Tuesday, 29th November 2011.
Pagi-pagi dah checked out dr Azam Hotel. Baru sedar WPF1002 kena saman krn tak byr parking. Ish Pa ni... semlmnya itu dah pesan bayar dulu parking... tak pasal-pasal kena saman di KB. Cit!
Hari cerah saat kami mulakan perjlnn turun ke Kuala Terengganu. Cadangan awal nak singgah di rumah sepupu Pa, juga sahabat blogger saya iaitu Wida. Tapi fikirkan hari bekerja... rasa-rasanya juga Waiz (anak Wida) tak brp sihat, kami tukar plan. Tak mahu susahkan tuan rumah. Have to apologize to Wida for not dropping by, next time may be... utk menziarah WN di HKT juga tak sampai hati...
Sekadar melintasi Kuala Terengganu & lihat scenery walaupun dah berkali juga ke mari sebelumnya. Ke KT juga sbnrnya utk isi keinginan saya nak mkn keropok losong. Jadinya spjg jln menyusur coast-line menuju je Selatan Semenanjung kami hanya mkn keropok losong & satar ikan dlm kereta. Habis sudah.... tak dpt beli utk bawa balik krn msh byk destinasi yg akan kami lewati. Space dlm kereta pun kena jaga utk keselamatan pemanduan & keselesaan anak-anak.
Waktu inilah juga perkara yg seringkali berlegar dlm kpl kembali menjengah. Boleh tak kalau kita beli kenderaan travelling yg mcm dlm The Hills Have Eyes tu? Senang.... ada tempat tidur, tempat masak.. mcm rumah bergerak. Caravan! Angan-angan...
Berpandukan GPS kami menyusur jalanan di spjg pesisiran pantai Terengganu. Anak2 dah boring main games dlm kereta. Bila berhenti di pantai Marang, mereka lepas gian main pasir pantai walaupun matahari tegak di atas kepala. Hai lah anak-anak...
Sepanjang jalan melihat biru langit dan laut yang seperti bersatu buat saya berfikir tentang dunia dan Pencipta. Dulu-dulu saya selalu bertanya kepada Arwah Wan, "Betul ke Tuhan tu ada Wan? Macam mana hendak tahu Tuhan tu betul-betul ada?"
Segala yang kita pandang secara fizikalnya dengan mata hati pasti akan menerbitkan rasa 'Subhanallah'. Sangatlah indahnya segala yang dicipta Allah. Wujud dan kemudian lenyap mengikut kehendak-Nya.
“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang:
Siapakah pencipta mereka?
Nescaya mereka menjawab: Allah.”
(Az-Zukhruf: 87)
“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang:
Siapakah pencipta langit dan bumi?
Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh
Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”
(Az-Zukhruf: 9)
Thank you Allah!
ya Allah sis..nape tak bg tau.singgah je lah..
ReplyDeletewaiz tu boleh dikuarantin dlm bilik..hehehe.
pasal cuti tu leh adjust jer, ruginya tak dapat jumpa:(
sori sangat... memg tengah jalan tu dah berkira-kira dah dgn Papa Nasir. Pegi, tidak, pegi, tidak... alih-alih Papa kata tak mohlah susahkan Wida sbb masa tu Wida sure kat office... lagipun kesian si waiz tengah tak sihat, orang lak datang buat bising kat umah... mengamuk budak tu nanti hu hu. tak pe, nanti boleh naik KT lagi heh heh...
ReplyDelete