Dahulu seawal usia, saya cepat mengaji, membaca, menulis dan mengira. Semuanya hanya dididik oleh Ibu saya sendiri. Beliau mendidik dan mengasuh saya sambil memasak, sambil menjahit, sambil mengemas dan sambil segala-gala.
Kini giliran saya menjadi seorang Ibu. Dan bila Babang sudah semakin meningkat usia, saya jadi susah hati bila dia masih reluctant untuk mengaji dan belajar dengan rajin dan disiplin. Kalau saya di usia Babang ini sudah boleh baca surat khabar Inggeris dengan lancar! Namun begitu, saya tidak boleh salahkan Babang. Mengakui ia juga adalah kerana kealpaan saya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan ambition diri. Saya tidak sempat 'menyambil' akan sedikit waktu bila melakukan urusan sendiri dengan mendidik dia.
Tambahan sekarang ini cuti sekolah. Terfikir bagaimana harus saya isikan masa Babang dengan perkara berfaedah. Lagipun sejak awal cuti sekolah dia sudah bertanya, "Ummi, kenapa saya tak pergi sekolah lagi? Besok saya nak pergi sekolah lah..."
Aish, bila hari sekolah dia buat alasan untuk tak mahu pergi. Bila dah cuti sekolah, dia jadi boring lah pulak tu...
Mulalah dia membebel dan complaint itu ini... paling sayu hati bila dia kata, "Ummi, saya bosanlah... tak bestlah tak ada kakak Abby..." Simpulan dan perjalanan hidup ini masih belum kau mengerti sepenuhnya, anakku...
Jiran saya Lani ada mengajak untuk hantar anak kami ke kelas Taekwando, tapi Papa Nasir kata Babang is too small, may be next year will be most suitable time for him to learn martial art. Hendak hantar ke kelas renang, art, muzik... bukan saya tidak ada keinginan. Tetapi semua itu perlukan komitmen. Papa Nasir dengan flexible working hours beliau sebenarnya lagi susah hendak ada free time, especially at nights. Dan saya sendiri pula... sampai rumah setiap hari pun menjelang 7 malam, sudah lunyai badan dan kepala.
Melihat pattern hidup Babang sahaja saya sudah susah hati. Asyik main games and watching cartoons. Mujur dalam menonton kartun itu dia dapat memperkayakan vocabulary. Didik pun begitu, rasanya Didik lebih cepat mengayakan vocab berbanding Babang pada usianya. Mungkin kerana dia ada Babang untuk dilawan bicara.
Balik dari travelling, saya rasa sudah cukup rehat buat Babang. Saya kuatkan juga mendisiplinkan diri untuk mendidik Babang walaupun harus sacrifice masa menulis. Sekarang saya kena bagi priority kepada setiap aktiviti, dan saya masih cuba adjust rutin hidup.
Hai, bukankah guru pertama dalam kehidupan seorang anak sepatutnya Ibu dia sendiri? And Babang's 1st teacher should be me, his Ummi! Saya tidak boleh lepaskan tanggungjawab itu kepada sekolah sahaja. Lagipun untuk mendisiplinkan anak, untuk menanam kecintaan anak terhadap ilmu dan untuk menanam cerucuk sebagai platform ilmu itu harus dari sekarang. Semuanya harus bermula awal kerana di usia ini semuanya masih lembut dan cerah - minda, hati, lidah etc.
Sudah beberapa malam ini saya ubah rutin hidup saya dan Babang. A compulsary time untuk mengaji dan belajar walaupun mata berat, badan dah rasa melayang hendak tidur. Alhamdulillah, unlike previous phases, kali ini Babang mengikut. Hilang segala rasa penat itu....
"Babang, cukup masa dah. Stop you games, your cartoons whatsoever. Pergi ambil Muqaddam, sekejap lagi Ummi habis solat kita mengaji!"
"Okay, Ummi!"
Paling-paling dia akan jawab, "Boleh tak Ummi tunggu saya habiskan puzzle ni baru kita mengaji, sekejap je lagi?"
Actually Babang is a fast learner, tapi dia sangat mengelat dan cengkelat. Sabar ajelah mengajar dia... ringan je tangan hendak cubit bila dia buat perangai. Bila mengaji itu mahunya dilalukan sahaja. Tidak mahu ulang, cit! Tapi saya sudah berazam mahu mendidik dengan kelembutan... let's see whether I can make it or not...
Setiap malam saya akan menyemak kerja yang dia telah lakukan dan menandakan pula mukasurat baru pada setiap buku latihan untuk dia buat di rumah babysitternya keesokan hari. Obviously dia suka Matematik. Habis semua operasi tambah dia buat dengan tepat. Cuma, buku abjad itu dia malas hendak tulis. Hai...
Malam tadi saya ingatkan Babang lagi...
"Babang, nanti buat lagi latihan pada mukasurat yang Ummi dah tanda tu."
"Sampai berapa Mi?"
"Sampai mukasurat 20!"
"20!? Hish, banyak betul.. ni memang nak suruh buat sampai penat ni..." bebelnya perlahan.
Saya sorok senyum dalam mata yang sembab malam tadi kerana menangis sepanjang memandu pulang mengenangkan teman saya WN yang masih koma di HKT. Pagi semalam saya mendapat SMS dari adik beliau yang khabarnya doktor akan menanggalkan alat bantu pernafasan WN kerana sudah tiada harapan buatnya lagi.
Aduhai... kami memang tidak ada pertalian darah. Tetapi demi hati ini sebagai seorang wanita, seorang ibu.. saya berkongsi duka itu. Kasihan suami WN yang kini juga sudah tertekan jiwa, tidak mampu lagi mengurus diri sendiri. Berjauhan Pantai Timur dan Selatan.
Tinggallah dua orang anak mereka yang begitu kecil menumpang kasih dengan ibu saudara yang masih berjuang dalam STPM dan nenek yang hidup susah. Saya dan suami hanya mampu menghulur apa yang terdaya kiranya itu mampu meringankan sedikit beban di bahu. Tetapi mampukah bantuan itu mengurangkan beban lara di hati mereka?
Tinggallah dua orang anak mereka yang begitu kecil menumpang kasih dengan ibu saudara yang masih berjuang dalam STPM dan nenek yang hidup susah. Saya dan suami hanya mampu menghulur apa yang terdaya kiranya itu mampu meringankan sedikit beban di bahu. Tetapi mampukah bantuan itu mengurangkan beban lara di hati mereka?
Ya Tuhan, kasihanilah kami...
jika ini yang terbaik,
kuatkanlah hati setiap kami untuk redha dengan ketentuan-Mu.
Ya Allah... aku mohon kepada-Mu.
Berikanlah diri ini sedikit waktu lagi
untuk mendidik dan mengasuh anak-anak,
untuk melihat mereka berupaya menjalani hidup yang selesa
di atas jalan-Mu dengan dua kaki mereka.
Berikanlah Ya Allah, sedikit waktu lagi
agar dapat ku lalui hari tuaku bersama suami tercinta,
menikmati terangnya suria yang bangkit menyinar
dan kembali lena ke peraduan,
Mengimbas segala memori hidup yang penuh warna.
(ihsan ggogle)
Berikanlah Ya Allah,
sedikit waktu lagi
dengan keberkatan usia dan kesihatan,
agar dapat diri ini dan suami melaksanakan ibadah kami secukupnya
hingga akhir waktu kami dijemput pergi
meninggalkan fananya dunia-Mu ini.
minat travelling jgk eh?? salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)
ReplyDelete