Sekarang ini kebanyakan goverment officers sedang memperkata tentang isu SBPA - Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Saya pula baru sempat melihat secara glance trough pekeliling di laman web universiti dengan bantuan staf saya hari ini (almaklum orang cerdik IT yang begitu berani click sana-sini, beginilah...).
Baru sempat bernafas sedikit.... sekarang ini setiap hari adalah due date untuk closing. Hai bukan exact di bahagian akaun pun ada closing juga. Ya, tutup tahun kan... semua kena tutup. Kat rumah nanti pun kena buat closing juga... dah bersepah-sepah dan berhabuk kat tingkat atas tu. Entah bila ada daya dan asa agaknya...
SBPA dibentang dalam Fokus ke-IV Belanjawan 2012 oleh PM, dirangka dengan tujuan untuk Memperkejap Perkhidmatan Awam dan menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM). Punyalah panjang berjela statement, terms and conditions. Beberapa hari ini pun memang topik itu sahaja yang saya dengar diperkatakan oleh staf di pejabat. Cuma tidak sempat hendak menyampuk dan turut serta. Till one of my staff kutuk saya depan-depan, "Kak Ros ni tak boring ke duduk je dalam bilik tu pagi sampai petang... tak nak ke joint kitorang ni borak-borak, buat lawak bodoh... barulah ceria hidup."
Hmm... kalau boleh, bukan setakat buat lawak bodoh je. Kalau diberi pilihan saya mahu jadi apa yang saya mahu jadi je... tak payah pergi kerja, tak payah buat kerja... boleh? Tapi bila di pejabat Tuhan sudah design saya untuk kebanyakan masa digunakan untuk buat kerja... wa wa wa!
Saya pun bukan suka sangat jadi itik kristal dalam bilik ni, tapi saya harus rush dan kejar masa. Kalau tidak mahunya saya habis tugas jam 9 malam setiap hari. So, setakat termampu saya akan utilize masa yang ada di pejabat sebaiknya. Hidup ini bukan hanya untuk bekerja di pejabat sahaja... lain-lain perkara dalam hidup juga perlu diperuntukkan masa kan... lagipun hidup ini bukannya panjang mana pun... baiklah digunakan sebaiknya.
Saya pun bukan suka sangat jadi itik kristal dalam bilik ni, tapi saya harus rush dan kejar masa. Kalau tidak mahunya saya habis tugas jam 9 malam setiap hari. So, setakat termampu saya akan utilize masa yang ada di pejabat sebaiknya. Hidup ini bukan hanya untuk bekerja di pejabat sahaja... lain-lain perkara dalam hidup juga perlu diperuntukkan masa kan... lagipun hidup ini bukannya panjang mana pun... baiklah digunakan sebaiknya.
Kalau dulu, saya akan kerja setiap saat dari detik masuk kerja sampai sudah. Hampir setiap hari, lunch hour pun saya masih buat kerja. Tetapi sekarang, my lunch break is my rest time. Wajib berehat, kecuali pada waktu-waktu kecemasan sahaja. Masa satu jam itulah saya guna untuk melaksanakan ambition diri.
Okay back to SBPA matters. Hmm... yang pentingnya saya rasa orang akan appreciate anjakan tangga gaji yang sangatlah lumayan bagi sesetengah jawatan. Yang paling orang tidak suka tentu sahaja dengan Exit Policy. Dan bagi kebanyakan orang yang punya visi, tentu mereka berfikir tentang people turnover dalam pekerjaan itu sendiri. When is my turn next, then? Bla-bla- and bla...
Dan harus kerja sehingga usia 60 tahun? Adoi... saya pesimis mulanya. Bernyawa lagi ke sehingga usia itu? Tapi saya jadi kuat bila ingat kata-kata Bos saya, "Saya mula masuk kerja pun begitu, tapi Alhamdulillah saya sampai juga pada usia ini. Prinsip saya senang sahaja, selagi masih belum menutup mata, carilah dulu apa yang perlu di dunia ini..."
Betullah... tapi di mata saya sudah terbayang-bayang di usia begitu saya hanya mengembara keliling dunia bersama suami tercinta. Melihat alam ciptaan Tuhan, menjurnal-menulis-membaca, membaca-menjurnal-menulis buku atau travelog kehiduoan dan mencari bekal secukupnya sebelum balik ke pangkuan Pencipta. Bekerja di usia begitu, adoilah kalau diberi pilihan akan jadi pilihan yang kesejuta di bawah ranking.
Ada yang menyokong, ada yang membantah malah ada juga yang ambil kaedah ikut sahajalah. Saya? Entah... belum terfikir. Lagipun perlaksanaan SBPA masih ditangguhkan. Rasanya suka atau tidak itu sahajalah pilihan yang ada - ikut sahajalah mana yang terbaik? Pada saya, selagi kita bekerja dengan niat ibadah kepada Allah dan mencari rezeki halal, melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas maka tidak ada apa yang harus dibimbang atau ragukan. Exit policy pun tak boleh kacau kita selagi kita di atas platform yang betul, kan?
Atau shall I say, you do your part, they do theirs and I do mine. Kalau satu kapal banyak sangat nak jadi nakhoda, takut pecah tenggelam pula. Atau betulkah kata seseorang itu, 'kadang kena ada yang bangkang, pertikai dan soalkan agar sesuatu polisi dan dasar itu membawa kebaikan menyeluruh'. Jadi, tak salah kita debatkan, tapi janganlah sampai ia menjadi satu kudis buta dalam kelompok rakyat hingga nanti menjadi penyebab kepada keruntuhan komuniti. Take the positive, together we build it for good. Err... saya ni jadi apa ye? Berdiri atas pagar? Tidak... saya cuma mahu belajar ambil glosarinya yang cantik sahaja.
Pemimpin tentu punya visi dan objektif jangka panjang yang sangat positif bila memperkenalkan SBPA ini. Apapun, terpulang juga kepada penilaian setiap individu. Rezeki memang keperluan wajib manusia, tetapi ia tetap di tangan Allah. Siapa boleh challenge statement itu?
Lagipun tamadun akan musnah kalau berada di fasa kemuncak dan kekal jumud. So give a change a chance, then the changes will take place. Sesuatu pembaharuan harus diberi percubaan agar dapat dibuktikan keberkesanannya supaya ia berguna untuk menuju ke arah penambahbaikan bersama. Kalaupun kurang berkesan, alah.. macam biasa polisi akan dirangka semula dan pertukaran bisa diatur deh...
So, dont be in doubt. Jom buat kerja kita masing-masing dengan dengan keikhlasan dan motivasi yang konsisten! Heh, ni cakap dengan siapa ye? Tak apalah... I speak to myself... heh heh...
Other reading :
betul betul. kt sini pon same kecoh...
ReplyDeletehmm... kecoh kan... tak apalah, mungkin ada good side of the kecoh itself, so the responsible people boleh kasi lebih baik 1million kali untuk sistem ini... heh heh...
ReplyDelete