Sudah beberapa hari ini saya yang menjemput anak-anak pulang dari rumah Nenek Imah mereka. Papa Nasir busy sangat-sangat. Tengah malam baru nampak muka. Malam tadi sahaja dia tidak ke mana-mana. Mengadap TV - Harimau Malaya vs Garuda.
Yeh, Harimau Malaya memang Selamanya lah! Tahniah untuk pasukan negara. Tapi saya macam kurang suka je lagu Selamanya tu... macam tak sesuai je. Patut lebih bersemangat nadanya.
Rasanya keadaan setiap rumah malam tadi sama sahaja. Pasti anak-anak menangis hendak tengok kartun dan mak-bapak tetap hendak tengok bola. Samalah dengan Babang dan Didik. Walaupun Tv tu ada 2, dua-dua pun diaorang punya. Cit! Papanya buat tak reti sahaja. Bila tangis reda dia cakap pada anaknya, "Cepatlah bang besar. Papa nak bawa Babang dengan Didik tengok bola kat stadium pulak."
Hish, tak ajak Ummi ke? Dah lama sebenarnya saya tak masuk roh menonton bola ni. Kalau zaman di universiti memang I follow. La ni dah beranak-pinak rasa macam naik darah je tengok bola sebijik tu juga yang nak direbut-rebut. Kerja rumah banyak lagi nak buat kan... hu hu...
Sejak kerja di Shah Alam, walaupun saya keluar office paling cepat jam 6-6.15pm, mengharung jammed, selalu akan sampai rumah babysitter around 7. Sama je macam kerja di D'sara dulu. Tapi sejak Papa Nasir ajar ikut jalan lain dalam minggu ini, lepas saja dari jammed area tu masuk highway saya hanya akan ambil masa dalam 4-5 minit untuk sampai ke jalan masuk kawasan rumah. Walaupun tollnya lebih RM0.80 dari tol ikut jalan biasa, tetapi lebih bermakna bila kira 4 minit itu dapat saya manfaatkan berbanding 40 minit menjadi semut atas jalan raya. Masa pun akan lebih sedikit di rumah kan...
Agaknya Babang terasa happy kot saya menjemput dia dan Didik pulang beberapa hari ini. Semalam petang memandu mereka pulang ke rumah, Babang bertanya :
"Ummi, kenapa Ummi tak ambil Abang tadi kat sekolah?"
"Ummi kan kerja.... macam mana Ummi nak jemput Abang.
Abang kan naik van balik rumah Nenek Imah?"
"Tapi... Abang nak Ummi yang jemput... bolehlah..."
"Tak bolehlah macam tu. Ummi kerja nak cari duit...
hah, duit tu Abang dengan Adik juga perabis nak beli jajanlah, toyslah kan?"
"Tapi... mak kawan Abang tu
boleh je jemput hari-hari?"
boleh je jemput hari-hari?"
Apalah saya nak jawab?
Memang jawapannya senang. 'Babang, kawan-kawan Babang tu mak mereka semua Bos tau. Bos rumahtangga. Ummi lebih sikit. Ummi Bos kat rumah dan tangga (bila Papa tak de je lah.. kalau dia ada, dialah Bos Besar kan hu hu) dengan kat pejabat sekali.'
Boleh jawab macam tu? Hish, kurang sikit budak tu nak faham...
Mesti dia sudah tahu berfikir melihat keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Alahai, bukan tidak sayu hati mendengar permintaanya... tapi berapa lama sangatkah saya boleh tahan duduk di rumah tanpa merindui suasana kerja? Nantilah ya....
Mesti dia sudah tahu berfikir melihat keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Alahai, bukan tidak sayu hati mendengar permintaanya... tapi berapa lama sangatkah saya boleh tahan duduk di rumah tanpa merindui suasana kerja? Nantilah ya....
lepas malaysia golkan bola..terus tertido, hehehe
ReplyDelete