Semua orang dah wish Happy New Year 2012 here and there. Hidup saya was at the peak of hectic minggu ini. Dah lama tak rasa kerja heavy sejak tinggalkan private. Semalam balik pun dah nampak bintang, tak mandi apa bagai terus terlelap dapat bantal. Suami ke mana, anak-anak pun tak tahu apa cerita. Pandai-pandai hang pa lah...
Pagi ini taman perumahan kami ada gotong royong. Hmm... baguslah, bersihkan taman perumahan menyambut 2012 ya... Minta ampun saya tidak dapat bantu. Hanya Papa Nasir sahaja yang ikut gotong royong itu. Disebabkan kesihatan yang limited ini, saya hanya gotong royonglah di dalam rumah. Habis semua kain saya basuh, lipat dan susun. Sapu sampah luar dalam. Tingkat atas je tak mahu buat. Pinggan mangkuk yang digunakan untuk kenduri jiran sebelah minggu lalu pun baru sempat simpan. Baru perasan papan tebal yang membahagi kitchen cabinet bawah rumah kami itu sudah ada anai-anai. Hai... baru berapa tahun? Hmm...
Kemas rumah sendiri sahaja pun sudah rasa mahu pengsan. Sampai berdarah hidung... hai lah... kalau ikut juga gotong royong bawah matahari tu mahu kena panggil ambulan collect saya.
Sebelum Zuhur, orang lelaki bertiga itu hantar saya ke pejabat. Hari ini 31st, final closing. Tapi bila tahu orang2 Budget semua sudah balik, maknanya tinggal saya seorang sahaja untuk closing Corporate Finance. Boss saya semalam sudah melangkah pintu pejabat dengan 'doa penutup 2011'. Sah-sah sudah menaruh hati untuk saya seorang sudahkan final closing ini. Adoilah... ni deraan namanya. Kan ini 1st time saya di sini Puan oi... biasanya saya close account je... ini close benda pelik...
Akhirnya Papa, Babang dan Didik kena stay di office temankan saya. Hu hu... disebabkan itu juga saya extra ordinary jadi super wonder girl. Mesti kasi habis cepat. Papa Nasir pun boring amat tengok TV, mengadap iPad sampai nak muntah dengan anak-anak yang dah buat ruang rehat pejabat macam rumah mereka. Sebenarnya Papa Nasir tak senang duduk sebab takut nak smoking. Padan muka dia...
Alhamdulillah, Allah selamatkan saya. Memang sepanjang minggu saya sudah berdikit buat closing. So tidaklah haru biru hari ini. Almost 7 je dah off PC. Cukuplah seadanya... mana-mana yang tergantung itu nasiblah.. bila dah jadi institusi besar begini, setiap orang kena jalankan tanggungjawab sendiri. Kalau ada yang tidak menyempurnakan tanggungjawab, itulah yang akan menjadi lompong dalam proses akhir. Lagipun ini tahun pertama rasanya practice dateline awal. Kalau tidak seminit sebelum 1 Januari itulah dateline nya. Aduhai, nasib baik bila saya 'hidup' di sini, segalanya seperti mudah sahaja. Thank you Allah.
Hish, cut it short. In few hours more, 2012 is coming. Age plus one, azam tahun baru dan segala benda yang associate dengan new year. Tapi Papa buat saya terdiam, "Ini bukan tahun baru kitalah... awak ni sibuk sangat new year-new year... Awal Muharam tak ada sapa pun sibuk?"
Eh, saya sibuk jugalah Awal Muharram...
Disebabkan Papa Nasir tidak hairan dengan selain Awal Muharram (patutnya nama dia jadi Abdul Muharram kan...), maka saya dan anak-anak pun kena dengar bunyi tembakan dan percikan bunga api dari dalam rumah. Senja tadipun dah mula sesak ke ICT. Haish, Sayangi Selangor kan...
Dan Papa Nasir tidak bersama kami melangkah ke 2012. Wa wa wa... dia sudah berangkat ke Kuala Selangor untuk naik bot memancing udang dengan abang Amin...
Tinggal ku keseorangan melambai 'bye' kepada 2011 dan harus pula wajah kemuraman menyambut 'hai' 2012. Eh, tak adalah.. tak kisahpun... biarlah Papa Nasir pi memancing. Esok boleh masak lemak udang dengan kacang buncit untuk 2012! Wah.... semoga Papa Nasir dan Abang Amin selamat dan dapat banyak ekor udang naa...
Ingat pesan Ummi, jangan masuk sampai tempat dalam atau yang dipanggil 'LAUT'! Tak izin!!!
Anak-anakku di depan bangunan Canseleri sewaktu temankan Ummi RAN kerja on 31st Dis. 2011 Siap dah tukar baju tidur tu... balik kang senang tido je.. |
Babang & Didik wish... FAREWELL 2011 & WELCOME 2012! |
Waalaikumsalam, thanks jugak 4 adding me :).