Wednesday, December 21, 2011

Kasut Cinderella?

Sudah dua kali saya tersarung kasut 'Cinderella'. Pertama sewaktu menghadiri majlis bacaan doa selamat di rumah Pak Usu Hamdan & Mak Usu Sawiyah di Bukit Tinggi Klang sebelum kami semua berangkat secara konvoi mengiringi sepupu Papa Nasir iaitu Mohd Haniffah bernikah di Tasik Idaman, Bangi hari Sabtu lepas.

Walaupun sudah siap segala persiapan outing dan dah berbaju kenduri namun kami terpaksa pulang semula ke rumah untuk menukar kasut. Almaklumlah saya tersarung kasut 'Cinderella'. Nasib baik semasa mengiringi pengantin hari Ahadnya saya pakai kasut 'manusia biasa' je.

Pagi ini pun sungguhlah... saya tersarung lagi kasut Cinderella itu. Ayo! Boleh berjalan dari parking lot ke pejabat dengan kasut itu. Rasanya tidak ada yang sedar kot, sebab tidak ada yang menegur... hu hu... Disebabkan itu juga saya terpaksa berkaki ayam bila keluar dari bilik pejabat saya kalau hendak ke bilik mesin fax/pendua dan ke kawasan persekitaran.

Tapi untuk ke tandas atau solat, redha sahajalah menyarung kasut penuh yang memang saya tinggalkan di pejabat khusus untuk tujuan masuk meeting atau jumpa 'VIP' sahaja. Waktu lainnya saya lebih selesa berselipar. Comot sungguhlah...

Sebelum ini saya cuma berselipar Jepun... tetapi bila tersedar diri tidak patut sungguhlah memakai selipar Jepun saya tukar kepada selipar yang cantik sedikit. Segala sandal yang dibeli di kedai, selalu saya pakai sekali dua sahaja. Samada ia pilihan Papa Nasir yang terlampau segan untuk saya memakainya atau jenis yang selepas sekali disarung, rasa tidak sesuai dengan kehendak hati. 

Jadinya sebulan yang lalu saya telah membeli dua pasang selipar getah 'cantik' di pasar malam. Love at 1st sight. Sekali terpandang selipar itu terus tersangkut hati. Tidak kisahlah kalau tidak ada brand pun. Tapi selipar itulah juga yang sangat selesa saya memakainya. Ke hulu ke hilir menyarung samada selipar yang pertama atau kedua.

Namun yang menjadi tragedi ialah apabila sebelah selipar pertama berkahwin dengan sebelah lagi selipar yang kedua maka jadilah ia Kasut Cinderella Saya. Ta daaa!!!


Orang tua-tua selalu kata kalau kita pakai baju terbalik, tandanya hendak dapat rezeki (orang tua-tua yang kata, bukan saya...). Kalau setakat pakai baju terbalik ni biasa... Papa Nasir lagi teruk, sedang jalan-jalan baru saya terperasan bajunya terbalik. Ini memang kes isterinya ini kurang bagi perhatian kat suami hu hu...

Tapi kalau dah terpakai 'Kasut Cinderella' rupa ini... apakah tetandanya...?

Hmm... tak ada apa pun... ia berkemungkinan besar hanya disebabkan oleh :

i) tidak memberi perhatian kepada penampilan diri,
ii)tergesa-gesa! Harus praktiskan penggunaan waktu yang lebih effisyen ya!
iii) saya sudah semakin tua dan pelupa? Heh... alasan...
iv) atau saya memang Cinderella comot? Huh huh...

2 comments:

  1. hehehe..kelakar lah.
    lepas ni sis kena cari sandal yg lain dr yg lain..so sis tak tertetukar, org lain pon tak tertukar.
    contohnya..beli sandal kaler pinkkkkkk..kuning...merah. tak pon yg bentuk pelik2 sikit..agak2 org lain nak sarung pon malu..hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS