Saturday, May 5, 2012

Puteri Andalas : Dia Tidak Berdosa


As I've mentioned in earlier sharing, saya beli naskah ini slps jumpa doktor di DEMC. Beli & baca waktu diri dlm ranking mood yg paling lowest & syukur ia bantu pulihkan semangat saya sedikit sebanyak. 

Baca separuh sewaktu tunggu Pa tengah hari itu, malamnya sambung lagi hingga Babang & Didik protes. Mereka ini skrg makin cewek. Tidur pun hendak diulit-ulit, nak dipeluk-peluk & dicium-cium. Didik lagilah nak suruh nyanyikan dia. Selalu tak pun? Hmm... mereka mmg tak boleh nampak Ummi mereka ni buat kerja membaca ke menulis ke... jealous!

DTB selesai saya baca pagi tadi dlm masa kumulatif less than 24 hours. Ia merupakan novel terbaru dari Puteri Andalas. Terbitan Alaf  21... err... mcm bkn ketebalan standard Alaf 21 je... selalunya buku-buku Alaf 21 tak melebihi range 400+ ms, tapi DTB agak tebal - 629 ms.

Sebuah novel bergenrekan motivasi hidup & moral Islam yg melalui timeline dari tahun 1975 sehingga 2011. Bila membacanya buat saya terkenang buku favourite saya The Great Alone krn story flow DBT  melibatkan bbrp generasi.

Hmm... saya suka DBT krna ia ada cerita yg unik & menarik. Tetapi utk standard Alaf 21, ceritanya memang akan selalu ringkas & padat. Pd saya DBT delivered dlm style straight and forward. Ada misteri sedikit, tetapi jawapannya ada along the way of the story. Pembaca tidak perlu fikir berat @ tunggu lama utk tahu kenapa, mengapa. Dan saya juga memang jenis pembaca yg selalu dah tahu cerita itu bagaimana hu hu... perasan sedikit tapi it's truly true. Rasanya belum ada ending buku cerita yg saya surprise so far... mungkin dah peraturan penerbit @ memang ceritanya begitu hu hu...

Cerita ini tentang kehidupan seorang wanita bernama Kay @ Karen Keh Pik Yip @ Siti Khadijah @ Nur Khalidah, berdarah kacukan China & Siam. Anak angkat sebuah keluarga China. Mendapat hidayah utk melalui kehidupan sbgi seorang Muslimah walaupun keluarganya membantah keras & membuangnya. 

Dinikahi seorang pemuda Melayu yg budiman bernama Khalid Adlin walaupun ibu lelaki ini ada pengalaman buruk dgn orang-orang sebangsa Kay. Err.. teringat pada mak Wan Zaharris dlm buku saya si Seandainya hu hu...

Kay digambarkan sebagai seorang wanita yg sgt baik hati & suka membantu orang. Sangat mencintai ibunya walaupun ibunya dah tak anggapnya anak krn Kay convert & berkahwin dgn pemuda Islam.

The story goes & saya dpt rasakan setiap satu scene & setiap watak akan ada perkaitan krn saya membacanya the way kalau saya menulisnya hu hu. Kehidupan Kay slps berkahwin lebih byk rintangan & permasalahan yg misteri. Atas sebab2 tertentu Kay terpaksa melaluinya sendirian tanpa berkongsi dgn sesiapa hatta suaminya. This lead to salah faham & its become the peak of the story bila jiwanya terkorban. Saya sedih bila kenang semula scene ini... apatah lagi bila Pa tak bersama saya  2-3 hari ini wa wa wa... Ni kalau Siti Rosmizah menulis, mesti double tebal dari 7 Hari Mencintaiku krn DBT kalau ditulis detail memang akan jadi lebih tebal.

And it goes sehingga generasi seterusnya bila misteri kehidupan & kematian Kay yg dipendamkan oleh suami serta adik angkat cum ibu tiri anaknya bangkit menghantui kehidupan keluarga Kay. It's where & when all the questions answered. 

Mungkin Puteri Andalas tak mahu beratkan fikiran pembaca & bukan tujuannya utk menulis DTB sbgi heavy thriller, sbb itu jawapan & penyelesaian kpd misteri sgt mudah diperolehi & ia berulang kali. Tapi kan... kalau ia ditulis dlm true Islamic thriller mesti lagi best!

Saya tak pandai beri bintang. Siapalah saya nak beri bintang. Tapi DBT adalah bahan bacaan yg sesuai dibaca utk semua peringkat umur (kecuali umur Didik & Babang. Babang boleh baca tajuknya wa bagus!). Byk moral & cabaran hidup serta pengisian Islamik yg sangat2 boleh dimanfaatkan.

Cut it short, saya sukakannya... kalau tak masakan saya boleh khatam less than 24 hours kan... hu hu...

2 comments:

  1. saya sedang baca novel ni.. yup betul kata awak..ianya novel yg tak berat.. tapi saya tak lepas dari membacanya bila sampai bab kay mati tu.. tertanya2 apa yg berlaku seterusnya. novel ni sesuai dibaca semua peringkat umur.. ada unsur islamik dan saya memang suka begitu. sekurang2nya kita boleh tambah pengetahuan kan?? tak sabar nak habiskan.. tahu saja lah dah jadi isteri ni, nak baca novel pun tergendala.. kalau bujang, dlm sehari pun habis baca kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis baca DTB? Yeah, it's good. Saya suka... lebih memorable sbb ia beri smgt pada waktu down saya yg sgt teruk... seems we share mutual view.
      Tq for dropping by in FRAN!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS