Tuesday, December 13, 2011

Dec. & Decemberians

December  ini, setiap hujung minggunya sudah penuh tersusun program. No free weekends...

Last week, kami baru balik dari berjalan dan straight away menghadiri kenduri kahwin di rumah Kak Ning & Abang Mukhdir di Saujana Utama. Ahadnya sibuk dengan membasuh, melipat, menyusun pakaian, memasak dan posting sharings.

Minggu ini? Sabtu 10hb December kami ke Melaka untuk majlis persandingan sepupu Papa Nasir - Humaidy & Norzaimah, tahniah! Semoga bahagia dan bersama sampai syurga.


Sudah terlanjur ke Melaka lagi, kami menyempatkan juga diri menziarah dan bermalam di rumah sepupu saya, Abang Din & Kak Tie di Krubong Perdana. Penatlah kami ikut google maps ke rumah mereka, alih-alih salah jalan pulak kerana taman perumahan mereka itu belum didaftarkan untuk google map. Cit!

Abang Din & Kak Tie bawa kami dinner di Umbai, of course tempat biasa yang terkenal dengan ikan bakarnya kan di Melaka. Hasrat hati hendak tengok sunset, tapi dah saya dan anak-anak dah 'sunset' duluan di dalam kereta. Tertidur kepenatan, sampai di Umbai, matahari sudah tidak menyinar lagi.

 My cute cousin in law, Kak Tie sedang pilih lauk
& my niece, Izzati yang sambut birthday ke 14th pada 12th Dec. 
She claimed for a guitar from her Daddy and told me, 
"Aunty, I can write a song... but English song."
There goes my niece... she spent years during her child time  ikut Daddy belajar di oversea dulu, 
sampai sekarang masih kekal slang... ish...

See, my youngest son 'melajuk' lagi & 
Babang yang benjol di dahi di Umbai kerana kena daulat Ummi... 

Ahad pagi kami bertolak pulang, singgah dahulu di rumah sendiri untuk basuh baju and did some house chores sebelum balik ke Sabak Bernam. Isninnya kan cuti ganti Keputeraan Sultan Selangor, jadinya ada majlis kenduri kesyukuran dan selamatan serta akikah untuk anak saudara paling junior kami (setakat ini) si Nur Anis Faiha  @ Darleen Junior.

 

Dan bersekali dengan majlis itu, Mummy Seha bought cakes as to celebrate dalam sambutan kecil bagi mereka yang lahir dalam bulan December in the family. So, happy birthday sekali lagi to Mummy Seha, Aneeq Danial, Anis Afiqah, Danish Mirza, Amir Sofi, Anis Syakirah, Kak Long Suhana, Nenek Enon! Err... ada lagi yang tertinggal tak? Ini tak campur sepupu dan sedara lain... hu hu...


Personaliti Individu Mengikut Bulan Kelahiran yang telah dijalankan oleh Pakar Motivasi negara yang terkenal iaitu Dato' Dr. Fadzilah Kamsah melalui kajian beliau selama 25 tahun said that mereka yang lahir dalam bulan December ini, orang-orangnya:-

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Hmm... kena tak dengan d'Decemberians tu? Dan kalau hendak mengenal sifat dan sikap melalui tarikh dan bulan Islam dilahirkan, tarikh lahir dalam kalendar 12 bulan itu harus ditukar kepada tarikh Islam. Nak convert tarikh lahir ke dalam tarikh Islam, click Find Out Your Islamic Birthday.

So, the Decemberians has wrapped up our 
family's birthdays celebration for year 2011. 
And there will be another 2 pack weekends to go 
in this December month!

5 comments:

  1. besarnya benjol di dahi Babang tu yati. Tak segera tuam ke? Kesian tengok.

    Alia je lahir December, mcm ada kena sikit2...tang cepat marah dan pemurah tu paling kena. Yang lain2 pun banyak juga persamaannnya...:)

    ReplyDelete
  2. besarnya benjol babang...nape tu sis.

    wah..kek angry bird.happy besday semua

    ReplyDelete
  3. Yus & Wida : benjol sebab dahi cium lantai marble playground di restoran terapung umbai tu.. orang cakap tak moh ambil perhatian.. kan dah kena daulat... tapi tu pun tetap tak makan saman juge...

    heh heh... akak pun suka tengok kek angry bird tu.. tapi tak dan makan... selesai dihadap bebudak... kalau waiz adapun leh joint sekali as decemberian..

    ReplyDelete
  4. anak sulung saya dan mak saya lahir bulan Dec ni...ada sikit2 kena...hehe...

    rumah siapa kat Sabak Bernam tu kak, dah dekat ngan kampung saya tu...kampung saya kat Sg. Besar...

    salam kenal, terus follow sini...

    ReplyDelete
  5. Hi wahida, terima kasih sudi datang dan follow di sini. salam kenal juga...

    wah, dekatlah kita. Sabak bernam tu kampung husband akak, kat batu 38 tapi biasa diorang sebut batu 8 je, father in law akak orang biasa panggil Ustaz Hussien Fikri.

    Ruman kat Sg Besar tu kat mana in specific, manalah tahu kalau2 tersinggah hu hu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS