Tuesday, May 29, 2012

BIRI-BIRI & HARIMAU?

Sejak saya pakai tudung, saya hanya pakai tudung warna hitam. Kalau warna lain cuma biru, kuning dan putih masa sekolah. Pergi kerja pun saya hanya pakai tudung warna hitam juga. Bukan tidak ada yang kutuk @ beri motivasi @ nasihat supaya berubah. Tapi tiap kali saya cuba sarung tudung selain yang warna hitam, rasa macam Tarzan pulak... tak tau lah kenapa...

Maka, saya pun jadi kalis kutuk @ nasihat @ motivasi walaupun Ibu pernah cakap dulu, "Kalau asyik pakai tudung hitam macam ni, nanti tak ada orang lelaki boleh nampak awak tau! Macam mana nak cari boyfriend macam ni?" 

Masa itu saya fikir, kalau nak ada boyfriend atau suami biarlah dia nampak dan terima saya seadanya (buruk atau elok). Bukan sebab warna tudung saya etc etc etc... lagipun jodoh tu kerja Tuhan kan... 

Bila dah kahwin, puas jugalah suami saya itu pujuk. Dia kata saya perlu berubah. Lagipun setiap warna itu ada auranya tersendiri kepada diri manusia. Maka dia himpun segala bentuk tudung dan selendang dengan variasi warna.

Gulp! Telan liur juga nak memulakan fasa penghijrahan warna dan pattern. Tapi pun dah namanya manusia ketegaq, berubahnya cuma sekali sekala. Pakai tudung berwarna bila hari raya, dan bila ada keperluan yang mendesak. Kemudian tu saya balik ke asal.

Ipar duai, biras beras, sepupu sepapat pun semuanya jenis orang cantik molek dan pandai bergaya. Tauke tudung pun ada! Sepatutnya boleh jadi pemangkin. Tapi manusia spesis saya ni memang payah sikit... sebabnya saya rasa saya okay sahaja menjadi diri saya. Ke ada yang sakit mata tengok warna tudung saya yang hitam tu? Hu hu...

Kebetulan weekend lepas, ada kawan tunjuk tudung jualannya. Katanya hendak kumpul duit nak balik kampung. Saya yang jenis cepat kasihan, tak sampai hati nak kata tak mahu. Tengok fesyen aduhai... macam pelik je nak pakai. Ambil jugalah sehelai dua. Most untuk anak dara Papa yang berdua tu dan harganya boleh tahan juga. Ya lah renda sana sini.... Saya punya tetap ada basic hitam dan harganya mesti tak lebih dari RM15 je lepas diskaun.

Ada sehelai tudung saya beli, ingat nak beri kepada Ibu. Warnanya putih. Waktu saya bawa balik Ahad lepas dan tunjukkan kepada Ibu, sakan saya kena gelak dengan diorang ni semua.... cit!

Mereka kata, ada ke saya nak suruh Ibu pakai tudung kambing biri-biri! Heh?


Lepas tu, mereka gelakkan tudung yang saya pakai ni... mereka kata macam harimau... erk?


Wa wa wa! Diorang ni jugak yang dulu bising suruh saya berubah dan pakai yang bervariasi. La ni bila saya nak buat perubahan sikit, sibuk pula gelakkan saya. Terbantut tau...

Ni sebenarnya siapa yang tak bervariasi? Saya ke mereka?Alahai, Ibu dan adik-adik saya tu pun sebenarnya satu perangai je dengan saya, konvensional! Diorang tu pun tahunya pakai tudung bawal je dulu sampai sekarang. Bezanya tudung bawal diorang tu banyak warna je, cit! Baiklah juga saya ni yang kununnya pandai pakai tudung ala-ala tudung Ikin dan tudung Hajra tu (versi cetak rompak)... 

Tak apalah, yang penting suami saya suka.. kan Pa..? kan Pa...? (ke awak terpaksa suka tanpa rela sebab duit dah keluar bayar tudung tu? hu hu...)

So, quotes of the day...


"Nobody, nobody but me... nobody, nobody but me..."
- RAN -





4 comments:

  1. hihi, comel yati pakai tudung harimau tu...hehe

    yus tak kisah pakai tudung kaler apa pun asal sedap mata yus pandang...dan selesa...

    ReplyDelete
  2. hu hu... betul tu yus, yg penting selesa... dan saya cuma selesa in black hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau nak gelak ke nak kesian baca n3 ni...nak gelak lah....hehe...

      gelak sbb akak tulis dorang ckp tudung yg akak nak hadiahkan tu tudung biri2...ekekekek...lepas tu akak tayang lak gambar kambing biri2, lagi pecah perut saya gelak...haha...

      anyway, tudung biri2 tu cantik lah...saya suka je...

      tak kisah la kak, kalau akak suka pakai hitam, nak buat mcm mana, dah mata kita sedap ngan warna hitam...

      mcm bos lelaki saya pulak, hari2 pegi kerja selalu pakai kemeja putih je, mmg tak pernah nampak warna lain dia pakai...dah dia minat kaler putih katanya...nak buat mcm mana kan?

      Delete
  3. hehe..tu belum kena paksa pakai kaler pink.mau meraung kak nanti..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS