Adik bongsu saya Dik Sah yang berkhidmat di Jeddah, UAE pulang ke tanahair untuk cuti selama 40 hari. Kami plan ingin menjemputnya di KLIA Sabtu lalu, tetapi kesibukan sangat menggesa hidup. Rupa-rupanya dia sudah selamat di M'sia sejak Khamis lalu lagi tanpa sesiapun tahu kecuali suaminya.
Namun Dik Sah tidak terus ke rumah ibu atau mertuanya. Oleh kerana mereka belum punya rumah sendiri, maka dia bersama suami dan anak-anaknya bermalam di hotel. Tujuannya untuk menjalin mesra dengan anak-anak. Khuatir d'kids sudah tidak ingatkan dia lagi. Sewaktu di airport, Dik Sah kata dia sengaja tidak tegur anak-anaknya untuk lihat samada si Mimin (anak sulung yang berumur 3 tahun) masih ingat kepadanya atau tidak.
Mimin cebik-cebik muka sedihnya. Dia confused! Dia rasa itu Mamanya (Dik Sah). Tapi sejak setahun lepas dia hanya berhubung dengan Mamanya setiap hari melalui Skype, tak pernah keluar-keluar dari skrin komputer atau tidak dapat dia sentuh hingga dia marah dan pernah ketuk skrin. Tapi kali ini dia nampak Mama dia. Live! Tapi kenapa Mama tak terus dapatkan dia? Sedih pula hati saya mendengarnya...
Dik Sah kata mahu gunakan sebaik masa untuk bersama anak-anak. Ya lah... dia kuat lagi kerana sanggup kerja jauh-jauh dan terpaksa tinggalkan anak. Kalau saya, nak pi kursus seminggu pun dah terkulat-kulat, fikirkan anak-anak. Haish...
Jadinya, Ahad semalam kami semua ke Lenggeng menziarah kakak dan abang ipar Ibu yang sudah semakin uzur. Lunch sudah disediakan. Saya tidak fikir mak cik yang masak kerana beliau sudah agak uzur. Walaupun perut agak lapar, selera tetap tertahan kerana saya fikir pembantu rumahnya yang masak. Tetapi bila Cik Yah kata, "Eh, acik yang masak sendiri tau! Dia tolong-tolong tengokkan je...", apa lagi habis juga sepinggan saya makan. Hu hu...
Kemudian petangnya, kami gathered lagi. Plan hendak makan steamboat di de'Manggis tapi tidak buat reservation kerana plan ini pun last minute maka semua meja dah fully-booked. Maka redha sahajalah makan steamboat di kedai sebelahnya walaupun agak kurang serba-serbi berbanding de'Manggis yang pernah kami experienced keistimewaannya.
Alhamdulillah, walaupun kedai itu pada mata saya ini kurang serba-serbi tapi kenyang juga perut kami. Tak baik kan... kita manusia ini sentiasa mahu yang cantik, yang baik dan yang grand segala-gala. Kalau yang kurang tu... buruk ke, kurang grand ke kita tak mahu kan? Padahal tidak semua yang elok itu baik dan juga vice versa. RAN, belajarlah untuk istiqamah dan redha dengan ketentuan Tuhan ye... insya-Allah...
Dik Sah memang dilahirkan sebagai seorang yang pemurah. Walaupun sudah saya pesan tidak mahu apa-apapun buah tangan dari sana kerana memikirkan dia yang bersusah payah kerja di rantau orang untuk cari rezeki hingga berpisah dengan anak dan suami, tetapi tetap juga kami semua diberikan serba sedikit pemberian dari Jeddah.
Dik Sah akan kembali semula ke Jeddah pada 3 Julai nanti. Tidak akan sempat meraikan Aidilfitri bersama kami di sini. Dan berkemungkinan besar juga suami dan anak-anaknya yang akan berangkat untuk beraya bersamanya di Jeddah tahun ini. Wa... sedihnya saya tak dapat raya dengan Mimin dan Fafa nanti...
Apapun, terima kasih sangat Dik Sah untuk semua pemberian ini. Bukan barang yang memberi kesan, tetapi ingatan dan kasih sayang yang akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga 14 bulan tempoh perkhidmatan yang akan Dik Sah lalui lagi selepas cuti ini akan segera tamat dengan segala keselamatan dan kerahmatan. Dan kita akan hidup bersama-sama di tanah tumpah darah kita ini, happily ever after ya... Along sayang Dik Sah! You will forever be my sweet little sister...
Hai..kena diet lah cam ni.
ReplyDeletetpi biasanya saiz2 arab kan besar sis..muat kot
hah..baru boleh komen!
ReplyDeletehu hu dah boleh komen ye... ari tu tak tahulah kenapa dia sewel sekejap...
ReplyDeletenasib baik saiz M arab, boleh gak sarung tapi kurang selesa sebab fit. kalau saiz M m'sa mahu jadi incredible hulk akak...