Membaca Apa Yang 'Sepatutnya' Terjadi Telahpun Terjadi di blog saudari Raihan Zaffya minggu lepas buat saya 'hujan di tengah hari' je. Dua tahun pemergian puterinya, seorang Ibu masih terus menyimpan memori.
Kematian itu sesungguhnya sesuatu yang tidak ada pelali, antivirus, penahan mahupun penghalangnya.
Nobody can say
'Wait! No! Don't! Please... not now!'
bila seruan ajal sudah berbunyi.
Sewaktu bertemu Bos jabatan saya untuk satu sesi latihan ringkas, waktu yang sepatutnya diluangkan selama paling lama satu jam menjadi sehingga berjam-jam. Dari latihan ringkas kami berbual banyak kisah sehinggalah tiba kepada sebuah kisah kehidupan wanita & ibu. Ia mungkin cerita yang berbeza meskipun sangat serupa dalam beberapa aspek tertentu. Biarlah saya refer Bos saya itu sebagai Puan AS (PAS) sahaja.
PAS mempunyai kisah hidup yang juga membuatkan saya rasa pilu dan sayu di dalam hati. Malah setiap hari memandangnya di pejabat menerbitkan rasa kekaguman yang begitu tinggi. Aduhai, mampukah saya menjadi sekuat dirinya...?
Beliau diduga Allah dengan pemergian tiga orang cahaya matanya. Seorang meninggal dunia sewaktu berusia beberapa bulan kerana komplikasi jantung setelah menjalani pembedahan di Singapura. Waktu itu IJN masih belum wujud.
Kemudian satu-satunya anak lelaki yang dikandung meninggal dunia tanpa sebab munasab yang mampu ditafsir pakar perubatan. Still borned. Itu sahajalah termanya. Sungguh menghairankan kerana sepanjang check-up, kandungan sihat sahaja. Beberapa detik sebelum masanya, beliau merasakan baby di dalam rahim tidak lagi bergerak.
Paling pilu dan membuat saya kembali terkenang apabila membaca suara hati saudari Raihan Zaffya di dalam blog beliau adalah pemergian puteri kedua PAS yang kalau tidak silap saya berusia awal dua puluhan atau mungkin hampir memasuki dua puluhan.
Arwah anak PAS seorang yang aktif di universiti dan terkenal kerana sifat kepemimpinannya. Apatah lagi menurut AS, arwah merupakan seorang anak yang sangat berbeza. Sangat independent, solat tidak pernah tinggal, membaca al-Quran dan bertahajud menjadi amalan. Tetapi selalunya dikatakan, yang berbeza itu, yang kita sangat sayangi itulah Allah pinjamkan hanya untuk sekadar waktu.
Hanya mengadu tidak sedap badan, arwah dibawa ke klinik dan didiagnos tidak sakit apa-apa. Malah keputusan analisis darah di beberapa buah klinik dan hospital juga mengambil masa hampir sebulan. Dalam pada itu arwah sering complaint tidak sedap badan dan kadang demam.
Kemuncak sakitnya, anak PAS dimasukkan ke hospital. Malangnya tiada tindakan serius yang diambil oleh para doktor mahupun jururawat. Arwah hanya ditempatkan di wad biasa malah permintaan PAS untuk CT Scan juga ditolak mentah-mentah. Hish... kenapalah mereka bersikap begitu? Tahulah pesakit ramai dan mereka tidak mungkin cukup waktu untuk meladeni setiap satunya. Tetapi bukankah hati manusia itu seharusnya lebih berfungsi dari sekadar prosedur dan protokol? Atau benarkah kita kekurangan tenaga di dalam bidang perubatan waima sehingga hari ini?
Malam terakhir, arwah tidur lama sejak sebelum Maghrib kerana kesan ubat tahan sakit. Namun PAS sudah berpesan supaya niat jamak, agar dapat ditunaikan Maghrib dan Isya' apabila terbangun. Alhamdulillah lewat malam, arwah terbangun dan mereka dua beranak menunaikan solat. Arwah dipakaikan telekung dan solat dalam keadaan baring di atas katil. PAS tertidur usai solat dan bangunnya mendapati seluruh telekung dan bahagian katil dibasahi darah. Arwah nazak waktu PAS tertidur.
Keadaan itu membuatkan para doktor beriak bimbang dan arwah dibawa ke ICU. Not long after that, doktor kata arwah sudah tiada. Full blown in brain. What is that? Why did it happen? Dan banyak lagi soalan, tapi bukan dari PAS tapi saya yang bertanya dengan segala rasa tidak puas hati.
Sehingga kini juga tiada yang dapat memberi walau sebaris penjelasan mengapa dan kenapa. Hanyalah sekadar permohonan maaf dari pihak hospital, itupun setelah ditegur oleh bekas MB. Arwah merupakan seorang pelajar yang sangat cemerlang. Bukan sekadar seorang anak yang sangat disayangi ibubapa dan teman-teman kerana sikap tanggungjawab dan kemesraannya, tetapi arwah menurut PAS merupakan seorang anak perempuan yang berani mencuba sesuatu di dalam hidupnya.
Malah beliau merupakan pelajar Semenanjung pertama yang sampai ke Sarawak (atau Sabah, saya sudah terlupa) seorang diri untuk menjalani latihan PLKN dan telah menjadi inspirasi kepada beberapa teman Sarawakian @ Sabahan sewaktu di kem tersebut untuk memeluk Islam. Malah surat yang ditulis PAS kepada PM tentang luahan hatinya sebagai seorang ibu berhubung peranan dan fungsi PLKN yang telah memberi seribu makna di dalam hidup mereka sekeluarga turut dibaca di dalam Persidangan Parlimen, it was live in TV at that time.
Saya sudah menulis entry ini minggu lepas, tetapi tidak tahu bagaimana hendak sudahkan ia. It is indeed a long story... sangat signifikan untuk hidup ini. Tetapi saya juga harus memelihara sensitiviti sesetengah pihak.
Cuma, saya kesal kerana sehingga ke hari inipun masih ada di kalangan warga perubatan yang menjalankan tugas mereka semata-mata berasaskan sistem, proses, prosedur dan protokol hingga kadang ia menjadi sangat tidak munasabah. Bukan tidak ada yang berhati insan, tetapi jarang sangat dapat bertemu mereka yang ada pertimbangan insaniah melalui naluri dan hati.
Apakah tidak mungkin jika sedikit pertimbangan dari hati itu jika diberikan dapat mengubah sesuatu? Maksud saya.. bagaimana kalau ia sebenarnya tidak sepatutnya jadi begitu tetapi telah terjadi begitu kerana sikap perlecehan sesetengah manusia lain?
Atau mungkinkah benar untuk jadi orang perubatan ini harus berhati batu? Supaya tidak cewek dan penyedih dan terbawa-bawa oleh perasaan? Sebab saya sendiri tidak sanggup meneruskan kursus Sains dulu untuk menjadi seorang doktor, kerana saya tidak punya hati yang besar dan kuat untuk absorp penderitaan manusia-manusia di sekeliling.
Apapun sebagai seorang Islam, back to Allah and always remember that He knows everything... and for something that happened, there must be a reason for it. Itu yang akan memberikan mereka yang terduga itu bekal kekuatan untuk menempuh hari mendatang dengan senyum yang lebar meski dalam lembar hidup ada picisan kelukaan.
Be strong!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.