Wednesday, December 28, 2011

Hidup berjiran zaman moden?

26th December 2011 (9a.m. - 7.10p.m)

3rd week of December yang lepas memang hectic sangat dalam kehidupan kami. Balik kerja hari Jumaat lepas  terus bertolak balik Sabak Bernam kerana kami ada obligation untuk menghadiri sepupu ipar Papa Nasir di Sg Panjang Sabak Bernam yang saya gelar Si Cantik. Memang beliau sangat cantik dan manis orangnya...

Pagi sebelum itu kami travel ke dalam kebun Abah Hussien untuk ambil rambutan kuning. Selepas menghadiri kenduri itu kami dengan membawa my parents in law ke Klang. Malamnya saya jenguk juga rumah Bonda Atiqah, manalah tahu kalau ada yang boleh ditolong memandangkan Ahadnya seharian kami harus berada di KIK dan Kedai Kopi Shah Alam. Tak sempat dan tak larat rasanya hendak ikut rewang di rumah beliau. Cuma Papa sahaja yang malam Ahadnya itu tetap hadirkan diri untuk membantu rewang, saya dan anak-anak sudah terbongkang. 

Pagi esoknya baru saya turut serta kenduri rumah Ayahanda Hassan & Bonda Atiqah (sebelah rumah kami) - inipun merge functions juga : anniversary, menyambut menantu, pertunangan, akikah anak saudara, tahlil dan doa selamat serta bacaan surah Yassin. Hah, lengkap....

Actually it is not easy to apply 'rewang' di dalam kejiranan taman perumahan zaman ini di mana masing-masing hidup diburu kesibukan tugas dan obligasi lain. Hendak mencari persamaan waktu luang itu selalunya amat sukar. Apatah lagi bila di dalam kejiranan itu masih belum pernah diadakan aktiviti sebegini - rewang atau gotong-royong menjayakan sesuatu majlis walimah. Pastinya lebih dan kurang akan berlaku. Ia asam garam kehidupan.

"Pa, nanti anak-anak kita kahwin kita buat kat dewan ke hotel ke je lah ye... Ummi tak rasa Ummi larat nak buat sendiri kat rumah."

Papa senyum tipis. Ceh, mesti hendak kata saya suka bermimpi jauh. "Tak susah hendak buat secara gotong royong. Janji kita buat secara muafakat, dengan cara dan persediaan yang betul. Hati dan adab berjiran harus dijaga...."

"Bukan apa, segan juga kalau hendak buat di rumah... nanti kita akan susahkan jiran sayap kanan dan kiri hendak tumpang rumah untuk masaklah, buat airlah..."

"Sebab tu abang kata tak susah kalau kita muafakat. Kena bincang dan bagitahu yang kita minta izin dan minta tolong untuk tumpang kawasan, kalau hendak dibayar, ya kita bayar... selalunya kalau kita bawa bincang dan muafakat cara baik, tak adanya jiran tu nak berkira pun."

Hmm.... saya akur dengan kata-kata suami. Meskipun badan tak larat dan rasa hendak demam, saya dan suami cuba memberikan bantuan setakat yang kami terdaya. Sehingga tetamu mulai reda itu, saya sudah menghilang ke dalam rumah. Sudah rasa badan tidak larat sangat.... sebelum menyusahkan orang baiklah rehatkan diri dulu.

Alhamdulillah majlis di rumah jiran kami ini berlangsung dengan lancar seadanya. It reflects the very understanding and cooperative neighbourhood. Masing-masing menyumbang mengikut kapasiti dan fleksibiliti tersendiri. Secara tidak langsung ia merupakan projek perintis yang boleh dikatakan berjaya dilaksanakan seadanya bersesuaian dengan hasrat tuan rumah sebagai sampel dan guideline untuk majlis-majlis akan datang yang pastinya akan ada giliran rumah/keluarga untuk mengadakan walimah.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengingatkan bahawa : 
"Barangsiapa yang memenuhi hajat jirannya Allah akan memenuhkan hajatnya."
Amin....!

Wing kanan (rumah kami) jadi pusat membancuh air, basuh dan lap pinggan. 
Adik-adik available bachelor (ye ke?) yang mendiami rumah wing kiri
sudah book kerja basuh pinggan dan cawan.
Rumah mereka pula jadi center untuk memasak... hu hu....
5 buah kanopi cantik berwarna putih dan emas milik ayah tuan rumah
yang berbaris di sepanjang jalan hadapan
rumah kami semua untuk menempatkan tetamu yang hadir.
Ummi RAN tak akan pernah mahu duet dgn Papa Nasir
in public,
jadi  anak dara tunggal tuan rumah, si Alifah jadi mangsa
heh heh...

2 comments:

  1. wah..nyanyi lagu apa tu bang nasir?

    eh..mak2 ni mmg berimaginasi tinggi kan. wida pon ckp dgn MKS hari tu...nanti waiz kahwin kita buat kat dewan je lah. kalau mampu..buat kat hotel. rasanya tak larat nak buat kat rumah sendiri.

    tapi MKS jawab..'anak awak tu sunat pun belum lagi!'
    waaa...

    ReplyDelete
  2. hmm.. kalau dah namanya mak-mak, cam ginilah kan wida...

    ada satu video Papa nyanyi lagu Soldier of Fortune, golek2 dia tak kasi akak post.. wa!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS