Tuesday, May 29, 2012

BIRI-BIRI & HARIMAU?

Sejak saya pakai tudung, saya hanya pakai tudung warna hitam. Kalau warna lain cuma biru, kuning dan putih masa sekolah. Pergi kerja pun saya hanya pakai tudung warna hitam juga. Bukan tidak ada yang kutuk @ beri motivasi @ nasihat supaya berubah. Tapi tiap kali saya cuba sarung tudung selain yang warna hitam, rasa macam Tarzan pulak... tak tau lah kenapa...

Maka, saya pun jadi kalis kutuk @ nasihat @ motivasi walaupun Ibu pernah cakap dulu, "Kalau asyik pakai tudung hitam macam ni, nanti tak ada orang lelaki boleh nampak awak tau! Macam mana nak cari boyfriend macam ni?" 

Masa itu saya fikir, kalau nak ada boyfriend atau suami biarlah dia nampak dan terima saya seadanya (buruk atau elok). Bukan sebab warna tudung saya etc etc etc... lagipun jodoh tu kerja Tuhan kan... 

Bila dah kahwin, puas jugalah suami saya itu pujuk. Dia kata saya perlu berubah. Lagipun setiap warna itu ada auranya tersendiri kepada diri manusia. Maka dia himpun segala bentuk tudung dan selendang dengan variasi warna.

Gulp! Telan liur juga nak memulakan fasa penghijrahan warna dan pattern. Tapi pun dah namanya manusia ketegaq, berubahnya cuma sekali sekala. Pakai tudung berwarna bila hari raya, dan bila ada keperluan yang mendesak. Kemudian tu saya balik ke asal.

Ipar duai, biras beras, sepupu sepapat pun semuanya jenis orang cantik molek dan pandai bergaya. Tauke tudung pun ada! Sepatutnya boleh jadi pemangkin. Tapi manusia spesis saya ni memang payah sikit... sebabnya saya rasa saya okay sahaja menjadi diri saya. Ke ada yang sakit mata tengok warna tudung saya yang hitam tu? Hu hu...

Kebetulan weekend lepas, ada kawan tunjuk tudung jualannya. Katanya hendak kumpul duit nak balik kampung. Saya yang jenis cepat kasihan, tak sampai hati nak kata tak mahu. Tengok fesyen aduhai... macam pelik je nak pakai. Ambil jugalah sehelai dua. Most untuk anak dara Papa yang berdua tu dan harganya boleh tahan juga. Ya lah renda sana sini.... Saya punya tetap ada basic hitam dan harganya mesti tak lebih dari RM15 je lepas diskaun.

Ada sehelai tudung saya beli, ingat nak beri kepada Ibu. Warnanya putih. Waktu saya bawa balik Ahad lepas dan tunjukkan kepada Ibu, sakan saya kena gelak dengan diorang ni semua.... cit!

Mereka kata, ada ke saya nak suruh Ibu pakai tudung kambing biri-biri! Heh?


Lepas tu, mereka gelakkan tudung yang saya pakai ni... mereka kata macam harimau... erk?


Wa wa wa! Diorang ni jugak yang dulu bising suruh saya berubah dan pakai yang bervariasi. La ni bila saya nak buat perubahan sikit, sibuk pula gelakkan saya. Terbantut tau...

Ni sebenarnya siapa yang tak bervariasi? Saya ke mereka?Alahai, Ibu dan adik-adik saya tu pun sebenarnya satu perangai je dengan saya, konvensional! Diorang tu pun tahunya pakai tudung bawal je dulu sampai sekarang. Bezanya tudung bawal diorang tu banyak warna je, cit! Baiklah juga saya ni yang kununnya pandai pakai tudung ala-ala tudung Ikin dan tudung Hajra tu (versi cetak rompak)... 

Tak apalah, yang penting suami saya suka.. kan Pa..? kan Pa...? (ke awak terpaksa suka tanpa rela sebab duit dah keluar bayar tudung tu? hu hu...)

So, quotes of the day...


"Nobody, nobody but me... nobody, nobody but me..."
- RAN -





Monday, May 28, 2012

Pemberian

Adik bongsu saya Dik Sah yang berkhidmat di Jeddah, UAE pulang ke tanahair untuk cuti selama 40 hari. Kami plan ingin menjemputnya di KLIA Sabtu lalu, tetapi kesibukan sangat menggesa hidup. Rupa-rupanya dia sudah selamat di M'sia sejak Khamis lalu lagi tanpa sesiapun tahu kecuali suaminya.

Namun Dik Sah tidak terus ke rumah ibu atau mertuanya. Oleh kerana mereka belum punya rumah sendiri, maka dia bersama suami dan anak-anaknya bermalam di hotel. Tujuannya untuk menjalin mesra dengan anak-anak. Khuatir d'kids sudah tidak ingatkan dia lagi. Sewaktu di airport, Dik Sah kata dia sengaja tidak tegur anak-anaknya untuk lihat samada si Mimin (anak sulung yang berumur 3 tahun) masih ingat kepadanya atau tidak.

Mimin cebik-cebik muka sedihnya. Dia confused! Dia rasa itu Mamanya (Dik Sah). Tapi sejak setahun lepas dia hanya berhubung dengan Mamanya setiap hari melalui Skype, tak pernah keluar-keluar dari skrin komputer atau tidak dapat dia sentuh hingga dia marah dan pernah ketuk skrin. Tapi kali ini dia nampak Mama dia. Live! Tapi kenapa Mama tak terus dapatkan dia? Sedih pula hati saya mendengarnya...

Dik Sah kata mahu gunakan sebaik masa untuk bersama anak-anak. Ya lah... dia kuat lagi kerana sanggup kerja jauh-jauh dan terpaksa tinggalkan anak. Kalau saya, nak pi kursus seminggu pun dah terkulat-kulat, fikirkan anak-anak. Haish...

Jadinya, Ahad semalam kami semua ke Lenggeng menziarah kakak dan abang ipar Ibu yang sudah semakin uzur. Lunch sudah disediakan. Saya tidak fikir mak cik yang masak kerana beliau sudah agak uzur. Walaupun perut agak lapar, selera tetap tertahan kerana saya fikir pembantu rumahnya yang masak. Tetapi bila Cik Yah kata, "Eh, acik yang masak sendiri tau! Dia tolong-tolong tengokkan je...", apa lagi habis juga sepinggan saya makan. Hu hu...

Kemudian petangnya, kami gathered lagi. Plan hendak makan steamboat di de'Manggis tapi tidak buat reservation kerana plan ini pun last minute maka semua meja dah fully-booked. Maka redha sahajalah makan steamboat di kedai sebelahnya walaupun agak kurang serba-serbi berbanding de'Manggis yang pernah kami experienced keistimewaannya.

Alhamdulillah, walaupun kedai itu pada mata saya ini kurang serba-serbi tapi kenyang juga perut kami. Tak baik kan... kita manusia ini sentiasa mahu yang cantik, yang baik dan yang grand segala-gala. Kalau yang kurang tu... buruk ke, kurang grand ke kita tak mahu kan? Padahal tidak semua yang elok itu baik dan juga vice versa. RAN, belajarlah untuk istiqamah dan redha dengan ketentuan Tuhan ye... insya-Allah...



Dik Sah memang dilahirkan sebagai seorang yang pemurah. Walaupun sudah saya pesan tidak mahu apa-apapun buah tangan dari sana kerana memikirkan dia yang bersusah payah kerja di rantau orang untuk cari rezeki hingga berpisah dengan anak dan suami, tetapi tetap juga kami semua diberikan serba sedikit pemberian dari Jeddah.

Dik Sah akan kembali semula ke Jeddah pada 3 Julai nanti. Tidak akan sempat meraikan Aidilfitri bersama kami di sini. Dan berkemungkinan besar juga suami dan anak-anaknya yang akan berangkat untuk beraya bersamanya di Jeddah tahun ini. Wa... sedihnya saya tak dapat raya dengan Mimin dan Fafa nanti...

Apapun, terima kasih sangat Dik Sah untuk semua pemberian ini.  Bukan barang yang memberi kesan, tetapi ingatan dan kasih sayang yang akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga 14 bulan tempoh perkhidmatan yang akan Dik Sah lalui lagi selepas cuti ini akan segera tamat dengan segala keselamatan dan kerahmatan. Dan kita akan hidup bersama-sama di tanah tumpah darah kita ini, happily ever after ya... Along sayang Dik Sah! You will forever be my sweet little sister...

Alhamdulillah ada air zam-zam, buah tin dan buah tamar,
Dik Sah juga belikan baju...
tapi yg tak boleh tahan tu dia ingat kakaknya ini masih pakai saiz M!
Wa wa wa!!!

You don't choose your family.
They are God's gift to you, as you are to them.
(Desmond Tutu)

Friday, May 25, 2012

Tangan Kanan & Warna


At last... hari ini hari Jumaat...  esok dan lusa boleh berehat...?? Sepanjang minggu ini terasa sangat lelah dengan tugas di pejabat.  Penat sangat... sangat... sangat... sangat... letak kepala atas bantal je terus hilang ikut Alice... Tapi badan tetap tak kurus-kurus juga... 

Minggu depan... we gonna have an 'XPDC' to KT... it should be an enjoyable moment.. tapi mengenangkan cuti yang dapat dipohon cuma sehari kerana tugas hakiki saya tiada siapa yang mampu untuk backup lebih dari satu hari... ya lah, masing -masing ada tugas sendiri... tak baik juga saya hendak susahkan orang lain tambahan pula dalam situasi jabatan kami yang shorthanded sekarang ini... aduhai... it's gonna be hectic weekend...

Minggu ini memang minggu kerja pejabat... sedaya upaya saya cuba utilize setiap waktu pejabat untuk menyelesaikan segala urusan. Everything should be done sebelum saya bercuti Jumaat depan... hmm... cutinya cuma sehari, tetapi gamatnya nak selesaikan kerja macam nak cuti sebulan ek...
bilalah nak ada masa untuk settlekan MDH ni... ? wa sedihnya... semua aktiviti diri asyik terbantut...

Tadi ada satu peristiwa yang berlaku... ia tidak signifikan mungkin... tetapi ia buat saya terfikir... bukankah dikatakan perbuatan, bantuan atau ihsan yang paling baik itu adalah sesuatu yang 'jika dibuat oleh tangan kanan, tak akan mampu diketahui walaupun oleh tangan kiri'... tapi kebanyakan orang sekarang suka announce dan pronounce apa yang mereka nak buat...  atau sebenarnya mungkin mereka tak berniat....?

Bagi saya kalau nak buat sesuatu ihsan yang baik dan boleh memberi kita saham pahala, buat sahajalah diam-diam. Tak perlu rasanya hendak tanya atau komen  begitu begini... kalaupun kita tidak berniat, takut orang lain yang mendengar akan bersalah anggapan. Kasihan pula orang itu buat dosa kering disebabkan kita yang nak buat pahala ni kan...?

These 2 boys dah asyik ulang mengacau saya, "Ummi, saya nak susu..." & "Ummi, saya tak boleh tidurlah... saya nak tidur dengan Ummi..."

The most polite ways to say, "Ummi, please stop lah... come to bed with us now!"

Hmm... baik! Before we go to bed, just to put the sweetest smile on our lips ya...

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda ?"
Ena : " Surat warna Hijau Muda itu bererti " Aku Cinta Padamu "
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "Itu melambangkan Suasana Pilu "
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : " Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: " Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : " Kalau Merah Jambu ?"
Ena: " Sedang Jatuh Cinta "
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : " Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon!!!! Lagi mahu tanya ka?



Wednesday, May 16, 2012

Egg Whites... Who Knew?

Pepatah Melayu mengatakan, Malang Tidak Berbau...

Belum berapa lama berlalu, seorang saudara kami (Cik Has dan keluarga) ditimpa musibah kebakaran kediaman dan harta benda di Sabak Bernam. Syukur tiada jiwa yang terkorban. I purposely tidak mahu berkongsi tentangnya, kerana saya memang agak penakut dengan hal-hal begini.

Hari ini ada seorang teman lama (Yoges) mengirimkan email. Ia berguna walaupun nau'uzubillah... minta dijauhkan dan semoga kita semua dilindungi. But something good is supposedly to be shared. Moga-moga ia bermanfaat bila tiba waktu dan ketikanya kepada orang-orang tertentu... juga untuk pengetahuan diri saya sendiri.

Well worth keeping... Yet I PRAY you never have a need for it...
BURNS...

A young man sprinkling his lawn and bushes with pesticides wanted to check the contents of the barrel to see how much pesticide remained in it.

He raised the cover and lit his lighter; the vapors ignited and engulfed him. He jumped from his truck, screaming. His neighbour came out of her house with a dozen eggs and a bowl yelling: "bring me some more eggs!"

She broke them, separating the whites from the yolks. The neighbour woman helped her to apply the whites onto the young man's face.

When the ambulance arrived and the EMTs saw the young man, they asked who had done this. Everyone pointed to the lady in charge.

They congratulated her and said: "You have saved his face."

By the end of the summer, the young man brought the lady a bouquet of roses to thank her. His face was like a baby's skin.

A Healing Miracle for Burns:


Keep in mind this treatment of burns is being included in teaching beginner fireman. First Aid consists of first spraying cold water on the affected area until the heat is reduced which stops the continued burning of all layers of the skin. Then, spread the egg whites onto the affected area.

One woman burned a large part of her hand with boiling water. In spite of the pain, she ran cold faucet water on her hand, separated 2 egg whites from the yolks, beat them slightly and dipped her hand in the solution. The whites then dried and formed a protective layer.

She later learned that the egg white is a natural collagen and continued during at least one hour to apply layer upon layer of beaten egg white. By afternoon she no longer felt any pain and the next day there was hardly a trace of the burn. 10 days later, no trace was left at all and her skin had regained its normal color. The burned area was totally regenerated thanks to the collagen in the egg whites, a placenta full of vitamins.

Tuesday, May 15, 2012

Cute!

It's a cute email from a friend in 2008... hu hu..


We are the type of B and O...
and it is hmm... well.. kind of No and Yes...

Sunday, May 13, 2012

Potential Photographer To Be?

Dia menyertai kelab Fotografi di sekolah. Kalau dah namanya fotografi kenalah ada kamera ye tak? Beli kamera? Hmm.... dua beranak itu dok survey 2nd hand camera di internet. Saya kata daripada 2nd hand yang harganya lebih kurang macam yang baru, lebih baiklah kumpul duit beli kamera yang baru.

Katanya kawan-kawan di sekolah guna DSLR. Saya telan liur. Amboilah... setakat joint kelab fotografi tingkatan satu pun nak kena guna DSLR? Aduhai... 

Oleh kerana Papa Nasir pun sebenarnya dah lama simpan angan-angan to have one, saya pun tak terkata apa. Hmm... orang lelaki ini banyak juga ye kehendaknya hu hu... saya juga yang tak pernah mahu apa-apa...

We went to Digital Mall today's afternoon but since the two boys asleep, jadinya hanya Papa and the girls sahaja yang pergi cari kamera. Saya duduk di dalam kereta membaca buku cerita Kuntum Cinta Di Taman Syurga sampai habis.

They ended up with a complete set of  DSLR. Wajah Papa Nasir kelat-kelat manis, almaklum bila wallet dah kopak sikit ye tak... dia sudah berseri-seri senyumnya. Tetapi si Tembun pula yang muncungnya sedepa. Tu pastilah ada jealousy kerana kakak dibelikan kamera.

Papanya berkata, "Tak payah nak merajuk, kamera tu Papa yang punya, bukan dia. Dia cuma pinjam bila ada keperluan untuk belajar je..."

Dan pesan saya cuma satu, "Handle with care. It is not RM2.30 or RM230.... bukan sebarang tangan yang boleh operatenya ya... jauhkan dari Didik dan Babang. Abby pun tak boleh... nanti kang jadi tikus membaiki labu pulak."

Rupa-rupanya budak-budak ni tidak tahu makna tikus membaiki labu. Hai... budak-budak sekarang. Jadinya selepas balik dari makan di Pizza Hut (untuk kurangkan muncung si Tembun), dia pun dok menggoogle mencari makna perumpamaan itu.

"Hah, dah dapat Mi maksud tikus membaiki labu. Maknanya hendak membaiki barang yang tidak diketahui caranya, akhirnya semakin rosak."

Hu hu... apalah kaitannya dengan kamera tu. Tak apalah... at least she get a knowledge today...

Dia kata, "Ummi, boleh buat video tau guna kamera ni..."

Hah! Teringat kat MatLuthi90, pagi ni tadi keluar di Nasi Lemak Kopi O. Best juga kalau anak-anak kami boleh produce such good things kan? 

Bila tengok dia sibuk menggayakan DSLRnya, teringat pada novelis Suri Ryana yang suaminya bertugas sebagai photographer. They moved to and fro many places due to her husband task. 

Seronok juga kan kalau jadi photographer? Boleh berjalan ke merata pelusuk dan dapat melihat pemandangan-pemandangan yang menakjubkan, pengalaman yang menarik... hmm... saya pulak yang tolong berangan untuk anak-anak.

Ya lah... ibubapa mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya besar dengan masa depan yang cemerlang dan gemilang.

Dan manalah tahu antara anak-anak kami ni ada yang punya potensi untuk produce filem untuk Ummi mereka ni hu hu... berangan lagi saya! Seorang handle camera, seorang handle production, seorang handle casting, seorang handle... bla bla bla.... dan saya? Tentulah jadi pengarah... hmm.... tengah imagine....

Fotografi ye juga... nak jadi photographer pun tak salah. Yang penting, pelajaran harus diutamakan. Dah ada sijil tertinggi akademik kelak, nak jadi apapun boleh... jangan leka!

hu hu gambar selingan... saya dapat hadiah Hari Ibu  dari si Tembun
Thank you dear...
Mana-mana ibu tidak perlu hadiah, cukup jika anak-anak
jadi soleh/ah, berbakti dan berguna...
Budak-budak ni kata saya nampak lain...
mana tak lainnya kalau berat dah nak cecah 75kg!
wa wa wa!!!!

SLE dan Stanza Cinta

Saya dah habis baca novel Islamik tulisan Nurull Hallawati bertajuk Stanza Cinta setebal 406 halaman sewaktu menunggu kaum keluarga Yayasan Keluarga Haji Yunus minum-minum setelah aktiviti futsal dan badminton bulanan di Triways, Shah Alam malam semalam. 

Alkisah buku ini dibeli dalam KLIBF tahun lepas kerana Papa Nasir beria-ia suruh beli. Awat tiba-tiba dia berkenan sesangat dengan buku Stanza Cinta ni pun saya kurang periksa.

Ayong bertanya, "Best tak Mi novel tu? Mana lagi best, novel ke cerita Stanza Cinta kat TV tu?"

Oh? Ada ka cerita Stanza Cinta kat TV? Hmm... godek sekejap di youtube... tengok sedikit beberapa episod. Semua nama watak sama seperti novel, cuma story flow dikembangkan lebih banyak dari yang terdapat dalam novel dan ada beberapa yang di'improvise'. Haruslah begitu kalau untuk tujuan komersial. Hmm... mesti ramai yang dah menonton Stanza Cinta kan... saya sahaja yang ketinggalan....


Hmm... jam 1 pagi habis membacanya di dalam kereta dengan deraian air mata. Sad ending.... sangat menyentuh hati saya ini.

Wa... saya sedih.... sedih sebab saya fikir susahnya hendak jadi Amni Sorfina... susahnya hendak jadi begitu tawakal, ikhlas dan redha... tapi ia tak akan susah kalau kita kenal diri kita dan Pencipta kita sebenarnya.

Awal cerita ini saya agak lambat melalukan pembacaan kerana naratifnya yang bercerita dari sudut 'saya'. Penceritaan yang direct umpama seorang 'saya' sedang membaca kembali diarinya. Tetapi menjelang pertengahan saya mula memahami mengapa penceritaan awalnya begitu. Itulah penerapan moral of d whole story.. it is indeed about Stanza Cinta.

Stanza bermaksup rangkap atau bait. Ia tentang bait cinta... dalam mengadun perasaan cinta sesama manusia, the main hidden agendanya adalah untuk melihat sejauh mana cinta itu boleh menyasarkan manusia dari cinta abadi kepada Allah. 

Saya terkedu seketika saat membaca (saya tak ingat di bab atau halaman mana), lebih kurang maksudnya bila Amni Sorfina mengadu kepada Tuhan kerana dia sering diduga dalam perjalanan cintanya. Akhirnya dia sedar dan berkata kepada Tuhan meminta agar hatinya dikuatkan untuk redha dan ikhlas menerima jalan hidup sebagaimana ketentuan dan kehendak Tuhan kerana Dia lebih tahu baik-buruk atau tujuan untuk masa depan, bukan sebagaimana kehendak dirinya sendiri. 

Dan saya terkedu bila membaca tentang Irfan yang menghidap SLE -Systemic Lupus Erythematosus kerana beberapa waktu yang lepas seorang pelajar perempuan UiTM telah meninggal dunia kerana penyakit ini.

SLE merupakan sejenis penyakit kronik auto-imun di mana tubuh pesakit menghasilkan antibodi jahat yang akan memusnahkan sel badannya sendiri lalu menjejaskan organ-organ penting tubuh badan seperti buah pinggang, jantung, hati dan limpa. It's fatal dan sehingga kini belum ada ubat untuknya.

Puncanya? Punca SLE belum diketahui...

Lupus bermaksud serigala dalam bahasa Latin dan erythematosus bermaksud ruam merah.

Terdapat 2 jenis penyakit Lupus iaitu Discoid Lupus Erythematosus (DLE) yang hanya melibatkan kulit dan jarang merebak kepada organ lain. Satu lagi ialah SLE yang boleh merebak dan menjejaskan fungsi organ utama yang lain dan boleh mengakibatkan kematian.

SLE lebih banyak dihidapi (90%) wanita berbanding lelaki dan kanak-kanak.

Aduhai... saya memang cepat trauma dengan penyakit...


"Dalam kita melangkah... 
terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. 
Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan 
renungilah kembali ke dalam diri. 
Mungkin air mata tika itu hadir kerana 
Dia mahu kita menjahit kembali 
sejadah iman yang kian terkoyak 
lantaran ada langkah yang tersasar daripada keikhlasan."

Hadiah Untuk Raja Sehari

Hari ini majlis resepsi perkahwinan kawan sekuliah Papa Nasir yang bernama Farah Nor Ferina di rumah orang tuanya di Sementa, Klang. Orangnya sangat cantik dan ada attitude. Kami tidak tahu hendak beli hadiah apa yang sesuai buat beliau dan suami... jadinya beri sahajalah naskhah Seandainya.

Di rumah pengantin, Papa Nasir bertemu beberapa orang temannya. Lama tak jumpa, banyaklah yang diborak dan menjadi bahan tawa mereka. 

Seorang teman Papa Nasir yang dipanggil Din kata mereka beli hadiah perkahwinan sebiji periuk untuk pengantin. Wah bagusnya! Kemudian dia bercerita lagi di dalam periuk itu mereka masukkan lima bungkus Maggie dan di luar bungkusan disertakan nota (lebih kurang ingatan saya) : "Jangan hanya lihat periuk tu, buka penutupnya dan tengok isi di dalamnya."

Hadiah periuk dengan bungkusan Maggie di dalamnya?

Dan lelaki-lelaki itu pun tertawa. Hai... saya dan isteri seorang teman Papa Nasir hanya turut tumpang tersenyum. Bagus sungguhlah pesanan dan motivasi teman-teman untuk pengantin. Mereka ini memang sangat akrab lelaki dan perempuan. Ada sekali dulu kami buat makan-makan di rumah selepas raya, sportingnya mereka semua datang right after they finished their class. Riuh dan meriah.

Kalau tak dibuat begitu, mungkin periuk jadi hiasan je... tapi kalau dah suruh lihat isi di dalam ada juga potensi untuk periuk digunakan ek? Naugthy friends! Can't imagine the bride's and groom's reaction when they open the gift.. mesti mereka pun tergelak agaknya... hu hu...

Selamat pengantin baru untuk Farah Nor Ferina (honestly saya sangat suka namanya, secantik cik puannya) dan Khairul Izwan. Semoga berbahagia menjalani kehidupan bersuami isteri dan dipertemukan Allah di Jannahnya.


Saturday, May 12, 2012

Lets matluthfi90

11052012 sebelum jam 12 malam tadi dah sampai rumah dari Banting. Kisahnya, sewaktu baca buku Stanza Cinta lepas Maghrib tiba-tiba terkata, "Pa, awat Ummi dok terbau-bau sate?"

Papa Nasir memang pantang dia kalau saya menyebut. Sat-sat tu suruh bersiap kami anak-beranak sebab dia nak bawa pi makan sate kat Banting (tempat favourite dia sebenarnya tu). Tapi tak ada gambar untuk dikongsi kerana makan tak ingat. Cuma yang saya trauma, minta sate perut dapat sate usus. Padan rasa lain macam. Kawan Papa Nasir si Bro Jojo kata itulah sate perut. Err... tak sama rasanya... rupanya orang sana panggil sate perut tu untuk sate usus. Yang saya panggil perut tu diorang panggil Babat. Awat pelik?

Balik ingat nak tidur kerana penat sangat. Tapi dok teringat si MKA (staf di pejabat) dok pesan lama dah, "Nanti bila akak free akak tengoklah kat youtube, matluthfi90 yang tajuk Lalang. Kelakar gila!"

Pi lah juga godek laptop. Tapi 7 minutes plus tu saya dok nganga tak tahu butir. Mana dia yang si MKA ni kata Lalang ni kelakar habis. Sebenarnya bagi saya yang memang bukan cut for politic ni tak akan fahamlah kalau hangpa pi buat lawak apapun pasal politik. 

MKA, sorrylah akak tak tahu nak gelak macam mana kat Lalang ni walaupun faham sikit lah juga moral of d story hu hu... it's worked on you, but not on me lah kot...

Pas tu dok tengok cerita lain dari matluthfi juga. Ha... yang ni memang saya gelak guling-guling sampai Papa Nasir pelik. Yang ni saya faham sangat-sangat lah.. ya lah.. orang kunun ada art skill  sikit heh heh... 

Betullah tu.. kekadang pun memang kerut kening juga kalau perhati dan tekuni... tapi dek kerana melodi yang mengasyikkan, lalukan ajelah... tapi bab Bruno Mars tu, macam pernah terbaca posting di FB tentang ada lirik lagunya yang menyentuh sensitiviti akidah? Atau saya salah?

Apa-apapun, sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu kita kena tahu dan memahaminya. Kadang pakai tiru, pakai ikut tanpa tahu baik buruk pun tak elok juga.

Let's share this that make me laugh before went to sleep...



To understand the heart and mind of a person, 
look not at what he has already achieved, 
but at what he aspires to.
- Kahlil Gibran - 


Wednesday, May 9, 2012

Malaikatku...

Buat tatapan IBU...
Terima kasih....

Suatu hari seorang bayi telah bersedia untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan, "Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya akan hidup di sana? Saya ini begitu kecil dan lemah..."

Lalu Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi, "Tetapi di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana."

"Bagaimana saya dapat mengerti di saat orang-orang di sana berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya."

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihat-Mu lagi..."

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu dapat kembali kepada-Ku. Kerana sesungguhnya Aku akan sentiasa berada di sisimu."

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat terdengar. Bayi bertanya lagi dengan perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu, IBU... "

Akan aku kenangi setiap detik akan kasih sayang dan pengorbananmu wahai ibu. Aku sentiasa punya hasrat untuk berbakti, berdoa dan mencintaimu sepanjang helaan nafasku. Sesungguhnya Ibulah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya buatku di dunia dan di akhirat. 

Untuk diriku sendiri yang juga dipanggil Ummi oleh anak-anakku, akan aku kenangi kisah ini saat diri hilang kesabaran dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.

Sesungguhnya Syurga setiap anak itu
ada di bawah telapak kaki setiap insan yang mereka panggil Ibu...
Happy Mother's Day

Saturday, May 5, 2012

2 Budak Botak

Pursuant to the barber project of my little young men... saya ingat hendak tunggu Papanya balik esok untuk pergi repair rambut mereka. Tadi memandang mereka seminit dua pun dah tak boleh tahan hati saya... nak tak nak angkut juga kedua-duanya ke kedai gunting lewat petang tadi.

"Ummi, kita nak pergi kedai gunting rambut ya?"
"Hmm..."
"Ummi tahu ke nak pergi kedai tu?"
"Insya-Allah..."
"Insya-Allah tu maksudnya tahu ke tak tahu?"

Hish, budak ni... dia tahu ke tidak hati saya masih panas ni? Saya kerling ke wajah innocent Babang. Didik sudah melompat-lompat di seat belakang. Budak-budak ni tak rasa bersalah langsung ke? Ish...

Kebetulan ada kereta di depan kami menunggu laluan simpang. Babang berkata, "Hmm... agaknya kereta tu boleh bawa kita ke kedai gunting. Ummi ikut keta tu lah..." Suka hati dia je!

Sampai di kedai gunting, saya ikut apa yang Papa Nasir bagi tahu, "Satu ye.." rasanya satu tu potongan paling pendek kot... si tukang gunting tu terkebil-kebil pandang Babang yang lebih ketara rambut putus fiusnya itu. Then tukang gunting geleng. Hah? Kalau satu tak boleh, berapa pulaknya? Gondol? Aduhai, saya memang allergic dengan benda-benda gondol ni...

Mi, Adik nak ambut cam ni!
Banyak cantik Adik!

Boleh pulak berlakon jadi Toyol!
Ended up as 2 budak botak! 

"To forgive is the highest, most beautiful form of love.
In return, you will receive untold peace and happiness." 
- Dr. Robert Muller -

Puteri Andalas : Dia Tidak Berdosa


As I've mentioned in earlier sharing, saya beli naskah ini slps jumpa doktor di DEMC. Beli & baca waktu diri dlm ranking mood yg paling lowest & syukur ia bantu pulihkan semangat saya sedikit sebanyak. 

Baca separuh sewaktu tunggu Pa tengah hari itu, malamnya sambung lagi hingga Babang & Didik protes. Mereka ini skrg makin cewek. Tidur pun hendak diulit-ulit, nak dipeluk-peluk & dicium-cium. Didik lagilah nak suruh nyanyikan dia. Selalu tak pun? Hmm... mereka mmg tak boleh nampak Ummi mereka ni buat kerja membaca ke menulis ke... jealous!

DTB selesai saya baca pagi tadi dlm masa kumulatif less than 24 hours. Ia merupakan novel terbaru dari Puteri Andalas. Terbitan Alaf  21... err... mcm bkn ketebalan standard Alaf 21 je... selalunya buku-buku Alaf 21 tak melebihi range 400+ ms, tapi DTB agak tebal - 629 ms.

Sebuah novel bergenrekan motivasi hidup & moral Islam yg melalui timeline dari tahun 1975 sehingga 2011. Bila membacanya buat saya terkenang buku favourite saya The Great Alone krn story flow DBT  melibatkan bbrp generasi.

Hmm... saya suka DBT krna ia ada cerita yg unik & menarik. Tetapi utk standard Alaf 21, ceritanya memang akan selalu ringkas & padat. Pd saya DBT delivered dlm style straight and forward. Ada misteri sedikit, tetapi jawapannya ada along the way of the story. Pembaca tidak perlu fikir berat @ tunggu lama utk tahu kenapa, mengapa. Dan saya juga memang jenis pembaca yg selalu dah tahu cerita itu bagaimana hu hu... perasan sedikit tapi it's truly true. Rasanya belum ada ending buku cerita yg saya surprise so far... mungkin dah peraturan penerbit @ memang ceritanya begitu hu hu...

Cerita ini tentang kehidupan seorang wanita bernama Kay @ Karen Keh Pik Yip @ Siti Khadijah @ Nur Khalidah, berdarah kacukan China & Siam. Anak angkat sebuah keluarga China. Mendapat hidayah utk melalui kehidupan sbgi seorang Muslimah walaupun keluarganya membantah keras & membuangnya. 

Dinikahi seorang pemuda Melayu yg budiman bernama Khalid Adlin walaupun ibu lelaki ini ada pengalaman buruk dgn orang-orang sebangsa Kay. Err.. teringat pada mak Wan Zaharris dlm buku saya si Seandainya hu hu...

Kay digambarkan sebagai seorang wanita yg sgt baik hati & suka membantu orang. Sangat mencintai ibunya walaupun ibunya dah tak anggapnya anak krn Kay convert & berkahwin dgn pemuda Islam.

The story goes & saya dpt rasakan setiap satu scene & setiap watak akan ada perkaitan krn saya membacanya the way kalau saya menulisnya hu hu. Kehidupan Kay slps berkahwin lebih byk rintangan & permasalahan yg misteri. Atas sebab2 tertentu Kay terpaksa melaluinya sendirian tanpa berkongsi dgn sesiapa hatta suaminya. This lead to salah faham & its become the peak of the story bila jiwanya terkorban. Saya sedih bila kenang semula scene ini... apatah lagi bila Pa tak bersama saya  2-3 hari ini wa wa wa... Ni kalau Siti Rosmizah menulis, mesti double tebal dari 7 Hari Mencintaiku krn DBT kalau ditulis detail memang akan jadi lebih tebal.

And it goes sehingga generasi seterusnya bila misteri kehidupan & kematian Kay yg dipendamkan oleh suami serta adik angkat cum ibu tiri anaknya bangkit menghantui kehidupan keluarga Kay. It's where & when all the questions answered. 

Mungkin Puteri Andalas tak mahu beratkan fikiran pembaca & bukan tujuannya utk menulis DTB sbgi heavy thriller, sbb itu jawapan & penyelesaian kpd misteri sgt mudah diperolehi & ia berulang kali. Tapi kan... kalau ia ditulis dlm true Islamic thriller mesti lagi best!

Saya tak pandai beri bintang. Siapalah saya nak beri bintang. Tapi DBT adalah bahan bacaan yg sesuai dibaca utk semua peringkat umur (kecuali umur Didik & Babang. Babang boleh baca tajuknya wa bagus!). Byk moral & cabaran hidup serta pengisian Islamik yg sangat2 boleh dimanfaatkan.

Cut it short, saya sukakannya... kalau tak masakan saya boleh khatam less than 24 hours kan... hu hu...

Papa! Tengok Anak Jantan Awak!!!!

Eeeeee! 

Baru rasa down kelmarin reda... hari ni kesihatan okay sikit berbanding semalam dan kelmarin. So, pagi tadi setelah tamat membaca Dia Tidak Berdosa (Puteri Andalas) saya masak. Kemudian duduk depan lappy untuk buat kerja sebab Papa and the girls balik kampung. Tinggal saya dan si bujang berdua sahaja di rumah kerana kesihatan tidak mengizinkan saya untuk ikut pulang. I am warded in the house!

Sedang very deep in MH yang telah saya tukar tajuknya (lagi?) kepada Menunggu Daisy Hati (MDH), Babang datang berkali-kali suruh garu belakangnya. Katanya gatal... dengan mata tidak berkalih dari lappy, saya garu juga belakangnya.

Kemudian dia datang lagi dan bertanya, "Ummi, cantik tak?"

Saya toleh. Nafas berhenti. Pandang Didik pula. Gelap mata saya.

Babang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!   Didik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Boleh dia buat projek barber kat tempat tersorok ni? Patut aman sekejap tadi...
Ummi! Adik yang buat saya!
Bertambah panas hati bila tengok rambut belakang pun jadi juga!
Si kecik ni memang tak makan saman!
Ummi dah jerit-jerit gaya tarzan perempuan, dia boleh sengih dan gelak-gelak kata,
"Antik kan Ummi? Antik kan? Adik andai kan?"
Ya Allah hai...  saya dah hilang mood hari ni nak menulis. Sakit jiwa je tengok kepala budak berdua ni. 

Papa!!! Tengoklah anak-anak jantan awak ni!!!!!!! Wa wa wa!!! Saya tension sekejap boleh tak?

Papa, esok lepas hilang mengantuk mancing, baliklah segera bawa anak-anak jantan awak pi repair rambut diorang. Lepas tu suh diorang tengok betul-betul tukang gunting rambut tu gunting cemana, kot lah kalau nak buat projek lagi lepas ni.  

Saya takut semput saya datang balik ni tengok kepala gonjeng macam orang putus fius je budak-budak ni... hu hu wa wa sob sob!! Papa, you know what? This is among the reason why I always missing you whenever you are not around hu hu...   

Friday, May 4, 2012

Biarlah Adik Pergi...

"Dah pergi hospital?" Bik Imah bertanya saya semalam sewaktu fetch Didik & Babang selepas bangun dari tidur mabuk ubat.

"Dah..."
"Doktor cakap apa?"
"Doktor suruh warded... sakit jiwalah Bik.. penat dah hidup macam ni. Dah tak larat nak lalu hidup asyik sakit je macam ni..." itu luahan saya kepada ibu saudara Papa Nasir itu.

Bibik ketawa kecil, "Hai, sorang lagi dah tak larat nak hidup pulak dah..."

Kerut kening. Tak faham...

Dalam sharing ini, saya ada cerita tentang anaknya si Ilan yang terbuka hijab sehingga boleh melihat ke alam ghaib dan makhluk-makhluk halus. Oleh kerana gangguan itu sukar untuk dipulihkan, beberapa minggu lepas Paman dan Bibik tukarkan Ilan ke sekolah baru dengan harapan tiada lagi yang akan mengganggunya.

Malangnya selepas beberapa hari, jadi lagi. Dia nampak pula makhluk halus di sekolah itu. Sudahlah dia tak boleh pergi sekolah juga. Sampai di pintu pagar dia pengsan, atau masuk kelas dia terus lari keluar. Masalah lagi...

Sudah dibawa berubat dengan beberapa orang yang arif, namun situasi masih sama. Mendengar cerita Bik Imah, dah terasa seperti menonton cerita seram pulak.

Suatu hari balik ke rumah dari sekolah, si Ilan berperangai pelik. Sampai muka pintu terus campak beg lalu berbaring di sofa menonton TV. Ibunya yang mundar-mandir ke dapur dia renung semacam sehingga Bik Imah rasa gerun pula. Tanpa fasal, dia jerkah kepada ibunya, "Diamlah! Bising je!"

Hmm.. bila Bik Imah tegur, semakin marah si Ilan. Siap boleh kata, "Bising aje! Orang bukan nak buat apapun, orang cuma nak berkawan je dengan Muhammad Idlan ni! Itupun tak boleh..."

Ish, dah tentu-tentulah something is wrong. Orang panggil apa tu... rasukan? Bila Bik Imah dan Paman bacakan ayat-ayat suci, mulalah Ilan menggelepar dan kemudian lemah, "Ibu... Ibu..." panggilnya.

"Adik penat... adik dah tak larat nak hidup lagi... biarlah adik pergi..."

Bergenang air mata saya...

Saya suarakan kepada Bik Imah, kalau dalam waktu sukar begini mengasuh anak-anak saya menambah rumit, saya rela beralah. Saya ingin beri Bik Imah waktu untuk bertenang dan menyelesaikan masalah anaknya.

Tapi Bik Imah pula sebaliknya, "Tak apalah... Baby (Didik) pun faham. Kalau Ilan sedang meracau-racau tu, dia buat selamba je, dia pandang je sekejap lepas tu main dan buat hal dia. Lagipun, ada baby ni adalah juga yang jadi penawar hati Bibik. Kalau tak ada Baby tak tahulah apa lagi yang Bibik fikir..."

Kasihan Bik Imah... Ilan sudah lama tidak dapat ke sekolah kebangsaan. Hanya di sekolah agama sahaja dia tidak diganggu. Pelik sungguhlah... tapi tak apa... setiap sesuatu itu pasti ada hikmah dan penawarnya. Insya-Allah... kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Bik Imah sekeluarga...

********************************************************************************

Macam-macam Didik : Di kedai sewaktu membeli sayur...

Didik   : Adik nak eli ejen Mi.
Ummi  : Okay, ambil dalam freezer sana tu.
Didik   : (pergi ambil vitagen di freezer)
Ummi  : Eh Dik, ambil satu (ada 5 botol vitagen dalamnya) je dahlah...
Didik   : Nak ua...
Ummi  : Kenapa nak beli sampai dua ni?
Didik   : Atu tuk adik, atu tuk abang!
Ummi  : Oh? Habis tu kakak tak ada?
Didik   :  (Dengan selambanya membawa vitagen ke kaunter) Kakak tak ayah!

Didik lebih kedekut dan kadang-kadang lebih pemurah berbanding orang lain. Kalau kedekutnya datang, jangan orang lain atau kakak abangnya yang minta, Ummi dan Papa pun belum tentu dia beri. Hari itu Papa Nasir ambil juga Pringlesnya dan terus dimasukkan ke dalam mulut.

Apa lagi... Didik suruh Papa Nasir buka mulut. Dia korek juga keluarkan Pringles tu dari dalam mulut Papanya. Masya-Allah Dik.... tolonglah...

Thursday, May 3, 2012

Aku Tidak Berdosa?

Dah 2-3 hari rasa tak sedap badan tapi saya diamkan & gagahkan. Mlm kelmarin pula dah mula tidur bantal tinggi semula. Pa dah suspect kerana dia dengar saya wheezing. 

Demi kebaikan diri sendiri & semua orang di sekeliling, saya insist mahu pergi jumpa Doc. Dan macam biasa...

"Hmm... kena balik dah... ni kena warded. Your athma tend to be severe..."

Aduhai, penatlah... penat sangat-sangat dgn hal sakit & warded ni. 

Dan seperti biasa bila saya reluctance, Dr Noraziah dah tak boleh senyum. Beliau cuma berkata, "Saya tak akan suruh awak warded kalau saya rasa ia tak perlu. Tapi, terpulanglah... nanti kalau apa-apa immediately datang ya..."

Baiklah... dan saya diberi MC 2 hari serta dibekalkan sgl ubat yg perlu kecuali yg jenis-jenis stereoid ja krn ubat itu hanya boleh diberi di wad. Melayang 5 keping not seratus hari ini. Kalau perempuan lain mahal maintenance aksesori & kecantikan diri. Saya pula mahal maintenance nyawa hu hu...

Saya ni tak boleh diinsuranskan, maka semua kos kena tanggung sendiri. Pernah kata dgn Pa saya hanya mahu proceed di government hospital ja, tapi Pa kata, "Mahal macam manapun abang tak kisah. Duit boleh cari... abang cuma nak yg terbaik utk isteri abang..."

Nasib baik Pa & anak2 mmg insurance covered, jadinya taklah kritikal sgt kos perubatan kami...

Sbnrnya saya memang agak down hari ini. Punyalah menjaga diri... serik dah holiday rally yg paling panjang dlm sejarah hidup saya. Sewaktu berkursus di Kg Gajah bulan lepas pun saya berjaya jaga diri. Walaupun kiri kanan depan belakang saya semua dah batuk, selsema, demam bagai, tapi saya bila mula rasa nak sakit tekak, terus telan bergelen-gelen air masak. Alhamdulillah, kebal juga.

Di pejabat pun, kebelakangan ini ramai staf yg batuk-batuk. Saya memang seriau lah... tapi masih menjaga diri. 

Alih-alih dapat juga athma attack padahal mcm tak ada punca & sebab-musabab je... tapi apalah yg hendak dipersoal kalau ia sudah ketentuan Tuhan kan.... tadi ternampak posting dari Raihan Zaffya. Barulah sejuk sedikit hati... 

Ya lah... saya memang tak sudah2 dpt ujian sakit. Penat, down, terdemotivasi, hilang semangat & macam2 dah rasa. Kdg tanya dgn Tuhan, kenapalah saya ini asyik sakit ja... byk sgt kot dosa saya? Ampunkan saya Tuhan kalau saya ini banyak merungut...

Sewaktu tunggu Pa balik rumah utk hantar Ayong ke sekolah sebelum fetch saya, saya masuk kedai kecil di DEMC. I ended up with this... sbbnya lepas jumpa doc, yang ada di fikiran saya cuma mati. Dan baca sinopsis buku ini pula pasal mati... teruk sungguh saya...



Saya memang suka penulisan Puteri Andalas... baru beli tengah hari tadi, sudah separuh dari 629 ms saya baca. Balas dendam sebab tak dapat spend di KLIBF kot.. hu hu...

Okay, masa untuk ambil ubat terakhir hari ini dan.. harus masuk tidur....



Demokrasi

Masih ramai yg memperkata tentang BERSIH 3.0. Mulanya tak ambil tahu sgt... I am not cut for politic anyway... All postings dlm FB tu ke, newspaper ke, berita TV ke... buat muka dinasour dan gajah je... Bila nak habis pasal BERSIH ni? 

Ramai atr kita, termasuk sy sendiri tak tahu perkara sbnr. Sy bkn police-story side bkn jg peserta BERSIH. Rasanya hanya mereka2 yg terlibat scr langsung dan tentulah ALLAH saja yg lebih mengerti. Dan rasanya lebih ramai yg atas pagar spt sy. Tak.. sy bkn atas pagar. Tp sy ada amanah dan tugas lain y lebih byk tak siap-siap...

Malaysia negara demokrasi... DUDUK BANTAH, alahai... Papa Nasir kata... larat manalah mrk nak bantah berjam-jam. Mrk cuma mahu praktis hak demokrasi. Nak jalan-jalan ukur jalan dan melihat panorama KL je... Tapi nak biarkan pun tak boleh juga... kena pantau dan kawal. Dah mmg itu tugas mrk yg bertanggungjawab...

Cerita psl org2 yg bertanggungjawab menjaga keamanan dan kuat kuasa undang2 ni... teringat pula satu cerita yg tak tahulah ia coincidence atau ketentuan Tuhan. Saya ini 'pelupa' pakai seat belt sms memandu. Sewaktu sarat mengandungkan Didik dan msh mengajar di kolej, Papa Nasir sll mrh, "Pakailah seat bealt... ia utk keselamatan. Bkn setakat nak takut kat polis je..." 

Sy mmg jenis yg selagi tak nampak nino-nino tu, tak adelah jawabnya. Bkn takut kat nino-nino, tapi malas nanti nak kena interview. Ada sekali tertahan dgn seorang abang polis dlm perjalanan ke kolej sewaktu road block.

Turunkan cermin kereta. "Minta lesen..."
Hush, nasib baik bawak. Selalu tu kadang lesen dah mati setengah tahun pun tak perasan.
Pandang muka sy dgn seriusnya, "Kenapa tak pasang seat belt?"

Saya pegang perut, "Cik, tak muat dah nak pasang seatbelt ni, sesak nafas perut saya ni... Ni pa ka nama, cik nak suh juga ka saya pasang seatbealt ni? Dekat ja pun, saya ngajar dekat ni je, sikit lagi nak sampai..." 

Dia pandang saya. Diam. Saya senyum. Serius, perut saya mmg dh besar. Sikit lagi nak sentuh stereng. 

"Sealtbealt ni untuk keselamatan... tapi nak buat macam mana kalau dah lagu tu. Tak apalah, kali ni saya lepaskan awak sebab awak mengandung... bawa kereta baik-baik."

Yup, nasihat yg baik. Saya akuinya. Bbrp bln slps selamat lahirkan Didik, dan perutpun dah tak sampai stering (even tak adalah kempis pun), saya masih dgn tabiat lama. Segan dgn seatbealt.

Sekali Tuhan nak bagi pelajaran, ditahan lagi dlm satu roadblock. Coincidence cik yg sama juga tahan saya! Ayo! 

"Hah, dah selamat dah bersalin?"
Sy yg sdg penuh mulut penuh karipap, angguk, tersengih-sengih.
"Kenapa tak pasang seatbealt?"
Telan karipap cepat2. "Minta maaflah Cik, saya nak cepat tadi, ada exam kat kolej. Ni pun tak sempat nak makan tengah hari lagi..."

Dia sengih. Buka buku nota... alamak! Padan muka aku!

"Seatbealt tu untuk keselamatan, pakailah... tapi tak apalah... oleh kerana awak ni cantik orangnya, maka saya lepaskan juga kali ni. Lain kali jangan buat lagi. Kalau saya terjumpa lagi..." ayat dia tak sudah da...
Heh?! Cantik ek? Kot lah.. hari tu sy pakai jubah baru warna purple, dan tudung ada kaler (selalu hitam je), pas tu baru guna pencuci muka baru kot hari tu hu hu...

Saya cerita dgn Papa dan kata, "Kalau jumpa lagi kali ketiga tak tau nak jadi apalah Pa.." Papa ketawa berdekah...

Hah, itu baru polis yg baik. Buat salah, bagi amaran slps meng'consider'kan beberapa faktor dan alasan. Lepas tu kalau degil, rotan je hu hu.Tak ramai manusia yang ada sifat pemaaf dan bertolak ansur ni...

Oh ya,  adventurous experience ttg BERSIH 3.0 boleh baca di sini. Kalau saya? Tak larat kot nak jadi reporter tajuk ni hu hu.


Tak ada polis pun tak boleh. Sat gi nak pi mana-mana tak berani. Dah tak aman... 

Police and thieft, one two jaga, 
police tak da, pencuri raya!

************

PAGEVIEWS