Malam semalam Papa Nasir, Babang dan Didik demam. Semalam juga Papa ada kelas dan ujian PM, jadinya saya terpaksa ambil EL untuk jaga anak-anak. Sepanjang hari saya nampak Didik terhenjut sikit beberapa kali, segera saya mandikan setiap kali itu juga dan masukkan ubat punggung.
Tetapi hari ini saya harus pergi ke pejabat. Tengah hari saya memandu pulang untuk hantarkan makanan dan lihat perkembangan anak-anak. Sedang memandu tangan kanan terasa kebas. Allah.... paksa juga diri telefon Papa Nasir, takut berlaku perkara yang tidak diingini. Kemudian kaki kiri pula tidak terasa menekan pedal minyak... saya jadi panik seketika. Tidak jadi hendak turun membeli makanan kerana kepala rasa hendak pass out sahaja. Dalam hati berdoa, "Ya Allah, sampaikanlah aku di rumah dengan selamat..."
"Pa, kenapa dengan Ummi...?"
"Darah tak jalan betul agaknya..." and I always knew that he will always say something good to make me feel better.
"Tapi Ummi rasa macam something is not right somewhere in me..."
"Ummi warded ya... kita pergi hospital sekarang?"
Err... saya nak pergi pejabat juga! Lalu dihantar oleh Papa dan anak-anak.
Di pejabat, saya tanyakan pada seorang kakak cleaning-lady tentang simptom yang saya alami. Kebetulan beliau pandai mengurut lalu mencari urat jari dan kaki. Sepatutnya ia sakit, namun saat kakak picit 'urat diam' di jari, saya tidak begitu rasa sakitnya. Namun alhamdulillah, bila kakak picit di jari, sakitnya terasa sehingga ke pinggang. Hmm... maknanya boleh bertahan lagi ni... Malam ni hendak berurut dengan Bonda sebelah rumah.
Sempat kakak CL berpesan suruh rebus 1kg halia muda dengan seketul gula merah bersama bunga lawang dan kayu manis. Minum air rebusan itu sementara panas dan boleh diulang untuk membuang angin dalam badan dan melancarkan peredaran darah. Insya-Allah...
Dalam fikiran sudah terbayang yang bukan-bukan. Bukanlah yang bukan-bukan sangat... saya fikir based on theory and fact. Now I have a swollen and weak heart with my T3 & T4 burst beyond maxima. Still survive to reach the date of 22nd November. Waktu itu kalau doktor insist juga, saya akur sajalah. Hopefully kebanyakan urusan sudah selesai waktu itu, tak adalah ralat sangat hendak kena kuarantin.
Hmm... I just wonder,
bolehkah jantung yang bengkak ini menyebabkan strok kecil?
Perbezaan antara jantung sihat dengan jantung bengkak (dari google) |
Saya bukan dan tidak mungkin boleh jadi doktor kerana tidak tahan dengan kesakitan dan penderitaan. Baik untuk diri sendiri atau pada orang lain. Sebagai orang biasa saya berpendapat, secara saintifiknya jantung yang bengkak dan lemah akan menyebabkan pengepaman darah beroksigen yang tidak sempurna atau tidak mencukupi. Now it explains why I always feel dizzy and feel like passing out....
Pengepaman darah yang lemah juga mungkin menyebabkan aliran darah di seluruh tubuh badan terganggu. Okay... ia boleh menerangkan kenapa tangan dan kaki saya menjadi kebas tiba-tiba. So Papa Nasir was right! Darah tak jalan dengan betul. Hmm... tapi kenapa hanya di bahagian sebelah kanan sahaja? Hai, Alhamdulillah sebelah... dibuatnya seluruh badan... banyak cekadak betul manusia ini...
Tak apalah... saya terima dugaan ini kerana ia selalu benar bahawa kesakitan akan disusuli kegembiraan walaupun sekelumit. Saya mahu fikir positif sahaja... semoga Allah memberkati usia dengan kesihatan yang baik. There are lots of thing to do in life, still. Doakan saya...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.