Thursday, June 7, 2012

Rahmat Ayat Suci

Hari ini saya tidak ke pejabat. Sakit kepala teramat sejak semalam. Ingat mahu masuk lewat bila headache ni reda, tapi sehingga sekarang pun masih fening-fening... 

Seharusnya saya berehat. Tapi susah kawal diri dari menekun di depan laptop. Checked email, dan FB. Got to know Wida sudah selamat melahirkan anak keduanya seorang baby gegurl. Alhamdulillah. Tahniah! Sudah dapat sepasang.

Sebentar lagi saya mahu buka pen-drive pula. RAN nak sambung projek... hu hu...

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 1433H telah bermula 4hb lalu sehingga esok. Malam tadi baru berpeluang buka channel TV1. Aduhai, tipikalnya bila hati berdetik 'hmm... dah nak dekat puasa dah ni.." bila mendengar tilawah. Hish...

Majlis ini diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PERSADA) di Johor. Hmm... selepas ini pula qari dan qariah dari seluruh dunia pula akan perdengar bacaan ayat suci Al-Quran.

Saya berdoa supaya anak-anak saya cinta dan fasih mengalunkan ayat suci Allah dan faham maknanya supaya menjadi insan yang soleh. Insya-Allah. 

Malam tadi sewaktu mendengar tilawah, Papa buat statement, "Kenapa kalau program TV yang lain tu, hadiahnya semua besar-besar? Keretalah, duit tunai ratus ribulah, itu ini... tapi kalau program agama macam ni hadiahnya ciput je..."

Erk? Nak jawab apa? Nak kata, "Alah kalau dah tak ada yang nak sponsor, nak buat cemana? Awak je lah sponsor, nak?". Hish, mahu kena ketuk dengan Papa Nasir kang...

Alih-alih saya jawab, "Tak apalah... program yang lain tu mostly untuk dunia. Program begini objektifnya untuk ibadah. Tak payahlah nak ungkit dan bangkit pasal imbuhan. Yang penting kan merit kat akhirat nanti?"

Hopefully ia benarlah kerana semuanya atas niat...


Hmm... kepala saya masih sakit...

RAN, rahmat dari ayat suci Allah itu ada banyak... cubalah... 

Al-Waqiah Ayat 19

لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

*****************

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS