Saturday, November 19, 2011

Tungku Elektrik

Beberapa tahun lepas saya pernah jatuh terduduk di tangga. Dup, satu anak tangga then dup-dup-dup jatuh ke anak tangga kedua dan ketiga. Sebabnya kerana saya passed out, tak sedar rupanya masa tu dah a month carrying Sofi. Mujur tak keguguran. Sejak itu bahagian tengah pinggang bengkak. Sampai hari ini selalu rasa sakit pinggang. Plus dengan epidural waktu gave birth to Sofi, lagilah ngilu pinggang ni.

Bonda Atiqah sebelah rumah saya pandai mengurut. So, apa-apa hal memang saya minta Bonda urutkan. Setakat ni serasi. Kalau demam teruk pun boleh kebah diurut beliau. Baru-baru ini pun sakit sampai pucat-pucat terus boleh jadi aktif sedikit setelah diurutkan. 

Dah lama beliau suruh bertungku. Elok untuk buang angin dan bengkak di pinggang, katanya. Tapi baru minggu lepas baru sempat ambil tungku ini dari beliau.


Ia tungku yang tidak perlu dibakar dahulu sebelum digunakan sebagaimana tungku tradisional yang menggunakan batu dan dibakar sehingga panas di atas api. Dalamnya berisi gel. Cuma perlu plug in kan sahaja  wayarnya kepada electric sources dan tunggu sehingga lampu merahnya padam. Lebih kurang 10 minit untuk 'charge' pertama kali. Then bolehlah digunakan selepas itu. Panasnya tahan dua jam lebih. 

Papa Nasir suka bertungku dengannya. Waktu demam baru-baru ini dia asyik bertungku sampai kebah. Babang pun suka juga, sambil baring main PSP atau iPad dia akan letak kaki atas tungku tu. Amboi, amboi.... tapi waktu ia sudah kurang panasnya.

"Pa, nanti kita belikan satu nak untuk abah dengan mak..." mula-mula itu teringat abah dan mak Sabak yang memang selalu bertungku dengan batu panas untuk tuam ke atas kaki dan lutut. Kasihan orang tua itu kena jalan ke dapur, tunggu hingga panas, kemudian balut dengan kain. Sudahlah berat.

Kebetulan emak dan abah turun ke Klang dan singgah di rumah kami hujung minggu lepas, saya pun minta abah Hussien cuba dulu. Hah hah... abah kata, 'panasnya'. Dia tak tahan panas tu. Tapi Emak Enon suka. Hmm... nasib baik Bonda ada satu lagi stok bolehlah belikan yang baru untuk dia. Kalau tak, memang ingat nak suruh je mereka ambil kami punya dulu sementara yang baru tu sampai.

Selepas bertungku dengannya kita akan rasa gatal-gatal. Orang tua kata itu tandanya pecah angin dalam badan dan mungkin juga toksik. Apa yang saya rasa, Emak Enon pun rasa yang sama. So, betullah tu...

Di rumah saya dah ada 2 tungku electric extra saya ordered dari Bonda. Satu untuk Kak Mah/Abg Zaim, dia pun nak juga. Dan satu lagi simpanlah, nanti kalau-kalau ada yang nak pula heh heh... harganya cuma RM30 sahaja satu tungku (tak tahulah kalau ia harga selepas discounted - Bonda dengan kami sebelah rumahnya ini memang tak berkira heh heh).

Ada pelbagai jenis tungku dalam dunia. Yang saya pernah tahu ialah tungku batu, tungku herba yang direndam dalam air panas, dan yang ini tungku gel electric. Rasanya yang latest ni lagi memudahkan dan flexible. Boleh mobile juga.

Kalau nak bertungku sehari-hari untuk kesihatan bolehlah guna tunggu ini. Bonda kata, kalau dia tungkukan orang lepas bersalin, masih sedap menggunakan tungku tradisional.

4 comments:

  1. nampaknya bukan anak2 je hantu ultraman, dengan papa diorang sekali jin ultraman. Minta tlg amek gambar tungku, dia masukkan sekali rupanya ultraman tu. Cit!

    ReplyDelete
  2. tungku tu ada jual kat sini - Tungku Elektrik SihatSelalu. Penerangannya bagus...

    ReplyDelete
  3. Thank you armouris... baru baca penerangan penuhnya. memang bagus dan memudahkan tungku ni. Anything I will refer pada website itu ya...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS