Saturday, November 12, 2011

Fisherman

Sebelum kahwin dengan Papa Nasir, saya tahu dia kaki pancing. Rasanya ada sekali dating kat kolam pancing masa bertunang. Waktu dia melontar umpan, saya biasalah membaca buku. He loves fishing very much. Fishing, car and motorbike adalah antara hobinya. Cuma the latest two tu dia cuma boleh berangan je, belum dapat Camry yang dia idam-idam hu hu.

Semasa mengandungkan Babang Sofi dulu, saya larang dia pergi fishing. Terpengaruh dengan mitos... tapi masa Didik, tak kisahpun dia pergi memancing. Okay je...

Papa Nasir bila dah datang gian, dia akan pergi kolam pancing setiap petang dan malam tak kira waktu cuti atau tidak . Angkut sekali kami ni. Kalau pancing udang, suka lah. Sebab sekejap-sekejap je dapat udang, hush best masak lemak udang atau digoreng.

Tapi kalau ke kolam ikan, aduhai naik lemau tunggu. Sudahlah agak 'wangi' bau kolam. Berjam-jam... selalunya kalau saya ikut, mesti Papa Nasir tak dapat ikan. Kalau dia pergi seorang, atau pergi tanpa beritahu saya nanti berekor-ekor Jenahak, Siakap atau Bawal Pinang dia dapat. Agaknya sebab memang saya kesian dengan ikan... sebab tu kalau saya ada dia tak dapat.

"Pa, awak ni asyik memancing je... kesian kat ikan tu. Lagipun buat apa buang masa kat kolam pancing tu... kekadang bukan dapat ikan pun..."

"Kenapa Ummi suka menulis? Papa ada tak larang Ummi menulis? Lagipun mana ada buang masa, ada rezeki dapat ikan buat lauk."

Hmm.... selalunya ikan sebesar tu kalau kami yang makan mahu dua minggu pun tak habis. Dahnya sekali masak cuma sepotong. Kalau ada family datang barulah saya masak stim ke sweet sour ke.

"Lelaki yang tak ada hobi macam Papa ni, hobi diorang lain... asyik ke perempuan je... tu yang jadi playboy walaupun dah tua."

Gulp! 
Ye ke? Kalau macam tu, Papa Nasir pergilah pancing selalu, nak tidur kat kolam pun tak pe... hu hu.

Memancing perlukan teknik dan internal strength yang tinggi. Kena sabar... bila ikan dah makan umpan, kena pandai main joran supaya ikan stay dan tidak menggelupur lalu terlepas. Hmm... macam strategy nak tackle girlfriend juga kan? Lagipun tak dinafikan Papa Nasir punya kesabaran aduhai... sendiri tak boleh tahan dengan sabar dia tu. Alhamdulillah...

Sudah terlalu lama Papa Nasir tidak pergi memancing. Ada sahaja urusan yang buat life jadi hectic. Few days sebelum Aidil Adha, bila Papa terpaksa batal semua appointment gara-gara kena hantar dan jemput saya dari office (tak larat drive), petangnya dia kata nak pergi memancing.

Dan inilah hasilnya. Jenahak dan Siakap yang besar. Tiga ekor semuanya, tapi seekor sudah Papa Nasir berikan kepada Bik Imah (yang jaga Babang & Didik).



Nota : Malam tadi Danish dan Darleen warded di Sri Kota. Demam panas cecah suhu lebih 40. Semoga anak-anak kami ini kuat dan cepat sembuh. Alhamdulillah, Didik & Babang dah kebah walaupun badam masin-masing masih suam. Babang masih batuk dan Didik pula selsema teruk. Tapi mengidamnya makan aiskrim, menangis golek-golek. Balik kerja tengah hari semalam belikan juga aiskrim dan konnya. Tapi yang mini je... asal lepas kempunan diorang.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS