24 December 2011, 9.30a.m.
"Arrggghhhh!!!"
Degup jantung saya terasa berhenti. Aduhai, sungguhkah apa yang ku lihat ini? Sejurus selepas terhenti, degupan jantung pun kembali. Bergegas saya mendapatkan seseorang itu yang sudah tertiarap di atas tanah lembap yang di atasnya terhampar dedaun basah, reranting dan dahan kayu.
"Are you okay?" soal saya dengan cemas. Sakit di punggung saya yang jatuh terduduk di atas tanah licin dek hujan tadi pun tidak terasa kerana cemas yang menggila. Saya pegang tangannya yang masih dalam kedaan terperanjat sambil dia meraup muka dan membersihkan segala kotoran tanah dan cebisan daun yang terlekat.
Saya dongak ke atas. Aduh, dekat 10 kaki juga dia ni jatuh. Meskipun dia angguk tanda dirinya okay sahaja, tetapi dalam hati saya tetap cuak. Apatah lagi bila saya menarik keluar cebisan daun dari dalam hidungnya dan melihat ada luka dan lebam di bibir. Betul ke okay ni? Takut ada pendarahan dalaman.
"Are you sure you okay...?" soal saya lagi dalam bahasa Inggeris. Maklumlah, Tarzan kan biasanya orang Putih. Takut dia tidak tahu pula berbahasa Melayu hu hu...
Dia angguk dan berusaha keras untuk berdiri. Saya lihat sebelah kakinya menggigil. Hish, tak boleh jadi ni! Kena panggil ambulans tak? Dia beritahu saya dia rasa hendak pitam. Aduhlah... janganlah jadi apa-apa pada dia... doa saya bersungguh-sungguh dalam hati sebagaimana saya dan suami mendoakan yang terbaik untuk WN ketika dia di ambang kehidupan dan maut tempoh hari. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat Allah mengasihani kami semua... WN dikhabarkan sudah sedar dan akan dibawa pulang untuk berubat tradisional dan secara Islam. Allah itu Maha Penyayang... kerana itu tolonglah selamatkan dia ini juga yang telah terjatuh dari pohon kerana salah memijak dahan yang reput itu.
Demi rambutan kuning yang akhirnya dapat juga kami bawa balik 7 plastik besar untuk kenduri 3 putera Pak Usu Hamdan di Dewan KIK, Klang. |
Bengkak jugalah kaki suami saya kerana jatuh pokok. Hu hu, masa dia jatuh saya sudah tidak terkata. Tetapi Alhamdulillah... dia masih okay sehingga saat ini. Hmm... Tarzan pun boleh jatuh pokok ke? Boleh je... terutama kalau Tarzan kampung kan Pa... heh heh...
oo...sis ke bawak rambutan ni.
ReplyDeletelepas mengidam saya...tq. mmg lagi suka makan rmbutan gading ni dr rmbutan merah tu...kalau tau boleh mintak seplastik untuk saya jer..hiks
ye tak ye... kalau tak boleh reserve satu plastik besar untuk wida.. tak pe... banyak musim lagi heh heh...
ReplyDelete