Masa Masterchef M'sia dulu, langsung tak sempat tengok. Cuma tahu juaranya je. A dentist-chef hu hu...
Kali ni saya sempat tertengok Masterchef Selebriti M'sia. Mungkin kali ni ada wajah-wajah selebriti, saya jadi lebih berminat kot. Hu hu kelakar tengok Tomok dan Farouk Hussien dan Jehan dan Double A (Papa Nasir cukup anti) memasak.
Tak baik tau Pa anti-anti kat orang... tak suka kat kegedikan dia pun tak pa, tutup je mata tu sebab definitely tak boleh tutup TV, Ummi sedang watching ya! Hu hu... tapi saya rasa bagus juga si Double A tu, dia cuma menjadi dia je, lantak dialah.
Lepas dinner di dry kitchen (ceh, konon...) tadi dah siap-siap buat announcement dalam rumah, "Malam ni TV Ummi okay! Ummi nak tengok Masterchef!" Yang bagusnya budak kecik berdua tu sekarang dah pandai patuh arahan slot TV, wah... bahagianya hidup saya.
Tema Curry Hari Ini. Hmm... saya sedang bayangkan kalau saya masak kari kepala ikan yang suami saya selalu puji sedap tu. Rasa-rasa ASTRO buka tak program musim ke-3 untuk 'housewives baru belajar' macam saya? Ceh...
Malam ni tadi Jehan tersingkir sebab curry spices dia over-tumis sampai kuah kari jadi kehitaman hu hu. Kalau boleh saya tak mahu seorang pun dari mereka ber-8 tu tersingkir. Hai, bila nak sudah kalau tak ada yang disingkirkan ye tak?
Saya rasa ramai orang suka dengan kecomelan, kegabraan dan ke'innocence'nan Tomok. Saya pun sama. Selalu berdebar-debar untuk dia. D.Fazley, hmm... kreatif juga manusia tu.
Tapi saya paling suka tengok Soo Wincci. Dia sangat comel macam barbie-doll! Saya sedang buat framework dalam kepala sebuah cerita baru berinspirasikan kecomelan Soo Wincci hu hu.
Seronok tengok environment diorang. Actually mereka compete dengan diri mereka sendiri. Dan saya rasa dalam program ini mereka belajar tentang cooperation, friendship, tactic, strategy, time management dan honesty element. Mesti ia akan jadi sweet memory for them besides contributing to NGO yang mereka wakili...
Dan yang ini... hmm... seekor Teddy Bear yang dibela Ayong sudah diculik sebelum program Masterchef Selebriti ke udara tadi!
Awak pegang kaki Dik, Abang pegang tangan dia...
mari kita kidnap sama dia!
(yg sebenarnya ni idea si Abby yg sedang jealous tahap gaban dgn ayong,
budak kecik ni jadi orang suruhan Abby je..
hek eleh mcm Ummi tak tau hu hu...)
(yg sebenarnya ni idea si Abby yg sedang jealous tahap gaban dgn ayong,
budak kecik ni jadi orang suruhan Abby je..
hek eleh mcm Ummi tak tau hu hu...)
Sabar ajelah Ayongnya tengok Teddy Bear putih melepaknya yang baru dibeli 2 hari lepas di Setia City Mall, Setia Alam tu
ditarik-tarik dan diheret-heret menyapu lantai.
Nak marah kang.. adik.. bukan reti bahasa... hu hu...
Lepas ni jangan haraplah dapat masuk bilik Ayong lagi tau
Babang... Didik... grrr....