Tuesday, June 5, 2012

Diari : Ekspedisi Candat Sotong (D1 - Accident)

1st June 2012

Babang dah few times tanya, "Ummi, nampaknya kita dah jauh sgt dr rumah ni. Tapi knp kita tak sampai2 lagi?"

"Dah nak sampai dah pun.. tu tak nampak laut tu?"

Kami dah di Kelulut tgh hari itu. Tapi jln jammed lah pulak. Awatnya jln di persisiran pantai pun boleh jammed lagu ni? Ada pesta pantai ke apa? Tgh hari buta mcm ni?

"Tu bukan kereta bomba ke tu?" soal Pa.

"Ye kot..." Penat dah ni duduk dlm kereta. Tengok laut biru pun dah berkilau-kilau dipanah suria. Kepala pun dah pusing-pusing semcm.

Pa jeling, "Mcm tu je jawab? Cuba pakai cermin mata tu, tengok betul2."

Ish, dah kena sound tu kenalah pakai cermin mata gayanya. "Ya, kereta bomba."

Hah! Kereta bomba? Sendiri terkejut unta bila confirmkan semula objek tu. Mesti accident kat depan. Patutlah jammed.... hush, berkereta bomba bagai... teruk ke accidentnya? Seriau.

Ya, mmg accident! Dah terjerit kecil saya lihat kereta yg sangat-sangat-sangatlah teruk keadaannya. Hampir putus dua! Tak sempat take photo. Tapi ia keluar dlm paper keesokannya. Accident di Kelulut. Sbnrnya saya sampai hari ni tak baca lagi pasal accident tu... er... tak berani nak baca....


Selamat tiba di Anguilla Beach Resort hampir jam 1.30pm.  Chalet hampir dgn pantai & laut. Environmentnya cantik. Depan chalet ada taman permainan kanak-kanak. Hush... budak-budak ni sampai je terus main!


6 chalet semuanya utk kami. Bilik kami sekeluarga ada 2 katil Queen size. Satu bilik mandi, ada TV... hmm.. okaylah... hanya utk tujuan tidur ja. Cuma yg agak kurang best, atas lantai msh terasa pasir di bwh telapak kaki. Hish, diorang ni tak buat housekeeping ke apa?

But what do we expect? Mmg tempat berpasir. Dan org yg berkunjung ke mari semuanya mmg utk aktiviti pantai. Cit... RAN, tahunya nak komplen je. Tak baik tau! Alhamdulillah ada tempat tidur...

Ptg tu sepatutnya 10 org dari kami akan ikut ekspedisi candat sotong. Sewaktu monitor anak-anak bermain, Pa dtg menghampiri.

"Ayong tak ikut nanti."
"Nape?"
"Tak cukup... bot utk 8 orang je..."

Hmm... saya buat kira2 dlm kepala. Kalau 8 orang, cuma Ayah, Abah, Papa, Daddy, Ucu, Acu, Mummy, Zura, Wafiq @ saya?

"Kalau gitu, Ummi tak payah pergilah ye?" tanya saya, Uh uh... sedihnya.

Walaupun sbnanya msh 50-50 nak pergi @ tak, tapi keinginan itu tetap ada. Saya ni tak pandai berenang. Nanti kalau jadi mcm Titanic @ Pessaidon, siapa nak selamatkan saya? Imaginasi mmg tak boleh bincang. Atau kalau cuaca terlalu sejuk spt yg diwar-warkan & diserang athma, mcm mana? Kalau kena attack, semua inhaler & ubat dah tak berguna lagi. Tapi... Kak Tie (cousin in law saya yg berasal dari T'ganu) masa bercerita pasal candat sotong di Lenggeng hari tu pun tak ada pulak cerita benda-benda ni semua. Siap encourage saya suruh experience it lagi... hmm... musykil...

Pa dah bersiap2 petang itu. Tak lama kemudian dia masuk semula & senyum sambil berkata, "Tak jadi pi candat sotong."

"Awat?"

"Ribut."

"Ribut?"

Alamak! Tiba-tiba hati terasa menguncup kecil. Wajah Pa saya tenung sambil imaginasi saya terbang melayang-layang. Ribut....


"The fishermen know that the sea is dangerous
and the storm terrible,
but they have never found these dangers
sufficient reason for remaining ashore"
(Vincent van Gogh quotes (Dutch Painter, 1853-1890))

2 comments:

  1. bape harga sebuah chalet kak?

    ReplyDelete
  2. err.. tak lah pulak tanya kat abah Hussien sbb dia yang sponsor. Kalau ikut dari website range chalet ni dari RM60 above.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS