Wednesday, November 9, 2011

PhD - Kecil tapi Signifikan?

 A conversation with a senior colleague las few weeks still in heart. Panjang lebar ceritanya tapi saya improvise seperti di bawah sahajalah...

"Kenapa kita harus further study? Supaya dalam perjalanan hidup ini ada sesuatu kemajuan yang kita lakukan. So that we could place ourself, sama rendah dan sama tinggi dengan orang-orang yang berilmu dan berjaya, supaya kita jadi contoh dan pemangkin motivasi untuk anak-anak dan orang-orang terdekat di sekeliling kita. So, untuk selalu membakar keinginan untuk melakukan sesuatu yang lebih tinggi, buku ini sangat baik untuk jadi bahan bacaan."

















PhD... Doctor of Philisophy, peringkat tertinggi dalam pengajian ilmu seseorang. Bukan tidak pernah ada keinginan. Pernah ada sejak lama dulu. Hendak jadi Dr. Rys. Bahkan bila abang Zaim sudah dapat scholarship untuk buat PhD, Papa Nasir pun mulakan semula sesi motivasi dia yang sudah agak lama terhenti itu.

Alahai.... suatu ketika saya pernah padam hasrat untuk kejar PhD. Status sebagai seorang isteri, ibu, tugas pejabat, cita-cita hendak keluarkan semua manuskrip saya malah limitasi tahap kekuatan fizikal dan mental selalu menjadi penangkis keinginan itu.

Sedang dulu hendak habiskan MBA pun nyawa ikan kerana kehamilan pertama yang sarat. Mengharung Viva dengan perut berusia 8 bulan lebih. Babang Sofi boleh dikatakan Anak EMBA bagi kelas saya kerana bersama pengajian itulah saya punya status anak dara, isteri orang dan ibu. Kekuatan Papa Nasir sebenarnya banyak membantu untuk tidak tangguh pengajian. Beliau sanggup bersengkang mata dan kadang-kadang jadi driver malah tukang tolong taip dan edit kertas kerja.

PhD : Kecil Tapi Signifikan, buku terbitan UPENA adalah tulisan Prof Kamil yang memang saya suka ikut tulisan blog beliau. Saya tamat membaca buku itu ketika menunggu giliran janji temu di DEMC.  Usai membaca saya termenung seketika sambil telan liur. Then hati seperti memberi nekad.

"Pa, confirm saya tak nak sambung ambil PhD..."
"Kenapa?"
"Nak buat apapun ambil PhD?" saya jawab soalan dengan soalan sambil menyimpan buku itu ke dalam beg.
"Buatlah... awak deserve to have the best in your life."

Saya senyum. Cuba ingat setiap baris ayat dalam setiap helaian mukasurat. Ya, PhD... memang dengarnya gah. Dan bukannya saya tidak pernah tahu untuk menjejakinya juga tidak mudah. Alhamdulillah, masih ramai juga anak-anak Melayu yang telah berjaya menggenggamnya dan dipanggil Dr.

Tetapi dalam setiap pengetahuan itu, adakah kita juga tahu bahawa PhD perlu lebih dari kehebatan dan kepintaran individu untuk sebenar-benarnya berjaya? Berjaya menjadi seorang 'Dr' yang benar-benar Dr. Bukan setakat untuk dipanggil dan suka dipanggil dan marah kalau tidak dipanggil Dr. Ia amanah kehidupan dalam peribadi seorang yang sudah bergelar 'Dr'. Rasanya agak sukar sedikit untuk kita menunduk rendah bila kita sudah berdiri tinggi. Wallahualam...

Menjadi seorang yang punya PhD bermakna harus melangsungkan penyebaran ilmu untuk manfaat sejagat. Itu amanah yang banyak limitasi bagi sesetengah mereka untuk melakukan. Untuk membina diri setara dengan pendapat orang sekeliling about how a Dr should be....

Nak gelak bila membaca kata-kata UiTM former VC di dalam buku tersebut, "Saya selalu diminta buat itu ini, repair itu ini. Saya kata tak reti. Tapi makcik saya akan kata 'heh, belajar punyalah tinggi, dah ada PhD, benda kecik ni pun tak tau?'"

Banyak lagi faktor lain yang cenderung menjadi pembolehubah mahupun pemangkin dalam kekentalan semangat juang PhD. Pengorbanan banyak pihak dan diri sendiri melepaskan satu atau dua kepentingan diri juga mempunyai sumbangan tersendiri. Paling penting kekuatan dalaman diri dan hubungan dengan Tuhan. Kalau nak senang cakap ialah jika Tuhan memberikan restunya Insya-Allah ada jayanya.

Saya memang selalu ada obor cita-cita yang terang untuk belajar lebih banyak perkara. Belajar lebih tinggi, belajar lebih jauh... ilmu itu memang tersangat banyak.

Saya suka quote kata-kata En Ali (senior saya itu), "Dalam dunia ni bertaburan permata (ilmu), tapi tak ramai yang mahu ambil. At least you dah ambil satu dari permata tu... ambillah lagi. Jangan sampai bangsa asing yang mengambilnya..."

PhD lebih sinonim dengan dunia akademik. Saya pula kini sudah kembali ke dalam dunia korporat walau masih dalam industri akademik. Apakah DBA lebih sesuai? Saya masih perlu masa untuk berfikir... hai, nak fikir lagi ke.....?

3 comments:

  1. Go for it yati!!

    Yus percaya Yati boleh!

    Yus memang tak boleh...huhu

    Nak smbg phd ni, pasangan dan anak2 juga perlu membantu. Nak capainya bukan senang kan..Dan hendak memegang title itu, selaras dengan tanggapan orang terhadapnya juga susah. Tinggi nilainya, dan bila dah pegang tu, nak terus membuat title itu unggul juga bukan sesuatu yang mudah.

    Yus sekadar menjadi pendorong kuat di belakang orang yang telah pun capai peringkat itu, dan sentiasa berada di belakangnya cukuplah. Dan Yus lihat, sebagai isteri, banyak yang perlu Yus faham dan berkorban. Masa, tenaga, tak mudah walau jadi isteri seorang yang sudah sampai ke peringkat itu, lagilah dia yang memegang title Dr itu.

    Salute dengan pasangan yang suami isteri belajar sampai ke peringkat phd dan anak2 pun berjaya. Tulah, orang selalu nampak impak yang akhir saja, tak pernah terfikir apa yang harus diharungi untuk sampai ke situ...

    ReplyDelete
  2. yakin sis mesti boleh punya kalau smbung phd tu..

    ReplyDelete
  3. Ha ha Yus... nak buat mcm mana kan SRD akan perlu byk masa untuk buat research bagi tugas dia. Tu lah... kalaupun senang nak dapat title Dr, nak maintain keagungannya tu yang perlukan pengorbanan.

    Yus & Wida : buat masa ni memang tak terbuka lagi keberanian untuk go for it. Dah lama tinggal hasrat, proposal pun suku jalan, langsung lemau. Tunggulah sampai seru... (ni lah contoh orang Melayu yang asyik tunggulah, nantilah... sampai sudah.. hu hu)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS