Thursday, April 14, 2011

PUTIK-PUTIK BAHAGIA SEORANG UMMI!

Apakah yang memberikan kebahagian
kepada seorang wanita yang bergelar ibu?


Lukisan pertama Sofi


Mungkin ia sama bagi setiap wanita atau pengalaman yang membahagiakan itu berbeza-beza. Tetapi hari ini saya hendak berkongsi pengalaman yang telah saya lalui sehingga hari ini yang memberikan kebahagian bermakna sebagai seorang ibu:

Saat pertama –
bila dianugerahkan kehamilan pertama dan kedua

Saat kedua –
bila dapat melahirkan zuriat untuk diri, suami dan keluarga
dengan selamat dan sihat sempurna seadanya –
Muhammad Amir Sofi & Muhammad Amir Zafri

Saat ketiga -
Bila anak-anakku membesar dengan sihat dan hari ke hari
menjadi anak-anak yang soleh yang gembira

Saat keempat -
Bila mengenalkan ABC, Alif, Ba, Ta dan 1, 2, 3 kepada anak-anakku

Saat kelima -
Bila Sofi masuk sekolah, hari pertama di Tadika
ketika usianya 4 tahun, 1 bulan & 2 hari

Saat keenam -
Bila Sofi pulang membawa fail yang berisi kertas-kertas peperiksaan (petang semalam)


“Ummi, cikgu cakap – nombor satu dalam kelas ialah SOFI!”

“Ye? Alhamdulillah... anak Ummi yang sangat cerdik.
Hmm... semua markah 90 lebih.. ni kenapa ada satu paper markah 76?”




Suamiku senyum sahaja. Mungkin dalam hatinya kata, nasib baik dapat 76, kalau tak? Ye lah, sebelum hari peperiksaan tu, Sofi ponteng empat hari. Macam-macam alasan dia tak mahu pergi sekolah. Samalah kot dengan anak-anak kita semua kan? Setiap pagi ada pelbagai alasan dia pergi untuk tak mahu pergi sekolah –

Alasan 1 : ummi tak tahu ke hari ni sekolah tutup?
Alasan 2 : Ummi, sekolah dah cutilah...
Alasan 3
: Err.. abang sakit perut ni... tak boleh bangun ni...

Alasan 4: Aduh, sakitnya... kepala abang pening ni... tak boleh pergi sekolah

Alasan 5: Hah, tengok ni, berdarah tangan ni... macam mana nak pergi sekolah?

Alasan 6: Saya tak nak pergi sekolah, kawan saya pukul saya...
Alasan 7 : Abang penat lah...
Alasan 8
: Abang mengantuk... abang nak tidur lagi...
Alasan 9
: Hari malam lagi ni, macam mana nak pergi sekolah?


“Okay, abang nak hadiah apa dapat nombor satu ni?”
Dia buat pos pandang akhirat (pandang ke langit la), then he said “Soleh!”

“Hah? Oh.. abang nak hadiah jadi anak soleh ye?”

“Hah, ye!”

“OK, memang hari-hari pun Ummi doakan anak-anak Ummi jadi anak soleh, bahagia dan sejahtera dunia akhirat... Ummi goreng ayang untuk dinner ni, OK?”

“OK, sayang Ummi!”


Hmm... saya berharap anak-anak saya akan sentiasa memberikan saya kebahagian yang ketujuh, kelapan, kesembilan, kesepuluh sehingga ke infinity!

Dulu sewaktu mereka kecil, setiap kali dodoikan mereka tidur selain membaca suras-surah pendek yang saya hafal dan nasyid, saya juga improvise sebuah lagu untuk mereka.


"Kini Ummi gembira
Yang Ummi tunggu dah tiba
Anakku lahir sudah
Anakku yang pertama / kedua
Sungguh cantik rupanya
Mirip wajah Ummi Papa
Betapa bahagia dengan kehadirannya
Kau ku jadikan Raja di dalam rumahtangga
Ku curahkan semua hanya untukmu sayang
Buah hati wahai permata
Dewasalah segera dengan kasih Ummi Papa
Ya Allah Ya Tuhanku Kasihilah anak-anakku
Lindungi mereka selalu
Dibawah rahmat keberkatan-Mu
Ya Allah Ya Tuhanku ku bermohon pada-Mu
Jadikan anak-anakku, penghuni syurga Firdaus-Mu..."


Mendidik Sofi merupakan cabaran paling besar dalam hidup saya sejak menjadi seorang ibu. Rasa-rasa hanya suami saya yang punya pendekatan terbaik dalam mendidik dan mendekati anak lelaki sulung kami ini. Sofi sikit-sikit mewarisi sikap baran saya. Perempuan baran ada juga surutnya. Tapi kalau lelaki? And definitely dia tidak boleh dilentur dengan kekerasan. Itulah kelemahan saya. Saya memang pantang kalau anak tidak berdisiplin dan tidak mahu dinasihati. Selalu sahaja akan jadi perang Sofi-Ummi.

Saya didik diri menjadi tenang dan lebih mengawal emosi agar dapat menghadapi karenah Sofi dengan lebih berstrategi. Pun saya selalu doa agar Allah berikan saya lebih kesabaran agar dapat mendidik anak-anak dengan baik. Mendidik harus dengan cara menghormati anak-anak agar mereka terdidik dengan kelembutan, rasional dan kehormatan. Lagipun adult say, to earn respect is by giving our respect first kan?

Saya ingin anak-anak berperilaku baik kerana mereka hormat pada kami dan pada hukum, bukan kerana terpaksa dan takut dihukum. Hai, susahnya untuk sampai pada destinasi ini.

Terima kasih untuk
Bik Mah
dan cikgu-cikgu di Tadika Pasti Al-Mawaddah
yang telah sabar dengan karenah anakku dan mendidik Sofi dengan ilmu yang berguna.

Semoga anakku Muhammad Amir Sofi akan menjadi anak yang soleh, seorang yang berilmu dan berperibadi tinggi, rendah hati,
dan berguna pada agama, bangsa, negara,
especially untuk keluarga!



**********************

antara perkongsian ilmu kita pada hari ini :

Artikel 1 : Didik Anak dengan Fikir Rasulullah saw : Fikir 1 Umat http://anakkusoleh.com/

Artikel 2 : Pendidikan Anak-anak Mengikut Islam
http://anakusoleh.wordpress.com/2010/03/23/mendidik-anak-dengan-cinta

Artikel 3 : Motivasi Minda Anak Soleh http://annurhijrah.com/minda-anak-soleh/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS