Friday, December 23, 2011

Demi Ihsan-nya

Sudah beberapa hari hendak blogwalk ke blog Aku Sebutir Pasir tentang sharing-entry beliau Arif Alfian Big Fat Gay Wedding - from my point of view as his ex-classmate in UCD. Baru sekarang berkesempatan, almaklum Friday lunch break yang sangat pleasant, hu hu...

Hmm... kadang-kadang banyak yang tidak tersangka mahupun yang terduga berlaku dalam hidup kita. Dulu A sekarang Z. Dulu Z sekarang pun masih Z cuma bertambah zig-zag... dulu di atas, kini di bawah. Dulu hitam sekarang terang. Dulu langsing sekarang bulat? Hai dunia dan hidupnya yang beroda...

Tak ada yang boleh saya perkatakan. Speechless in a sence that it is too much frustrating and scary. Apa dah jadi? Apa nak jadi? Fikiran Muslim sekarang sudah dipercik pelbagai warna. Suntikan berdiplomasi Barat sudah menularkan kesannyakah? Pada siapa harus kita palingkan masalah-masalah seperti ini? Kau? Awak? Mereka? Dia? Saya? Atau kita semua...?

Membaca perkongsian pengalaman saudar blogger Aku Sebutir Pasir itu menyedarkan saya betapa dalam hidup ini kita ada banyak tugas sebenarnya. Dan bila kita sedar tugas yang tanpa sedar tidak kita usahakan ataupun cuba diusahakan itu, suatu masa nanti akan membuatkan nurani kita terasa bersalah. Kerana di bahu setiap Muslim itu ada tugas untuk saling menyampai dan memperingatkan... berdakwah?

Masa saya bersekolah dulu juga, ada beberapa orang sahabat yang 'pelik-pelik'. Ada yang dikatakan gay dan lesbian, tetapi hari ini masing-masing sudah ada pasangan sendiri dan sudah beranak-pinak. Semoga mereka sudah melalui kehidupan benar di jalan Allah.

Ada pula yang lelaki tetapi lebih lemah-lembut dari perawan. Kini sudah jadi ahli gim dan pendaki gunung. Traveller yang sukakan cabaran lasak. Berketul-ketul di sana-sini tubuh. Wah! Sudah jadi jantan sepenuhnya?

Pernah saya hantar mesej ke FB dan katakan kepada sahabat itu. "Awak sungguh berbeza!"
Dia kata, "Perjalanan hidup mengajar kita dan pengalaman itu mendewasakan."

Betul! Syukur!

Ada seorang teman lelaki (bukan 'boyfriend' ye), sangat berbakat dalam seni. Punya ciri-ciri kelelakian yang dikagumi juga (zaman budak sekolah punya level lah). Tetapi kami berpatah arang dan berkerat rotan (it's a good story to be shared actually, later on may be... let me think about the necessity of sharing over and over again before writting it down. Takut menyentuh sensitiviti).

Pernah terserempak dengan beliau sewaktu di stesen LRT di awal usia dua puluhan dulu. OMY! Was it really him? Sangat memeranjatkan saya melihat cara beliau berpakaian dan berjalan. Sungguh di luar norma tatasusila budaya manusia 'sihat' dan mencabar akhlak agama.

Ada juga terdetik hati hendak menegur. Tetapi bila dia hanya memandang saya tanpa perasaan, teringat kembali kes berpatah arang dan berkerat rotan kami. Wajah dia dan saya tidak banyak yang berubah. Kalau saya masih boleh mengecamnya, takkan dia tidak? Lagipun the short shock di matanya saat memandang saya, dia pasti mengenali saya. Akhirnya detik itu pun berlalu begitu sahaja... kau ikut jalan kau, aku ikut jalan aku. Tidak lama selepas berkenalan dengan penggunaan FB, saya temui dia lagi di laman itu.

And it was really him! The way he looked at that time reflects bad perception of who he actually was... live a very unhealthy life or being led to an unhealty social life? Sedar saya tidak punya hak untuk melabel unhealty life buat beliau, tetapi mata yang memandang menghantar mesej ke hati. I am so sorry to see you that way.. what ever it is, that life of yours is still 'unhealthy' for a Muslim, bro!

Dan ada pula teman yang sehingga umur sudah bertahun-tahun senior dari saya tetapi pemikiran masih lebih kebudakan dari budak-budak. Percayakan manusia dan serah segala kerana desakan hati dan keinginan. Jagalah hati, peliharalah keyakinan yang selama ini mengiringi keterampilanmu. Janganlah kerana kecewa dalam hidup dan harapan, diri dan iman digadai begitu murah dan mudah. Nasihat sesama saudara Islam yang diberi hanya dianggap bagai angin lalu tidak membawa sebarang makna. Sampai bila mahu begitu? Kalau segalanya sudah terlewat nanti, bimbang ia akan bawa penyesalan tidak sudah... berubahlah...

Yang salah tetap salah.
Yang tidak baik, janganlah diteruskan.
Yang terlarang tetap HARAM!
Yang berdosa masih boleh bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Tapi hidayah? Hanya Allah yang mampu memberikannya...
Allah itu Maha Pengampun & Penyayang.

Ya Allah, kami bergantung kepada-Mu untuk ihsan-Mu...


(1) Dengan nama AllahYang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
(4) Yang menguasai hari pembalasan,
(5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan
hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah
Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Saya tidak sempurna. Saya sangat rapuh seadanya. Semoga Allah pelihara diri saya, suami saya, anak-anak saya, ibu-ibu dan bapa-bapa saya, saudara, handai taulan dan teman semua... semoga Allah tidak merajuk dan berkecil hati dengan kita dan membiarkan kita terus terpesong dari pimpinan-Nya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS