Monday, November 14, 2011

Gerak hati...

Setiap pagi ke pejabat, sambil memandu (either dgn tenang kalau awal, atau speed gila kalau dah lambat), saya akan baca surah al-Fatihah (sebab ia seumpama membaca 1/3 al-quran), ayat Qursi dan 1000 Dinar, kemudian ayat yang mulanya 'Laqad ja akum...' tu dan saya akan pastikan ia habis dibaca atau dimulakan sebelum SY nyanyi lagu merapu Mat Saleh dia tu he heh.

Hari ini  kepala tenang sikit, kerana sudah siap edit STKG. Sepanjang siang Sabtu lepas bertungkus-lumus sudahkan editing berselang rutin di rumah dan aktiviti Papa di VI. Sambung lagi awal malamnya sambil tengok AIM, tidak tidur hingga 6.30 pagi hari Ahadnya sampai ke noktah terakhir. Alhamdulillah. Patutlah senior writers kata harus korbankan banyak masa tidur untuk siapkan manuskrip. Tapi kalau selalu tidur lambat dan tidak menentu ia akan jadi bom jangka yang akan membahayakan jantung dan kesihatan...

AIM 18 punya pasal terpaksa rasuah bebudak ni....
Papa suka YUNA dia menang banyak anugerah,
tak pe, Anuar Zain Ummi pun menang juge!
Sekarang Papa Nasir pula sedang baca STKG. Saya dah tak lalu hendak baca lagi takut ada sahaja hendak tukar. Let see what Papa Nasir will say about it bila dia sudah habis baca. Tapi Papa minta satu minggu! Wa wa wa... lama sangat tu Pa... 

Nak share tentang doa di atas... azam hendak cuba amalkan di samping amalan pagi yang biasa saya buat itu. Ayat ini dipanggil Doa Pendinding dan Penggerak kerana jika diamalkan Insya-Allah akan diberi petunjuk melalui gerakan hati bila mana kita hendak pergi ke sesuatu tempat atau buat sesuatu perkara yang tidak diketahui baik, buruk mahupun kesan dan bahayanya.

Sebelum melakukan sesuatu atau pergi ke sesuatu tempat yang jauh, disarankan agar kita baca ayat ini sebanyak 7 kali. Kalau mudah, tenang dan lancar bacaannya sudah hingga ke akhir, insya-Allah kita boleh meneruskan rancangan dan hasrat itu.

Tetapi sekiranya dalam kita membaca untuk menyudahkan 7 kali bacaan ini ada sahaja gangguan (telefon berbunyi, anak-anak mengganggu, sapaan orang dsbg), maksudnya ada sesuatu yang tidak kena rancangan itu. Mungkin lebih baik tangguhkan dulu... fikir lagi sampai boleh baca 7 kali ayat ini dengan aman. Wallahualam. Macam ala-ala Istikharah...

Kebaikannya ayat ini juga ialah agar kita Beruntung, tidak menanggung rugi, Berhasil, berjaya dan tidak gagal, Selamat dari bahaya dan Tidak melarat, menjadi senang.

Kalau ada izin-Nya, saya akan bercuti panjang dari 26 Nov-4 Dis. Plan hendak menjejak kaki sekali lagi di Pedu di Kuala Nerang Kedah. Bercuti  untuk menyudahkan manuskrip ke-3. Papa Nasir kata, "Takkanlah tiap kali nak habiskan cerita, kena pergi vacation. Bengkoklah Papa..." hu hu... sekali ni je Insya-Allah heh heh.

Tapi, cuaca di bahagian Utara tidak cantik sangat waktu ini. Tambah pula Thailand masih meramalkan banjir besar. Takut pula kalau bah sehingga ke Kedah...

Papa Nasir mahu tukar plan ke selatan. Hendak pergi Johor lagi, hmm...? Kebetulan dia memang ada urusan kerja, so sambil menyelam minum air. Terkedip-kedip mata saya mendengarnya. Jujurnya, saya lebih suka bahagian ke timur dan utara. Sebab ia lebih buat kepala saya tenang. Johor tu dah macam kota metropolitan gergasi, macam KL...Yus, jangan marah ye hu hu...

Hai la... hal sekecil itu pun boleh buat saya berfikir siang-malam. Ye lah, bukan senang nak dapat cuti panjang yang diapit dua weekend seperti itu. Lagipun tak tahu lagi check-up pada 22hb ini menyebelahi saya atau sebaliknya. 

Tak apa, nanti saya akan cuba baca ayat ini supaya diberi petunjuk dan gerakan hati yang kuat. Sebab saya memang nak pergi PEDU!!!! Kalau tidak terpaksalah saya lupakan hasrat hendak sudahkan manuskrip ke-3 ini dan skip to the 4th pula...

2 comments:

  1. Bulan 12 ni mmg musim tengkujuh lah sis..rasa x syok pulak nak jalan2.tp time tu lah cuti sekolah kan.

    jalan2 oversea lah...hihi

    ReplyDelete
  2. hopefully cuaca dah okay sikit hujung bulan ni... harap2 lah... dapat naik pedu sekejap pun jadilah... macam mengidam pulak dah hu hu...

    jalan2 oversea... wida belanja ye? hu hu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS