Tuesday, November 8, 2011

Pengorbanan

Salam Aidil Adha untuk semua. Alhamdulillah dapat juga saya beraya seadanya di kampung Papa Nasir, bukan di hospital hu hu. Kalau Aidil Adha biasanya di Sabak Bernam lebih meriah berbanding tempat saya. Di sana hampir kebanyakan rumah akan melakukan korban.

Sudah dua tiga kali juga saya menyaksikan penyembelihan ternakan untuk korban yang diadakan di rumah mertua dan juga rumah-rumah saudara. Bibik Mega yang pernah saya bawa untuk melihat budaya dan suasana Aidil Adha di kampung menangis kerana sembelihan dan sehingga hari ini dia tidak makan daging lembu. Dia kasihan dengan ternakan itu.

Saya pun rasa kasihan sangat kepada lembu. Tapi ia kan dituntut dalam Islam untuk membuktikan betapa kita sanggup melakukan pengorbanan demi Allah dan menerapkan akhlak dan peribadi ketulusan dan kasih sayang sewaktu melakukannya. Redha ajelah... tiap kali saya rasa hendak pitam mengenangkan lembu yang diikat tiga kaki dan disembelih dengan pisau paling tajam agar sempurna sembelihannya dan tidak sakit ternakan itu, dengan lautan darah merah yang buat bintang berpusing di kepala, saya kata pada hati, 'tak apa, dah tentulah lembu itu masuk syurga. nasib diri sendiri kena kesiankan dulu...'. Hu hu...

Kali ini saya tidak pergi menyaksikan korban kerana hari hujan dari pagi dan Babang pula demam dua malam sampai mencecah suhu lebih 39 darjah. Teringat kata-kata Ibu bahawa budak-budak sekitar umur Babang kalau demam harus dijaga, takut kena demam panas. Lantaran itu saya pun tidak tidur semalaman memerhatikan dia. Mandikan dia di tengah malam pun ada untuk redakan suhu. Alhamdulillah... semalam sampai hari ini dia mula cirit-cirit. Mungkin keluarkan panasnya...

Tapi malam ini Didik pula sudah mula demam. Sukatan suhu sebelum dia diberikan ubat punggung tadi cecah 38.4 darjah. Aduhai, macam tidak sampai hati hendak pergi kerja esok...

Dan untuk Papa... Ummi minta ampun ya kerana jahat sangat nak balik cepat. Sebenarnya Ummi rasa badan tak larat walaupun tak adalah buat kerja sangatpun... Ummi nak rehat... jantung Ummi dah dup-dap dup-dap boleh kalahkan pelari paling pantas dalam dunia... 

Sekitar Aidil Adha 1432H
Tahun ini Papa hanya sempat membantu sembelihan korban 
di rumah Tn Haji Abdul Halid, 
sepupu Abah Hussien

 Yang rela dikorbankan demi syurga Allah
menunggu waktu menyahut seruan.







Dan ini pula yang telah berkorban dua hari lebih awal 
dengan meninggalkan zaman solo beralih ke alam perkahwinan.


Majlis pernikahan Hilyan Syazira (sepupu Papa Nasir) pasangannya.
Dinikahkan sendiri oleh bapanya.

Semoga Aidil Adha kali ini, 
kita lebih bahagia dengan segala ketulusan pengorbanan.... 

2 comments:

  1. salam aidiladha :)
    thn ni x ada saudara2 kita buat korban yer..

    ReplyDelete
  2. Kalau family kita tak ada... cuma CIk Oled dgn Cik Monib je lah... Faiha punye korban pun belum buat lagi rasanya sebab tak ada geng hu hu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS