rakan-rakan, boleh sahaja kalau hendak mendapatkan maklumat lanjut dan book the program.

Boleh hubungi tekong bot handsome yang pernah bawa kami hari itu. They are good and skilled sea-men! Nice lagi... hu hu!

EN. JALIL
013-9598783

Hah, ini sebenarnya yang saya nak promosikan. Tapi punyalah panjang highway saya yang tak bertol tu kan...

Sebab, saya pun ada impian nak jadi 'as crazy as' NAN!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS