Saya dah habis baca novel Islamik tulisan Nurull Hallawati bertajuk Stanza Cinta setebal 406 halaman sewaktu menunggu kaum keluarga Yayasan Keluarga Haji Yunus minum-minum setelah aktiviti futsal dan badminton bulanan di Triways, Shah Alam malam semalam.
Alkisah buku ini dibeli dalam KLIBF tahun lepas kerana Papa Nasir beria-ia suruh beli. Awat tiba-tiba dia berkenan sesangat dengan buku Stanza Cinta ni pun saya kurang periksa.
Ayong bertanya, "Best tak Mi novel tu? Mana lagi best, novel ke cerita Stanza Cinta kat TV tu?"
Oh? Ada ka cerita Stanza Cinta kat TV? Hmm... godek sekejap di youtube... tengok sedikit beberapa episod. Semua nama watak sama seperti novel, cuma story flow dikembangkan lebih banyak dari yang terdapat dalam novel dan ada beberapa yang di'improvise'. Haruslah begitu kalau untuk tujuan komersial. Hmm... mesti ramai yang dah menonton Stanza Cinta kan... saya sahaja yang ketinggalan....
Hmm... jam 1 pagi habis membacanya di dalam kereta dengan deraian air mata. Sad ending.... sangat menyentuh hati saya ini.
Wa... saya sedih.... sedih sebab saya fikir susahnya hendak jadi Amni Sorfina... susahnya hendak jadi begitu tawakal, ikhlas dan redha... tapi ia tak akan susah kalau kita kenal diri kita dan Pencipta kita sebenarnya.
Awal cerita ini saya agak lambat melalukan pembacaan kerana naratifnya yang bercerita dari sudut 'saya'. Penceritaan yang direct umpama seorang 'saya' sedang membaca kembali diarinya. Tetapi menjelang pertengahan saya mula memahami mengapa penceritaan awalnya begitu. Itulah penerapan moral of d whole story.. it is indeed about Stanza Cinta.
Stanza bermaksup rangkap atau bait. Ia tentang bait cinta... dalam mengadun perasaan cinta sesama manusia, the main hidden agendanya adalah untuk melihat sejauh mana cinta itu boleh menyasarkan manusia dari cinta abadi kepada Allah.
Saya terkedu seketika saat membaca (saya tak ingat di bab atau halaman mana), lebih kurang maksudnya bila Amni Sorfina mengadu kepada Tuhan kerana dia sering diduga dalam perjalanan cintanya. Akhirnya dia sedar dan berkata kepada Tuhan meminta agar hatinya dikuatkan untuk redha dan ikhlas menerima jalan hidup sebagaimana ketentuan dan kehendak Tuhan kerana Dia lebih tahu baik-buruk atau tujuan untuk masa depan, bukan sebagaimana kehendak dirinya sendiri.
Dan saya terkedu bila membaca tentang Irfan yang menghidap SLE -Systemic Lupus Erythematosus kerana beberapa waktu yang lepas seorang pelajar perempuan UiTM telah meninggal dunia kerana penyakit ini.
SLE merupakan sejenis penyakit kronik auto-imun di mana tubuh pesakit menghasilkan antibodi jahat yang akan memusnahkan sel badannya sendiri lalu menjejaskan organ-organ penting tubuh badan seperti buah pinggang, jantung, hati dan limpa. It's fatal dan sehingga kini belum ada ubat untuknya.
Puncanya? Punca SLE belum diketahui...
Lupus bermaksud serigala dalam bahasa Latin dan erythematosus bermaksud ruam merah.
Terdapat 2 jenis penyakit Lupus iaitu Discoid Lupus Erythematosus (DLE) yang hanya melibatkan kulit dan jarang merebak kepada organ lain. Satu lagi ialah SLE yang boleh merebak dan menjejaskan fungsi organ utama yang lain dan boleh mengakibatkan kematian.
SLE lebih banyak dihidapi (90%) wanita berbanding lelaki dan kanak-kanak.
Aduhai... saya memang cepat trauma dengan penyakit...
"Dalam kita melangkah...
terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat.
terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat.
Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan
renungilah kembali ke dalam diri.
renungilah kembali ke dalam diri.
Mungkin air mata tika itu hadir kerana
Dia mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak
sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran ada langkah yang tersasar daripada keikhlasan."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.