Sunday, June 10, 2012

Geng Masjid

Pagi ini Papa Nasir ada aktiviti masjid Berbasikal sehingga ke Bukit Cerakah. Sebab itu selepas habis kenduri arwah keluarga sebelah Mak Enon (setiap tahun) di rumah Cik Ibah di Sg Samak, Perak malam tadi dan selepas Papa + Ayah membaiki paip bilik air Mak Enon (patah dikerjakan dek saya), kami berangkat pulang juga jam 1230 malam. Hujan pula tu...

Jadualnya ialah saya dan anak-anak akan menyusul untuk membuat liputan aktiviti berbasikal (macam wartawan pula...), tetapi kepala saya masih sakit dan berat. Dah beberapa hari kepala sakit ni, susah nak hilang terus... 

Disebabkan itu saya tidak jadi menyusul. Tengah hari itu Papa Nasir pulang. Agak terperanjat bila dia kata, "Mi, tayar bocor..."

Habisnya, Papa pergi berbasikal macam mana tadi? Pinjam basikal Bang Mat. Disebabkan lewat kerana percubaan memasang tayar basikal, maka Papa Nasir, Abg Din & Azmir lewat. Terpaksa kejar kumpulan berbasikal yang escorted by police itu sudah sampai tol. Mereka tidak ikut jalan sepatutnya tetapi singgah pekena teh tarik. Bila sudah nampak the konvoi baru mereka joint. Kasihannya...


Balik dari aktiviti berbasikal,
Papa Nasir terus  membaiki basikal kesayangannya...

Topi yang Papa Nasir dapat dalam cabutan bertuah.

Bagus juga ya... sekarang ini pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid. Bukan setakat aktiviti di dalam masjid seperti ceramah agama, tadarus, kelas mengaji, tajwid dan rukun ain, sebaliknya aktiviti-aktiviti outdoor begini juga merupakan antara strategi untuk mencapai objektif saranan agama.

Aktiviti fizikal menyihatkan badan, menjalin hubungan ukhwah dan silaturrahim. Ia juga berkemungkinan besar dapat menarik perhatian remaja dan belia lama-kelamaan untuk menyukai fenomena masjid. Maka akan jadilah juga mereka Geng Masjid! Alhamdulillah.

Tak adalah nanti jadi macam, tiap kali saya balik kerja nak dekat waktu mahgrib tu ada juga remaja+budak sekolah yang suka-suka hati bersidai kat tembok tepi jalan masuk kawasan perumahan kami. Merokok dan buat bising pula tu.. anak-anak sapa lah tu? Rasanya bukan anak-anak orang taman kami. Hish, RAN tak baik mengata begitu! Sendiri pun ada anak, nanti pun anak sendiri akan besar... 

Hmm... sekurang-kurangnya mak bapak kena tahu juga anak-anak pi mana. Dah dekat nak maghrib pun tak ada kat rumah takkan tak query...

"Sian Papa, your 1st program tapi tak dapat guna basikal sendiri..." saya tumpang simpati.

"Hmm... agak-agak kena beli lagi satu basikal ni kan Mi? Kalau-kalau rosak, ada juga spare kan?" jawab Papa.

Ek eleh?! Tak ada modal lain ke Papa ni?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS