Wednesday, June 6, 2012

Hasil Candat Saya!

On the 3rd June itu, kami tak ikut konvoi family yg lain ke Masjid Terapung & Pasir Payang. Saya nak pulang awal. Selain esoknya kerja, saya juga bimbang Pa dah sgt letih. Bila dia letih bermakna saya kena jadi backup driver. Kalau saya yg memandu, saya harus sampai rumah sebelum mlm menjelang krn mata saya tak tahan memandu mlm.

Dan juga sbnrnya saya teringin nak singgah di Tanjung Jara. Antara tempat yg dah lama saya ingin pergi. Malangnya ia bukan open beach, so tak jadilah. Next time kalau ada rezeki nak berehat di Tanjung Jara Resort pula...

We ended up di Pantai Teluk. Oleh kerana saya yg memandu (Pa tidur), entah Teluk Bidara mana saya tuju. Tapi tak kisahlah, asal ada perkataan Teluk Bidara ya tak? Janji saya dapat tengok tempat itu.



Sampai di RnR  Gambang, saya tidur sekejap ketika Papa & Abby pergi segarkan tekak. Terjaga bila Pa kejutkan & kata, "Creative jual buku dgn diskaun 50% tu. Nak tak?"

Erk?! Gila tak nak? Tapi sbb saya tahu kami dah spend agak byk bulan ini, maka saya dgn baik hatinya jawab, "Err... tak apalah Pa, lain kali lah kot..."

Tapi Pa pula yg lebih-lebih, "Eh, diskaun sampai 50% tu, betul ke tak nak ni?"

Hish, ni ikhlas ke perli? "Alah, buku-buku lama kot tu... tak yah lah..."

"Manalah tahu ada buku2 lama yg awak cari tu ke... jomlah tengok..."

Hish, rezeki jgn ditolak! Mulanya niat nak jamu mata je. Bila dah nampak ada buku2 lama Nass Alina Noah (NAN), yg sememangnya saya dah simpan impian nak buat koleksi, berpinar jadinya.

Buku2 ini cuma diberi diskaun 20% je. Yg diskaun 50% tu saya kurang kemahuan. Akhirnya inilah hasil 'candat' saya yg sebenar dlm ekspedisi ini... hu hu... thank you Papa!


Tgh mlm tu setelah hampir 12 jam lebih dlm kereta di perjalanan, kami sampai ke rumah selepas hantar Ibu balik ke Kundang. Alhamdulillah...

What delayed us? Ni lah fasalnya. Jln yg jammed gila! Aduhai... semua pergi jumpa Sutun juga ke ni?

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS