Sunday, December 4, 2011

Travelog WPF1002 - Day 6 (II)

Slps 2 mlm berehat di Pulai Beach Resort, Desaru dari long and far distance travel, kami kemudian gerak ke Johor Bharu slps checked out tgh hari tu. Sekali lagi Pa ada urusan kerja & jumpa kwnnya di sana.

Menuju JB
Dah 2x ke mari & menginap di The Zone Regency. Bagi saya so far, ia adalah yg terbaik krn saya boleh access Wi-Fi dlm bilik FOC. Di Desaru pun kena charge, maka tak ada kuasanya lagi kami tambah byrn hanya utk sesaat dua access.

Malangnya abang Odeng tak dpt book bilik krn TZRH penuh. Ada function. Setiap hotel yg kami jejak semuanya penuh. Mulalah nak naik darah... sabar... sabar itu separuh drpd iman. Lalu saya ikut ja alternatif plg mudah. Very near to TZRH utk mudahkan Pa jumpa kwn2nya mlm nanti, saya terima ja The Heritage walaupun sbnrnya sgtlah tak favour tempat itu. Saya ini kalau bukan mnpk yg neat & tidy mahupun bukan org kita yg uruskannya, akan jadi berat sejuta rasa. Nasib baik mmg tak ada pilihan lain. Rela ja lah.

Kalau nak ikutkan Pa pun tak boleh menginap tempat begini. Satu ja pantang Pa. Tandas mesti at his satisfaction. Kalau tak sgl projek akan terbantut & tersangkut.

Tak ada gambar yg kami ambil krn smtr Pa tinggalkan kami anak-beranak di TH utk ngeteh dgn kawan2 mlm itu, Babang & Didik mmg dah terbongkang keletihan, Abby pula dah mengadu mcm2 tak selesa & gerun (sama spt perasaan saya). Berkali2 saya pastikan semua access pintu & tingkap, hatta sgl lubang di bilik air pun saya tutup. Wa wa wa! Penderitaan utk satu malam. Teringat & terkenang sgl cerita hantu & mak ayam. Apa daa...

Oleh krn tak berani lelapkan mata sblm Pa balik, saya beranikan diri stayed up & worked on my manuscript dgn hrpn sgl rasa yg tak enak dpt dialihkan. Akhirnya berjaya juga sudahkan 2 @ 3 chapter tambahan utk gerakkan manuskrip ke-4 (yg ke-3 kena postpone krn tanpa Pedu, kontanglah sgl story flow). Alhamdulillah.

Selepas checked in di The Heritage, kami jalan-jalan di Danga Bay. Waktu2 begini tiada apa yang best  di sana. Lunch at 3pm  di Singgah Selalu. Tak worth...
Singgah di rumah sepupu Pa (sebelah Mak Enon) di Taman Daya, mandikan anak2 siap2 (fuhh lega tak payah mandi kat TH nanti), & mereka beri kami dinner juga siap-2 walau hakikatnya tak mahu susahkan mereka. Terima kasih daun keladi!

2 comments:

  1. pusing2 semenanjung ni sis..jauhnya berjalan

    ReplyDelete
  2. jamak cuti untuk 6 tahun akan datang hu hu... (takut banyak tempat pun pupus macam Pedu hih hih), pas ni kena recover balik cost spent baru boleh jalan lagi...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS