Dah 2-3 hari rasa tak sedap badan tapi saya diamkan & gagahkan. Mlm kelmarin pula dah mula tidur bantal tinggi semula. Pa dah suspect kerana dia dengar saya wheezing.
Demi kebaikan diri sendiri & semua orang di sekeliling, saya insist mahu pergi jumpa Doc. Dan macam biasa...
"Hmm... kena balik dah... ni kena warded. Your athma tend to be severe..."
Aduhai, penatlah... penat sangat-sangat dgn hal sakit & warded ni.
Dan seperti biasa bila saya reluctance, Dr Noraziah dah tak boleh senyum. Beliau cuma berkata, "Saya tak akan suruh awak warded kalau saya rasa ia tak perlu. Tapi, terpulanglah... nanti kalau apa-apa immediately datang ya..."
Baiklah... dan saya diberi MC 2 hari serta dibekalkan sgl ubat yg perlu kecuali yg jenis-jenis stereoid ja krn ubat itu hanya boleh diberi di wad. Melayang 5 keping not seratus hari ini. Kalau perempuan lain mahal maintenance aksesori & kecantikan diri. Saya pula mahal maintenance nyawa hu hu...
Saya ni tak boleh diinsuranskan, maka semua kos kena tanggung sendiri. Pernah kata dgn Pa saya hanya mahu proceed di government hospital ja, tapi Pa kata, "Mahal macam manapun abang tak kisah. Duit boleh cari... abang cuma nak yg terbaik utk isteri abang..."
Nasib baik Pa & anak2 mmg insurance covered, jadinya taklah kritikal sgt kos perubatan kami...
Sbnrnya saya memang agak down hari ini. Punyalah menjaga diri... serik dah holiday rally yg paling panjang dlm sejarah hidup saya. Sewaktu berkursus di Kg Gajah bulan lepas pun saya berjaya jaga diri. Walaupun kiri kanan depan belakang saya semua dah batuk, selsema, demam bagai, tapi saya bila mula rasa nak sakit tekak, terus telan bergelen-gelen air masak. Alhamdulillah, kebal juga.
Di pejabat pun, kebelakangan ini ramai staf yg batuk-batuk. Saya memang seriau lah... tapi masih menjaga diri.
Alih-alih dapat juga athma attack padahal mcm tak ada punca & sebab-musabab je... tapi apalah yg hendak dipersoal kalau ia sudah ketentuan Tuhan kan.... tadi ternampak posting dari Raihan Zaffya. Barulah sejuk sedikit hati...
Ya lah... saya memang tak sudah2 dpt ujian sakit. Penat, down, terdemotivasi, hilang semangat & macam2 dah rasa. Kdg tanya dgn Tuhan, kenapalah saya ini asyik sakit ja... byk sgt kot dosa saya? Ampunkan saya Tuhan kalau saya ini banyak merungut...
Sewaktu tunggu Pa balik rumah utk hantar Ayong ke sekolah sebelum fetch saya, saya masuk kedai kecil di DEMC. I ended up with this... sbbnya lepas jumpa doc, yang ada di fikiran saya cuma mati. Dan baca sinopsis buku ini pula pasal mati... teruk sungguh saya...
Saya memang suka penulisan Puteri Andalas... baru beli tengah hari tadi, sudah separuh dari 629 ms saya baca. Balas dendam sebab tak dapat spend di KLIBF kot.. hu hu...
Okay, masa untuk ambil ubat terakhir hari ini dan.. harus masuk tidur....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.