Dari CH, I took turn on the stering. Memandu spjg Gua Musang naik ke Timur Semenanjung. Saya ini hanya boleh memandu di highway ja sbb ia jalan lurus kan hu hu... tapi sampai di suatu bhgn jalan yg entah di mana penghujungnya itu saya ternampak jauh di atas sana yg dilitupi putih awan, sebatang jalan berliku yg terhampar.
"Pa, am I supposed to drive pass that hanging road?"
"Yup!"
Gulp! Ini ke jalan yg sdg saya pandu WPF1002 di atasnya? Menggeletar kepala lutut. Saya mmg gayat! Apatah lagi bila tahu hakikat di mana saya sdg memandu. Selama ini jadi co-pilot je, tak pun mmg saya buta huruf ttg geografi dan jalan.
Ada bbrp bhgn hujan agak lebat especially reaching Kelantan, pemanduan juga harus lebih berhati-hati.
What were we doing in Kelantan? We wanted to go to KB. Why KB? Sebab Pa ada urusan kerja di sini & sekaligus bertemu rakan lamanya yg mmg dah berabad tak bertemu. So, itulah jwpnnya. Bukan bercuti.... hih hih.
Mmg pattern kami berjln ialah kami tak pnh buat reservation. Ikut gerak hati & pakai terjah ja mana tempat tidur yg available. So, di KB juga kami cari tempat tidur biasa. Checked in di Azam Hotel, di tgh bandar KB. Okaylah... utk tumpang tidur berbayar semalaman ja.
Di sini baru dpt access internet, itupun turun ke lobi. Saya harus email segera kerja pejabat kpd Bos & staf utk mereka proceed dlm minggu ketiadaan saya krn fail mesyuarat harus keluar selewatnya hari Selasa lalu utk persediaan mesyuarat Selasa depan. Bersengkang mata di Sabak utk siapkannya tapi baru di KB dpt internet access. Fuh, lega... esok blh berjln tanpa kerisauan.
Kami dinner dgn kawan Pa yg bertugas sbgi Pengurus Tabung Haji Cawangan di sini. Kebetulan isteri & anak-anaknya juga naik ke KB krn cuti sekolah, maka dptlah saya kawan baru. Pertemuan pertama bibitkan rasa kagum kpd mereka sekeluarga & definitely I learned something from them.
Pa & En Azhar Noraffendi, baru bersua after so long (schoolmate dari Form 1 dan classmate Form 4-5 di VI. |
Anak-anak yg mudah mesra |
Boleh fight mcm Ultraman lagi... |
Org kata, bercinta biar satu tapi berkawan biarlah seribu. Tapi kenalah juga hati-hati pilih teman. Bukankah cendekiawan kata kalau hendak jadi baik & berjaya, bertemanlah dgn mereka yg baik & juga berjaya. Tapi saya tak kisah. Saya berkawan dgn semua yg sudi kawan dgn saya, asal baik budi pekertinya. Kalau terjumpa yg kurang baik, mungkin kita blh bantu dia kembali semula ke permulaan kebaikan. Pokok pangkal, individu itu sendiri. Dan pokoknya juga, hati.... knp pulak cerita pasal pokok?
tak turun trgnu ke sis?tunggu-tunggu jugak hr tu..
ReplyDelete