Thursday, November 24, 2011

Lega


Malam Isnin sebaik Papa Nasir tamat his reading tru and edit STKG final draft, immediately saya emailkan ia kepada penerbit. No more turning back to here and there, that page or this page. Cuma atas nasihat Papa Nasir saya terpaksa ommit Epilog. Aduhai, lama tu saya fikir untuk penyudahnya. Ia cantik pada saya, tapi sebaliknya pula pada Papa Nasir. The ending will do as good as it is, katanya. Okay... saya buang... 

"Papa, okay tak STKG?"
Macam biasa, mukanya tidak ada riak, "Okay..."
"Which is better?  Seandainya or STKG?"
Dia jawab, "STKG, yang ini lebih menarik."

Hmm... one credit.

"Awak menangis tak baca?"
Lama diam. Hai susah sangat ke nak mengaku ya atau tidaknya pun? Cit! 
"Alah.. awak pun tahu apa yang boleh buat abang menangis..."

Ya lah, pembaca punya pelbagai penerimaan dan tanggapan. Ada pembaca yang hatinya mudah tersentuh walau dengan sebaris ayat. Ada juga pembaca yang perlu kita gali dan tanam dia dalam-dalam baru airmatanya tumpah. 

"Part mana yang sedih? Yang last ye?"
Geleng. "Yang sebelumnya tu...."
Oohhh.... dah tahulah kat mana hati Papa Nasir tersangkut. 

Wakil penerbit kata mereka sudah terima serahan manuskrip saya itu. Hopefully ini akan jadi serahan yang paling akhir sebelum diterbitkan, kalau ada izin-Nya dan izin penerbit around next year, September. Hai lamanya lagi kan nak tunggu ia jadi ke tidak versi buku yang dicetak? Entah jadi entah tidak...

Saya sudah buat entry untuk 20 chapters yang awal kalau-kalau ada yang sudi membaca. Lepas ini saya mahu masukkan hard-copy manuscript yang bertanda sana-sini macam thesis paper dibetulkan pensyarah itu ke dalam kotak.  Doakan semoga STKG diterima dan dipersetujui oleh editor dan penerbit ya.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS